"Selamat Datang ke mahligai kita," kata Fattah sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat. Hadiah daripada Dato Johan kerana kesudian Fattah mempersuamikan Anaqi yang sangat kurang di mata orang lain. Rumah inilah yang Hajah Faridah kutuk itu dan inilah rumah yang menjadi intaian Hajah Faridah dan Tengku zafrul sebelum ini.
"Walaupun hanya hadiah daripada papa, abang harap Anaqi selesa duduk dekat sini," kata Fattah lagi. Senyumannya bertambah lebar.
"Anaqi selesa sangat-sangat." Anaqi buat- buat gaya lentok kepala sambil tersenyum.
Fattah menarik nafas panjang.
"Maaf kalau Anaqi nanti Anaqi penat kemas rumah. Sebab abang tak mampu nak sediakan pembantu rumah. Nampaknya Anaqi kena buat sendiri," kata Fattah perlahan.
"Anaqi tak kisah semua tu. Janji gembira. Tentang kerja-kerja rumah, Anaqi harap abang faham. Anaqi tak biasa dengan semua tu, tapi Anaqi berusaha untuk menjadi seorang suami yang baik. Harap abang dapat beri masa buat Anaqi," jawab Anaqi dengan jujur. Sungguh, Anaqi perlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab barunya. Langsung tiada rasa kesal walau sedikitpun.
"Samalah dengan abang. Abang juga berusaha mahu menjadi seorang suami yang baik, " kata Fattah lagi.
Fattah mengekori langkah Anaqi bersama semangat yang sangat berkobar-kobar. Hmmm, hadiah rumah daripada Dato Johan itu sangat istimewa buat Fattah. Sudah lengkap semuanya. Betapa bertuahnya Fattah.
"Anaqi pernah masuk rumah ni?" soal Fattah.
"Emmm, Anaqi dan Akim yang hias rumah ni. Maaflah kalau abang tak suka." Memang Anaqi tak berbincang apa-apa dengan Fatth tentang hiasan rumah tersebut. Kononnya mahu buat kejutan.
"Eh, abang tak kisah. Kalau Anaqi suka, abang pun suka sama."
"Manalah tahu abang tak suka."
"Abang tak kisah semua benda ni, janji selesa untuk tinggal." Kemudian Anaqi rasa diarinya dipeluk erat. Sama keadaannya seperti pagi tadi.
"Maaf, Anaqi akan hidup susah bila bersama abang!" bisik Fattah. Ada nada sedih di situ.
"Abang jangan bimbang. Anaqi yang pilih untuk hidup bersama abang. Jadi, Anaqi tidak boleh rasa menyesal atau merungut. Apa yang penting sekarang ni, Anaqi dah berjaya daripada berkahwin dengan Tengku Zafrul. Abang sudah tolong selamatkan Anaqi dan Anaqi akan kekal menjadi suami abang, selama mana abang perlukan Anaqi."
"Anaqi akan jadi suami abang untuk selama- lamanya. Abang janji, selagi nyawa abang dikandung badan, abang akan jaga Anaqi. Abang tak akan sia-siakan hidup Anaqi!" Makin erat Anaiq dipeluk. Anaqi rasa cukup gembira mendengar penjelasan Raees.
"Kita akan sama-sama berusaha demi rumah tangga kita," janji Anaqi pula.
"Emmm... Anaqi nak tunjukkan sesuatu." Terus Anaqi menutup mata Fattah. Fatth tersenyum. Fattah mula terbayangkan apa yang ingin Anaqi tunjukkan. Tentu saja bilik tidur. Emmm, katil dia? Bahagianya!
"Tadaaa..."
Dapur? Kenapa Anaqi tunjuk dapur? Kenapa tak tunjuk katil? Ah! Salahlah pula!
"Untuk tengah hari ni, Anaqi akan sediakan masakan istimewa untuk abang." Anaqi dudukkan Fattah di atas kerusi makan yang terdapat di ruang dapur tersebut. Kemudian Anaqi berjalan ke arah peti sejuk.
"Anaqi nak masak?" soal Fattah. Sebenarnya Dato Johan sudah jelaskan dahulu akan kekurangan Anaqi. Dato Johan sudah beritahu semuanya, jadi Fattah juga akan terima Anaqi seadanya. Fattah nampak Anaqi senyum saja ketika mengeluarkan sesuatu dari peti sejuk. Langsung tak cakap apa-apa. Jauh sekali nak sebut dia anak orang kaya, dah biasa ada orang gaji dan tak biasa buat kerja. Tapi Anaqi tak sebut apa-apapun. Jauh sekali nak merungut. Itu yang buat Fattah bertambah sayang. Ketika Anaqi membuka paip, Fattah berjalan menghampiri Anaqi.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...