Sampai di pejabat, Fattah cuba berlagak seperti biasa. Tidak mahu menunjukkan sebarang perubahan. Dia tidak akan terkesan dengan pengakuan Anaqi. Buat sementara waktu dia hanya mahu memberi peluang seperti kata Zahhar. Setiap orang berhak diberi peluang, jadi apa salahnya Fattah berlapang dada dan bersikap terbuka.
Anaqi juga menunjukkan satu sikap yang pelik. Dia juga agak diam, namun matanya seperti selalu, menjeling Fattah. Di mata Anaqi, Fattah tetap seperti biasa. Tiada apa yang boleh mengubah keputusan Anaqi. Kalau dia sudah suka, dia tak peduli apa lagi.
"Assalamualaikum." Yusuf memberi salam. Lamunan Anaqi terhenti apabila Yusuf memberi salam.
"Waalaikumussalam," jawab Anaqi bersama perasaan kurang senang sebaik sahaja melihat wajah Yusuf. Entah kenapa sejak mula lagi
Anaqi memang tak ngam dengan Yusuf. Ada saja yang membuatkan Anaiq tak berkenan. Nak kata tunang Aqil itu tidak cantik. memang mata atas lututlah. Serius, Yusuf sangat cantik. Tapi tak tahulah. Ada aje yang terkurang."Abang Aqil ada?" soal Yusuf.
"Abang ni tak ada kerja lain ke? Kalau tak kacau Abang Aqil tak boleh ke?" soal Anaiq. Suaranya yang kuat hampir saja menarik perhatian pekerja lain. Fattah juga mengangkat muka. Sedikit terkejut bila mendengar suara Anaqi yang agak lantang itu. Angin pula ke? Atau sebab hal semalam masih terbawa-bawa? Tahu juga budak ni naik angin rupa-rupanya. Tersentak Yusuf jadinya.
"Abang Aqil tu banyak kerja nak diuruskan. Yang abang pula serupa orang tak faham bahasa. Nak berkepit saja dengan Abang Aqil," kata Anaqi lagi. Geram sudah. Kalau tidak kacau Aqil, agaknya tidak sah.
"Salahkah kalau abang tengok tunang abang? Lagipun abang tahu Abang Aqil memang mengharapkan kehadiran abang. Anaqi apa tahu. Anaqi sendiri pun mana ada teman lelaki." Yusuf menyindir.
"Apa maksud kau? kau nak cakap aku tak laku?" Makin lantang suara Anaqi. Hatinya sudahlah tidak tenteram, sekarang disakiti pula. Makin menjadilah marah Anaqi. Hilang rasa hormatnya.
"Hmmm, lelaki sebenarnya memang tak suka dengan budak macam kau ni Anaqi. Menyusahkan saja." Yusuf menyindir pula.
"Apa maksud kau?" Anaqi masih kurang jelas makna ayat Yusuf itu.
"Yalah, lelaki mana yang suka perangai gedik macam kau ni." Selamba saja Yusuf berkata. Saja mahu sakitkan hati Anaqi.
"Perangai gedik? Habis kau tak gedik?" Sakitnya hati Anaqi. Kalau tak fikir Yusuf itu bakal Abang ipar, mahu Anaqi belasah saja. Sesedap saja tuduh dia gedik, sedangkan Yusuf itu lagi gedik.
"Sebab kau anak manja, semua cakap kau orang ikut, jadi kau naik lemak, tak sedar diri. kau fikir semua orang sayangkan kau, kau boleh buat sesuka hati. Tak ada siapa yang berani nak tegur kau?" Yusuf juga naik marah. Sudah lama benar dia memendam perasaan dengan Anaqi. Nampaknya hari ini semuanya bakal terluah.
"Apa kau cakap? kau cakap aku tak sedar diri? Apa yang aku tak sedar diri. Salahkah kalau keluarga aku manjakan aku? kau tu siapa nak tuduh aku yang bukan-bukan. Belum lagi jadi Abang ipar aku dah berlagak tak ingat dunia." Mata Anaqi sudah pedih. Belum pernah siapa- siapa yang berani kata dia tak sedar diri.
"Memang kau tak sedar diri," tambah Yusuf lagi.
"Hei, kenapa kecoh-kecoh ni?" tegur Aqil sebaik sahaja keluar dari biliknya. Waktu itu Anaqi sudah menangis.
"Ni hah, adik kesayangan bi. I nak jumpa bi pun dia marah," kata Yusuf sambil memandang wajah Anaqi dengan rasa meluat.
"Dah, masuk bilik I sekarang. Dengan adik I pun you nak bergaduh," rungut Aqil. Anaqi masih menarik muka masam.
"Anaqi pun sama, kalau tak cari pasal tak boleh?" Aqil marah Anaqi pula. Berderai terus air mata Anaqi, Aqil terus ke biliknya.
"Yang you suka sangat cari pasal dengan adik I kenapa?" marah Aqil.
"I tak cari pasal okey, adik bi tu yang mengada- ada. Melampau sangat. Salah ke I jumpa tunang I?"
"Salah tu tidak, tapi you faham bahasa ke tidak? I sibuk tahu tak. Kalau you selalu datang kacau I, macam mana I nak buat kerja?" Aqil hampir saja hilang kawalan.
"Okey, kalau bi tak suka I datang, cakap ajelah." Kali ini giliran Yusuf pula meninggikan suara. Kemudian dia hentakkan kaki sebelum meninggalkan bilik Aqil. Pintu dihempas sekuat mungkin. Terkejut semua melihat tindakan Yusuf itu.
"Ini kau punya pasal!" Sempat lagi Yusuf keluarkan kata-kata begitu terhadap Anaqi.
"Apa pula. kau yang cari pasal!" Anaqi menjawab.
Yusuf menghadiahkan jelingan tajam sebelum beredar. Marahnya kian meluap. Nanti kau, Anaiq. Bila dah sah masuk ke keluarga Dato Johan, tahulah Yusuf cucuk jarum. Biar padan muka anak manja tu.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...