Pada hari ini, genap dua bulan Anaqi dan Fattah menjalani kehidupan sebagai pasangan. Mereka sangat bahagia. Anaqi ternyata mampu menjadi seorang suami yang baik walaupun masih banyak kekurangannya.
"Macam mana?" soal Akim.
Anaqi menunjuk alat ujian kehamilan
"Takkanlah." kata Akim sambil mengerutkan dahinya.
"Kenapa? Apa yang tidak kena?" soal Anaqi sedikit cemas.
Wajah Akim memang nampak mencurigakan. Akim memandang Anaqi dari atas sampai ke bawah.
"Memang susah aku nak percaya," kata Akim lagi. Kemudian ketawa Akim terburai. Tak tahan. Nampak saja muka lurus bendul, tapi...
"Weh, cakaplah..." Anaqi desak. Sudah hilang sabar dengan perangai Akim. Kalau jadi tukang gelak, memang handal.
"Kau mengandung," beritahu Akim dengan rasa gembira.
"Aku mengandung?"
"Ya. Kalau mengikut alat ujian kehamilan ni, kau memang positif mengandung." Anaqi menoleh ke arah Akim.
"Betul?" Akim menyambut dengan gelak. Kemudian ketawa Akim makin menjadi-jadi sehingga bergegar kerusi yang sedang mereka duduk bersama itu.
"Kenapa gelak pula ni. Aku memang serius. Janganlah main-main dengan aku. Sebab itu aku cari kau dulu. Kalau aku tahu kau nak gelakkan aku macam ni, tak hingin aku beritahu kau apa-apa." Anaqi buat muka geram. Akim itu kalau tak kutuk, pasti gelakkan orang. Sudah faham benar.
"Aku tak sangka, pandai juga kau buat anak. Ingat bendul semacam saja. Lepas tu baru dua bulan kahwin. Memang terror betullah." Akim sudah tidak ketawa, tetapi dia masih lucu mengenangkan Anaqi.
"Weh, kau janganlah gelakkan aku. Tu semua kerja Abang Fattah. Aku reda aje apa yang dia buat kat aku."
"Ayat tak boleh blah langsung." Akim bangun sekejap untuk memetik sebiji anggur kemudian dimasukkan ke mulutnya.
Terasa masam, jadi Akim menghulurkan semuanya kepada Anaqi."Habis kau tak nak beritahu suami kau?"
"Aku tak tahu nak beritahu dia macam mana. Seganlah nak cakap aku dah mengandung." Risau pula Anaqi akan perkara tersebut.
"Kau ni memang pelik betullah, Anaqi. Dah mengandung pun takut nak cakap dengan suami. Memang tak fahamlah. Kalau kau takut nak beritahu suami kau, kau kena beritahu mama kau. Takkan nak cakap dengan mama pun kau segan." Akim menggeleng.
"Segan juga."
"Ya Allah, aku tak tahulah apa nak jadi dengan kawan aku seorang ni. Bilalah dia nak matang. Kalau kau segan nak beritahu, nanti aku tolong beritahu." Akim bergegas bangun.
"Eh, nantilah. Aku belum bersedia nak beritahu." Anaqi berasa agak serba salah.
"Terpulanglah, tapi aku tak nak masuk campur dalam urusan kau ni. Kalau rasa nak beritahu, kau beritahulah. Lagipun mesti mama kau gembira dengar berita ni. Tak nak tengok dia gembira?" Anaqi menghela nafas panjang.
"Yalah, yalah. Aku beritahu mama sekarang," kata Anaqi sambil membawa alat ujian kehamilan bersama. Namun langkah Anaqi terhenti apabila tiba di ruang tamu. Mula-mula dia memandang Fattah yang sedang menonton TV bersama Dato Johan. Kemudian dia memandang Datin Roslina yang sedang membaca majalah.
Anaqi rasa dia patut memberitahu kepada suaminya terlebih dahulu.
"Dah nak balik?" soal Fattah.
Anaqi mengangguk. Jadi dia sudah buat pilihan untuk berkongsi berita gembira tersebut dengan Fattah terlebih dahulu. Selepas menyalami Datin Roslina dan Dato Johan, Anaqi dan Fattah terus meninggalkan kediaman Dato Johan.
Di pertengahan jalan, Anaqi menunjukkan alat ujian kehamilan kepada Fattah. Tidak sabar-sabar lagi.
"Apa ni?" soal Fattah.
"Anaqi mengandung," beritahu Anaqi. Tidak mahu lagi berteka-teki. Dia mahu Fattah tahu dengan segera.
"Anaqi!" Hampir saja Fattah hilang kawalan. Akhirnya, Fattah terpaksa menghentikan kereta di tepi bahu jalan kerana dia tidak mampu lagi meneruskan pemanduannya.
"Boleh tak jangan buat abang terkejut? Nyaris- nyaris abang terbabas tadi. Boleh lagi Anaqi buat kejutan macam ni. Kalau terbabas tadi macam mana?" Serius, Fattaj terkejut dan dia memang marah dengan tindakan Anaqi itu.
"Maaf, Anaqi tak sabar nak beritahu abang," jawab Anaqi sambil membuat muka sedih.
"Hesy!" Fattah menarik Anaqi lantas meletakkan kepala Anaqi di dadanya. Kemudian dia memeluk Anaqi dengan erat. Sudah tidak tergambar betapa gembira perasaannya ketika itu. Cuma cara Anaqi buat pengumuman yang Fattah tidak suka. Betul-betul mengejutkan.
"Tahniah, sayang. Abang betul-betul gembira," bisik Fattah perlahan. Pipi Anaqi dihadiahkan dengan ciuman selepas itu.
"Abang gembira?"
"Memang abang gembira. Alhamdulillah. Maaf, sebab Anaqi terpaksa bersusah payah selepas ni."
"Janganlah cakap macam tu. Buat Anaqi sedih saja. Abang tahu tak, inilah hadiah yang mampu Anaqi berikan untuk abang tanda kasih sayang Anaqi. Anaqi tak mampu nak beri abang apa-apa." Anaqi memegang perutnya. Inilah tanda ingatan buat mereka berdua. Anugerah terindah yang tidak ternilai.
"Terima kasih, sayang." Makin kemas Anaqi didakap.
"Kita jumpa doktor dulu, ya. Mana tahu ujian tu tak betul," kata Anaqi. Perlahan-lahan Fattah meleraikan pelukannya.
"Abang rasa dah betul tu. Tapi untuk pengesahan lagi, memang elok kita jumpa doktor." Fattah menyambung pemanduannya. Sepanjang memandu, Fattah tak henti-henti memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan. Dia benar-benar rasa gembira
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...