BAB 21

961 45 2
                                    

Rupa-rupanya Bukit Tinggi yang menjadi pilihan Anaqi.Fattah tidak kisah sebenarnya. Ke mana saja Anaqi bawa, di akur saja. Apa yang penting, Anaqi suka.

"Larat panjat tangga?" soal Fattah sambil melihat anak tangga yang agak banyak untuk ke kaki bukit.

"Kalau Anaqi kata tak larat abang nak dukung Anaqi?" soal Anaqi.

"Boleh aje..."

"Yek? Nampak macam tak mampu aje."

"Eh, abang biasa pikul guni padi tau tak."

"Jadi abang nak samakan Anaqi dengan guni padilah?" Anaqi buat muka. Tergelak Raees jadinya.

"Eee.." Fattah menolak perlahan bahu Anaqi.

"Takkanlah abang nak samakan Anaqi dengan guni padi pula. Agak-agaklah." Fattqh terus mengatur langkah. Anaqi mengekori dari belakang dengan agak lambat. Sejak tadi Anaqi tertanya sendiri. Inikah masanya untuk dia meluahkan perasaan? Patutkah dia berterus terang tentang segalanya? Kata Akim, kalau Anaqi tak sebut, mungkin Fattah tidak tahu, jadi Anaqi kena beritahu juga tentang isi hatinya.

"Kenapa jalan lambat sangat tu? Dah semput?" soal Fattah apabila melihat Anaqi jauh ketinggalan.

Anaqi menggeleng. Bukan dia semput tapi dia sedang berfikir cara yang paling sesuai untuk menjelaskan semuanya. Sekarang ini hubungan mereka masih di atas pagar. Fattah sendiri sudah jelaskan tentang keadaan sebenarnya. Siapa saja boleh menjadi pilihan Fattah.

"Macam mana nak cakap ni," rungut Anaqi sendirian. Fattah duduk seketika di atas kerusi yang disediakan berhampiran Botanical Garden yang terdapat di Japanese Village itu.

"Inilah tempat yang Anaiq cakap spesial sangat tu?" soal Fattah.

Entah apalah yang istimewanya. Kalau setakat nak tengok pokok bunga, rasanya kat taman bunga bersebelah kedai mamak tu lagi cantik

Anaqi tenangkan perasaannya. Fokus terhadap apa yang dia mahu luahkan saja. Perkara yang lain, Anaqi tolak ke tepi. Serius, hari ini Anaqi perlu beritahu Fattah. Anaiq tak boleh tangguh lagi. Jangan kata esok atau lusa untuk sejam dua lagi pun Anaqi tak sanggup. Silap hari bulan, Anaqi masuk hospital bahagia.

"Anaqi sukakan abang." Terus saja Anaqi cakap. Tidak mahu simpan-simpan lagi.

Fattah tenang menerima pengakuan Anaqi. Sekadar memandang wajah Anaqi. Dia pernah jadi cikgu dan dia biasa berhadapan dengan situasi luahan begitu. Tetapi pada kali ini yang meluahkan rasa itu bukan budak sekolah atau cikgu sekolah. Pada kali ini lain.

"Kenapa Anaqi nak suka abang pula. Anaqi tahu bukan, abang ni siapa, Anaqi pula siapa. Kat situ Anaqi dah dapat bezakan, kita ni lain. Abang keturunan itik serati. Anaqi pula burung merak. Mana sama."

"Abang, kita bukanlah spesies burung. Kita manusia." Tak faham bahasa kiasan rupa-rupanya budak ni.

"Maksud abang, taraf kita tak sama. Abang anak orang bendang, orang kampung. Anaqi pula anak orang kaya, duduk kat bandar. Kita tak sama."

"Anaqi tak tahu semua tu. Yang Anaqi tahu Anaqi suka abang. Abang lelaki pertama yang berjaya membuatkan Anaqi jatuh cinta. Dan Anaiq benar-benar sayangkan abang. Anaiq tak boleh jauh daripada abang."

