Pagi itu, lebih kurang pukul tujuh pagi, Fattah sampai di halaman rumah Dato Johan. Kelihatan Anaqi sudah sedia menanti ditemani oleh Datin Roslina dan Aqil. Dato Johan ke luar negara lagi kerana urusan perniagaan.
Melihatkan Datin Roslina dan Aqil begitu, nampak benar mereka keberatan mahu lepaskan Anaqi. Risau juga Fattah dibuatnya. Ibarat menjaga sebutir permata. Bergegas Fattah keluar dari kereta dan menyalami Aqil.
"Maaf, sebab belum minta izin nak bawa Anaqi balik kampung," kata Fattah. Memang Fattah lupa akan perkara tersebut. Main ya kan saja apa kata Anaqi.
"Hmmm, tak mengapalah Fattah. Auntie cuma agak keberatan untuk benarkan Anaqi ikut Fattah. Tapi Anaqi begitu mendesak nak ikut. Terpaksalah kamı izinkan. Auntie harap Fattah boleh bertanggungjawab dan boleh jaga Anaqi dengan baik," kata Datin Roslina pula. Memang berat mahu lepaskan Anaqi pergi, tetapi Anaqi perlu juga belajar bagaimana untuk bertemu dengan orang lain. Harap dapat lebih mengajar Anaqi tentang dunia sebenar.
Anaqi mati kutu. Tak tahu nak cakap apa. Dia biarkan saja Fattah berbual dengan Datin Roslina. Sebenarnya Anaqi juga rasa berat hati mahu berjauhan dengan keluarganya, tetapi bak kata Datin Roslina, Anaqi juga perlu melihat dunia luar. Perlu juga mengenali keluarga Fattah untuk mencari keserasian. Kelak tiada apa yang hendak Anaqi kesalkan lagi. Dia sudah berusaha membuat pilihan yang terbaik.
"Saya harap Fattah tegurlah Anaqi kalau dia melebih sangat nanti. Jangan takut nak tegur kesilapan Anaqi sebab saya percayakan Fattah," kata Aqil sambil menepuk bahu Fattah. Memang dia percayakan Fattah sejak mula lagi. Dia tahu pengaruh Fatth sangat besar buat Anaqi. Kalau tidak masakan Anaqi boleh berubah begitu sekali. Sedikit tidak, Aqil sangat bersyukur dengan perubahan Anaqi.
"Insya-Allah, saya akan jaga Anaqi sebaik mungkin. Encik Aqil dan auntie jangan bimbang." Fattah beri jaminannya.
"Baguslah kalau macam tu," kata Datin Roslina pula.
"Kami pergi dulu." Fattah bersalaman semula dengan Aqil. Kemudian dia membawa beg pakaian Anaqi bersama.
"Ingat, jaga maruah diri. Jangan nak gedik Sangat. Tolong mak Fattah masak kalau nak jadi calon menantu pilihan." Aqil sambung membebel. Masa sarapan tadi sudah macam-macam nasihat diturunkan.
"Mana Anaqi tahu masak," kata Anaqi sambil mencium tangan Aqil.
"Nasiblah, siapa suruh cari orang kampung," usik Aqil.
"Abang jahat." Anaqi menolak perlahan badan Aqil.
"Dah, pergi cepat. Tengku Zafrul dalam perjalanan ke sini," kata Aqil.
"Dia dalam perjalanan ke sini? Apa hal pula dia datang sini?" soal Anaqi separuh terkejut.
"Mestilah dia nak jumpa Anaqi, takkan dia nak jumpa abang pula!" jawab Aqil.
"Kalau macam tu, Anaqi pergi dulu. Malas Anaqi nak tengok jejaka bajet bagus tu!" Anaqi memeluk Aqil selepas itu.
"Hati-hati kat rumah bakal mertua!" bisik Aqil sambil melepaskan pelukannya. Anaqi memeluk pula Datin Roslina. Sedih pula perasaan Anaqi.
"Masin mulut tu karang, jadi orang Kedah pula Anaqi," kata Datin Roslinq sambil tergelak. Kemudian pipi Anaqi dicium dengan rasa kasih. Harap semuanya baik-baik saja. Harap keluarga Fattah dapat menerima Anaqi seadanya seperti Datin Roslina sekeluarga senang menerima Fattah.
"Ingat, jangan bangun lewat. Tu rumah bakal mak mertua, tak sama macam rumah mak sendiri," pesan Datin Roslina lagi.
"Baik, mama. Anaqi ingat," kata Anaqi sambil melepaskan pelukannya.
"Anaqi pergi dulu." Anaqi mengatur langkah sopan.
"Woit, jangan lupa tangkap ikan." Akim yang baru muncul melaung. Tak patut betul. Nak pergi tak berkhabar langsung.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...