Sewaktu Fattah mahu menuju ke kereta untuk ke Pelabuhan Klang, Yusuf baru saja keluar dari kereta. Tergesa-gesa Yusuf menghampiri Fattah.
"Sekejap, saya mahu bercakap dengan kamu," kata Yusuf sambil menarik cermin mata hitamnya. Dia memandang wajah Fattah dari atas hingga ke bawah. Lelaki seperti ini yang Anaqi suka? Memang dasar lelaki bodoh, bisik hati Yusuf.
"Ya encik, ada apa?" soal Fattah. Lelaki itu juga dipandang. Sudah biasa nampak Yusuf di pejabat namun baru kali ini bercakap dari dekat.
"Kamu teman lelaki Anaqi?" soal Yusuf terus.
"Ya saya, kenapa encik?" soal Fattah. Mula rasa seperti ada yang tidak kena.
"Kamu ni nampak seperti lelaki yang baik-baik saja, tapi takkan lelaki macam Anaqi pun kamu layan. Kamu tahu tak Anaqi tu bukan suci lagi. Sudah ramai lelaki yang menjadi teman lelaki Anaqi. Atau kamu ni jenis yang tangkap muat saja. Asal poket kamu penuh, semua benda tak jadi soal lagi. Anak teruna atau sudah ditebuk tupai, kamu sudah tidak peduli, begitu?" soal Yusuf sambil tersenyum mengejek. Pada kali ini dia perlu menyuntik racun buat Fattah pula. Tahu watak utama sekarang ialah lelaki yang menjadi idaman Anaqi. Mungkin dengan cara ini bakal merubah fikiran Fattah Najmi.
"Astaga, apa encik cakap ni. Tak baik encik menuduh saya begitu. Saya ikhlas untuk menerima Anaqi. Kalau betul seperti apa yang encik cakapkan tentang Anaqi, saya juga terima dengan hati yang terbuka. Setiap kita tidak lari daripada membuat kesilapan. Tetapi cara encik menceritakan aib Anaqi, itu sudah salah. Sepatutnya encik yang bakal menjadi sebahagian keluarga Dato Johan menjaga aib keluarga bakal mertua encik itu. Bukan dengan cara memburukkan lagi keadaan. Saya juga nampak encik ini seperti baik-baik saja, tapi kenapa kata-kata encik tidak sebaik penampilan encik." Fattah juga tidak mahu kalah. Dia benar-benar terkejut mendengar kata-kata Yusuf. Nampak saja daripada keluarga baik- baik tetapi kenapa mulut tergamak mengeluarkan kata- kata berbisa?
Bahiyah rasa cukup terhina dengan kata-kata Fattah. Mukanya merah padam.
"Saya memang tidak percayakan golongan miskin macam kamu ni. Kalau tak ada benda yang kamu inginkan masakan kamu sedia terima lelaki sebodoh Iman itu." Yusuf juga tidak mahu kalah.
"Encik tidak nampak ke Anaqi tu budak yang bagaimana? Rasanya encik lebih mengenali Anaqi daripada saya, tetapi kenapa encik boleh keluarkan kenyataan buruk sebegini. Nampak jelas encik seperti cemburukan Anaqi. Jangan begitu, encik. Mustahil dengan Anaqi pun encik mahu rasa cemburu. Dia bakal menjadi adik ipar encik. Sebagai bakal abang ipar, encik perlu membantu Anaqi agar menjadi seorang yang lebih baik. Bukan dengan cara memburukkan dia." Nada suara Fattah mendatar tetapi penuh dengan makna.
"Sudahlah. Tak perlu nak beri nasihat pula."
"Saya bukan mahu beri nasihat. Ini pandangan saya saja. Kalau encik tidak cemburukan Anaqi, mustahil encik akan memburukkan Anaqi."
Yusuf tidak menunggu lama lagi. Dia terus melangkah. Hatinya menjadi sakit. Fitnah yang dia tabur tentang Anaqi, nampaknya tidak menjadi juga. Entah ilmu apa yang Anaqi pakai sehingga semua orang beri perhatian terhadapnya.
Fattah hanya melepaskan pandangannya yang mula tercalar. Berbisik juga hati lelakinya, benarkah Anaqi sudah bukan anak teruna lagi?
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...