Raees memandang pula beberapa orang pelancong yang sedang lalu-lalang. Kemudian dia meraup wajah. Nampaknya Anaqi tidak main-main. Cinta yang Fattah anggap sekadar gurauan sebenarnya bukan lagi setakat usikan teman-teman. Anaqi serius.

"Anaqi boleh beri abang sedikit masa lagi?" soal Fattah.

"Kenapa? Anaqi tak cukup bagus untuk abang? cara Anaqi macam Anaqi tidak sesuai untuk abang ni?. Air mata Anaqi sudah berjuraian. Anaqi sudah tidak peduli. Terasa seperti harapannya sudah berkecai.

"Bukan begitu. Anaqi cukup sempurna buat abang, bahkan abang rasa terlalu kecil untuk bersama Anaqi."

"Abang tak boleh terima Anaqi sebab keluarga Anaqi kaya dan abang miskin?"

"Itu salah satu sebabnya. Kita memang tidak sepadan. Abang harus sedar diri. Macam abang cakap tadi, taraf kita berbeza."

"Sebab abang keturunan itik serati?"

Fattah memegang dahinya. Masalahnya sekarang ini Si Anaqi ini kenal ke tidak dengan itik serati?

"Abang cakaplah, kenapa abang tidak boleh terima Anaqi." Anaqi merengek.

"Bukan abang tak boleh terima Anaqi, abang cuma minta sedikit masa lagi. Abang harus jumpa mama dan papa Anaqu untuk minta izin untuk bercinta dengan Anaqi. Kalau mama dan papa Anaqi benarkan, barulah kita teruskan hubungan kita. Kita tidak boleh membuat keputusan sesuka hati, tanpa mengambil kira perasaan kedua-dua orang tua Anaqi." Air mata Anaqi tak berhenti luruh membasahi pipi. Perasaannya masih sedih.

"Sudahlah, jangan menangis lagi. Kita datang sini bukan nak tengok Anaqi menangis. Abang tahu perasaan Anaqi. Tapi Anaqi harus sedar, cinta bukan semudah Anaqi sebut Anaqi suka abang. Cinta punya tanggungjawab yang lebih besar sebab tujuan kita bercinta adalah mahu mengenali hati budi masing- masing. Bukan setakat mengenali keistimewaan tetapi harus mengenali setiap kelemahan pada diri orang yang kita cintai." Fattah tepuk bahu Anaqi perlahan. Memberi sokongan. Nampak degil dan keras hati tetapi terlalu lurus. Rasanya memang sesuai untuk jadi menantu Puan Lisa. Mak mesti suka budak macam Anaqi.

"Abang akan beri peluang untuk Anaqi?"

"Emmm..." Fattah mengangguk. Ah! Macam mana mahu uruskan budak manja ini.

"Tapi abang akan minta izin terlebih dahulu. Selagi keluarga Anaqi tak izinkan, kita tidak boleh bercinta." Fattah tetap dengan pendiriannya. Kalau nanti ada halangan, dia pasrah saja.

"Keluarga Anaqi tak ada masalah. Mereka semua okey."

"Itu kata Anaqi. Anaqi ada tanya?"

"Abang, Anaqi kenal siapa ibu bapa Anaqi. Mereka bukan seperti orang yang abang fikirkan. Siapapun yang Anaqi suka, mereka tak akan ada halangan."

"Anaqi beri masa untuk abang jumpa keluarga Anaqi terlebih dulu. Kita tunggu keputusan mereka tentang perkara ni. Abang harap Anaqi bersabar, ya." Susah hati Fattah jadinya.

Anaqi hanya mampu berdiam diri. Perasaannya masih kurang tenteram. Walaupun bagi Anaqi tiada masalah, namun mana tahu Fattah sekadar mencipta alasan saja. Nampaknya percutian itu tidak memberi apa- apa makna.


Si dia yang comelWhere stories live. Discover now