BAB 46

1K 43 1
                                    

"Eh, Akim. Aku nak cakap sikit dengan kau." Yusuf menarik bahu Akim dengan kasar. Tersentak Akim jadinya. Anaqi juga. Tiba- tiba saja Yusuf datang menyerang. Angin tidak, ribut tidak, tahu-tahu muncul di belakang rumah. Memang gila betullah jantan ni.

"kau ni, kenapa? Tiba-tiba saja meroyan macam orang gila. Kasar betul," tegur Anaqi.

Cepat-cepat Akim menarik tangan Anaqi. Tidak mahu Anaqi bergaduh dengan Yusuf. Sebab Akim sedar sejak mula Anaqi memang tidak suka dengan Yusuf.

"Kau diam, Kau ni memang bodoh. Bukan sedikit bodoh. Benda-benda macam ni pun tak sedar" marah Yusuf. Darah Yusuf menggelegak. Sudah lama dia berkesempatan mahu melepaskan kemarahannya, namun baru hari ini

"Eh, bodoh aku saja yang kau nampak, bodoh kau sendiri kau tak nampak. Kalau kau nak tahu, kau tu lebih bodoh daripada aku. Cuma tak ada siapa yang nak berani cakap kau tu bodoh." Anaiq menjawab. Silap banyaklah nak bertolak ansur dengan jantan macam ni. Tak kiralah bakal abang ipar ke apa. Kalau kurang ajar, Anaqi akan lebih kurang ajar.

"Kurang ajar." Cepat saja tangan Yusuf sampai ke pipi Anaqi dan sepantas itu juga Anaqi membalasnya. Peduli apa dia.

"Kenapa? Ingat aku takut dengan kau?" soal Anaqi  tentang muka Yusuf dengan berani. 

Muka Yusuf merah menahan rasa marah dan pipi kanan yang menerima tamparan daripada Anaqi terasa pijar.

"Kau ni, memang kurang ajar. Sebab berkawan dengan orang kelas bawahan kau jadi macam ni." Yusuf menghamburkan kemarahannya. Memang tidak sangka dia bakal menerima tamparan daripada Anaqi.

"Memang aku kurang ajar. Jadi apa masalahnya dengan kau. aku tak kacau kau, boleh tak aku jangan kacau aku? Kita buat aje hal masing-masing. Ini tak tentu pasal kau menyerang kita orang. Masalah aku berkawan dengan orang kelas bawahan ke, atasan ke itu bukan urusan kau. Kalau berkawan dengan orang atasan tapi perangai macam kau ni, baik aku berkawan dengan kambing atau kucing saja. Kau ni lagi buruk perangai." ketinggalan Anaqi menghamburkan juga kemarahannya. tidak Yusuf menahan perasaan. Dia tidak boleh tewas dengan Anaqi. Kalau berlawan cakap tentu saja Anaqi akan menang.

"Aku cuma nak ingatkan kau. Jangan berkawan dengan orang kelas bawahan macam budak tu. Dia cuma mahu menumpang senang kau saja. Itupun kau tak sedar ke? Dan kau tahu kau ada hati nak ambil anak pembantu rumah kau ni sebagai Abang ipar bukan?" Makin lantang suara Yusuf.

"Tu la, kalau aku cakap kau bodoh, kau marah. Tapi hakikatnya kau memang bodoh. Kau ingat kelas kau tinggi sangat ke? kau ingat, bila kau mati nanti, Tuhan tanya ke kau dari kelas mana? Satu lagi, kalau Aku nak Akim jadi abang ipar kau, senang- senang aje Aku boleh buat tau tak. Tapi Abang Aqil dah anggap Akim ni macam adik dia sendiri. Itu pun kau tak boleh fikir ke?" Anaqi juga tidak mahu mengalah. Sakit benar hati Anaqi. Pantang Anaqi kalau ada yang usik orang yang Anaiq sayang.

"Anaqi, sudahlah. Jangan layan orang tak berapa betul ni." Akim menarik tangan Anaqi. Memang Akim terasa dengan penghinaan Yusuf, tapi Akim lebih bimbangkan keadaan Anaqi kalau sudah mengamuk, mana ingat dunia. Dan Akim tahu semangat setia kawan Anaqi memang tiada siapa boleh sangkal, dengan alasan itulah Akim lebih bimbangkan Anaqi berbanding perasaannya yang luka teruk dek kata-kata Yusuf itu.

"Eh, jantan tak sedar diri. Apa kau cakap? Kau tuduh aku tak berapa betul? Kurang ajar. Dasar tak sedar diri," marah Yusuf tidak terkawal lagi.

"Kami tak kacau kau, kenapa kau kacau Akim pula?" Hilang sudah kesabarannya.

"Sebab aku tak suka kau berkawan dengan bakal adik ipar aku. Kau tu tak setaraf dengan keluarga kami."

"Sebenarnya kau pun tak layak jadi abang ipar kau. Hati busuk. Berambus kau dari sini kalau tak mahu kena belasah dengan aku. Berambus!" Anaqi menjerit.

"Aku tak habis lagi dengan kau orang berdua. Kau jangan kurang ajar sangat, Anaqi." Yusuf terus mengatur langkah.

