BAB 18

1K 47 0
                                    

Lepas sarapan tadi, Fattah duduk di pangkin yang mengadap sawah. Tenang perasaannya menghirup udara segar dan bau sawah. Pokok-pokok padi yang seperti menari mengikut rentak angin, menghidangkan satu pemandangan yang cantik.

Masa itu baru dia teringat kepada Anaqi. Malam tadi memang ada Anaqi menelefonnya, tapi pada masa tu Fattah sedang berbual dengan Puan Lisa, jadi Fattah tak boleh nak jawab. Terus Fattah tutup telefon bimbitnya. Berborak sampai tengah malam, langsung terlupa. Mesti Anaqi merajuk gila-gila ni.

Fattah mencari nombor telefon Anaqi. Sekali telefon tak berangkat. Sah, tidur lagi tu. Cuba dengan panggilan kedua, masih sama. Ke nak balas dendam ni? Tapi Anaqi tak pandai nak balas dendam. Fattah kenal siapa Anaqi. Anaqi budak paling lurus yang pernah Fattah kenal. Membuta lagilah tu. Fattah menarik nafas dalam-dalam. Sesekali dia memukul kaki. Banyak sungguh nyamuk datang tegur.

"Mak, campak sat mancis!" Fattah melaung. Sebentar kemudian Puan Lisa berdiri di serambi dan mencampakkan sekotak mancis kepada Fattah. Tak sempat nak sambut. Balingan Puan Lisa tersasar jauh. Fattah mengambil sekotak mancis yang jatuh di kaki pangkin.

Puan Lisa pula masuk ke dalam rumah semula. Kemudian Fattab mengumpul sabut kelapa yang banyak di bawah rumah. Nak buat perasap nyamuk.

Asap berkepul-kepul selepas itu. Baru senang Fattah nak berangan.

Tidak lama kemudian Puan Lisa turun menatang dulang menghampiri Fattah. Ada tiga keping lempeng kelapa bersama sepiring gula dan seteko kopi 0. Saja, buat kudap-kudap sambil melepak. Puan Lisa memang tahu Fattah suka makan lempeng kelapa.

Perut Fattah memang sudah cukup penuh. Sarapan tadi Puan Lisa tanak pulut. Makan dengan ikan pekasam dan sepat ronggeng. Fattab makan tak ingat dunia. Sekarang diajak makan lempeng pula. Memang tak patut betul mak ni.

"Pasal rancangan dengan Haziq tu, setuju ka?" Puan Lisa mengaju soalan sambil menuang kopi 0.

Fattah menarik nafas dalam-dalam. Kemudian dia menghirup perlahan kopi 0. Memang sedap.

"Tak payahlah kut mak," jawab Fattah tenang.

"Awatnya?" Fattah nak senyum, tapi tak jadi. Takut nanti mak kata gatai, tapi hatinya sudah ada yang tempah. Dia pun suka juga dengan orang yang buat tempahan tu. Manis saja orangnya dan teramatlah lurus bendulnya. Itu kata Fattah, itulah yang dia buat. Mana nak dapat anak teruna lagu tu zaman sekarang ini.

"Hai, senyum semacam aje. Ada apa-apa ka?" Puan Lisa cuba merisik sama. Riak wajah Fattah nampak lain.

"Tak taulah nak cakap macam mana." Fattah senyum sambil menggaru kepala. Adoi. Malu sungguh kalau cerita jodoh pasal ni. Serba tak kena.

"Lawa ka orangnya?"

"Bolehlah. Lawa juga." Senyuman Puan Lisa manis saja di bibir. Kalau Fattah kata lawa, memang lawalah.

"Ada macam Jebat?" Puan Lisa masih mahu membandingkan-bandingkan. Bukan apa, kalau lebih cantik, itu bonus.

"Uiks, budak ni putih melepak."

"Tok sahlah pilih putih sangat. Takut tak padan dengan Fattah pula."

"Pilih bukan sebab kulit dia, tapi budaknya macam baik saja. Boleh kut tolong mak basuh pinggan."

"Hesy, cari suami nak suruh basuh pinggan buat apa?"

"Jadilah kalau boleh tolong mak di dapuq."

"Yang sebenarnya mak pun tak berapa berkenan dengan Haziq tu. Payah kita kalau dapat yang terlebih pandai ni."

"Payah mak. Dia mengaji tinggi. Nanti kita semua tak betul. Kalau boleh saya nak lah dia saya dengaq cakap saya, bukan saya dengaq cakap dia."

"Betui tu. Yang Fattah berkenan ni, macam mana. Boleh dengaq kata Fattah ka?"

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now