"Kenapalah nenek aku boleh berkenan dengan jantan macam ni. Tak serupa orang betullah." Anaqi merungut sendiri.

"Kau pun kawallah sikit perangai. Tak elok kau tampar dia tadi."

"Nasib baik setakat tampar aje. Kalau aku terajang memang masuk ICU terus."

"Mana boleh macam tu. Dia bakal abng ipar kau. Kenalah hormat sama."

"Aku lain, Akim. Aku akan hormat orang tu, kalau dia pandai hormat aku. Tapi kalau dia tak pandai nak hormat aku, jangan harap aku nak hormat dia. Lagipun baru bakal abng ipar, belum lagi jadi abng ipar aku. Minta maaflah, jangan nak lebih-lebih dengan aku. Silap hari bulan langsung tak jadi abang ipar aku."

"Sabar ajelah, jangan terlalu ikut perasaan" pujuk Akim. Anaqi menghela nafas. Cuba menyejukkan Semula perasaannya yang membara.

"Maaflah kalau kau terasa dengan kata-kata jantan poyo tu."

"Eh, aku tak terasa pun. Kalau aku terasa dah lama aku tak kawan kau. Kau sekeluarga layan aku sangat baik. Jadi aku tak perlu rasa apa-apa dengan kata-kata Abang Yusuf tu." Akim cuba menyembunyikan retak hatinya. Dia tidak mahu Anaqi perasan apa-apa.

"Kalau kau tak nak kawan dengan aku, siapa lagi yang nak kawan dengan aku."

"Tapi kau dah ada Abang Fattah. Tak lama lagi mesti kau dah tak perlukan aku." Sayu juga perasaan Akim bila ingat Anaqi itu bakal bergelar suami tidak lama lagi.

"Sebab itulah aku suruh kau kawan dengan kawan Abang Fattah tu," usik Anaqi. Kalau boleh mahu ajak Akim lupakan tentang Yusuf.

"Ah, tak nak aku. Seganlah."

"Nanti aku tolong rekomenkan."

"Tak naklah." Akim masih malu.

"Eh, malu-malu kucing pula. Kau nak ke tak nak?" gurau Anaqi.

"Hmmm, tengoklah nanti." Ketawa Anaqi berderai. Suka tengok Akim begitu. Malu konon, tapi mahu.

"Dah, jangan sengih macam kerang busuk pula." Anaqi menolak bahu Akim.

"Mana ada aku sengih."

"Dahlah, macam aku tak nampak." Anaqi memeluk bahu Akim. Dia tidak mahu Akim terbeban dengan apa-apa. Yusuf tu tahulah Anaqi mengajarnya nanti.




                                     ***
"You buat apa kat belakang?" tegur Aqil apabila melihat muka Yusuf merah sebaik sahaja muncul.

"Oh, I jumpa Anaqi dengan Akim," balas Yusuf. Kalau boleh dia tidak mahu Aqil tahu pergaduhan sebentar tadi. Pasti Aqil akan menyebelahi Anaqi. Belum masanya untuk dia mengadu apa-apa.

"Hesy, jangan kacau budak berdua tu. Adalah benda yang mereka nak buat tu kalau dari pagi senyap kat belakang tu," kata Aqil pula.

Yusuf memandang wajah Aqil.

"Bi, I risau tengok Anaqi tu."

"Kenapa pula?"

"Yalah, dia rapat sangat dengan Akim. Mana elok Anaqi rapat dengan anak orang gaji."

Aqil meletakkan majalah ke atas meja. Dengan wajah sedikit masam Aqil memandang wajah Yusuf.

"Kenapa you cakap macam ni? Kenapa Anaqi tak boleh berkawan dengan anak orang gaji? Apa anak orang gaji tu bukan manusia?" soal Aqil.

"Bukan macam tu maksud I. I tak nak Anaqi rapat sangat dengan Akim. Sebab Akim tu bukan bagus sangat pun." Perasaan Yusuf tercalar lagi.

"I tak suka you buat tuduhan macam tu, okey. Dari kecik sampailah Anaqi besar, Akim sorang saja kawan Anaqi. Kalau Anaqi tak jumpa kawan macam Akim tu, Anaqi tu lagi teruk tau tak. Selama ni kami sangat bersyukur ada seorang yang macam Akim jadi kawan Anaqi. You datang-datang nak buat tuduhan sembarangan. Agaknya you pergi belakang tadi sebab you sound Akim? Kalau I dengar apa-apa, you nahas dengan I." Wajah Aqil yang masam tadi bertambah masam.

Terpaksalah Yusuf menutup mulut terus. Nampaknya dia tak boleh cakap apa-apa. Memang dia bercadang mahu rosakkan hubungan Anaqi dengan Akim. Kalau boleh semua yang terlibat dengan Anaqi, mahu dijauhkan. Biar Anaqi hidup sorang-sorang. Baru padan dengan muka Anaqi. Tak mengapa, Yusuf. Sabar dulu. Esok-esok pasti ada peluang lagi. Yusuf tak akan berdiam diri saja.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now