Syurkur. Semua selesai dengan aman. Majlis pernikahan berjalan seperti yang dirancangkan. Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di salah sebuah kelab golf di mana Dato Johan menjadi salah seorang pemegang saham utama. Sebuah majlis yang cukup sederhana namun sangat bererti buat Anaqi.
Puan Rosliza tidak hadir. Begitu juga Tengku Zafrul dan Hajah Faridah. Hanya Encik Tengku Sofian saja yang menghadirkan diri. Tak mengapalah. Tanpa kehadiran mereka, majlis perkahwinan Anaqi tidak nampak cacat celanya. Anaiq sedikit pun tidak rasa kecil hati. Ramai kaum keluarga Fattah turut hadir memeriahkan majlis. Dan masing-masing minta diri selepas majlis selesai.
Malam itu buat pertama kalinya Fattah bakal tidur di dalam bilik Iman yang sudah dihias cantik. Sebenarnya Fattah sendiri tidak tahu untuk melayari malam pertama. Khabarnya sangat indah. Penyatuan dua hati. Menyempurnakan ikatan yang suci.
"Anaqi, dah hampir sepuluh minit ni. Anaqi buat apa tu lama-lama dalam bilik air." Fattah mengetuk pintu bilik air berkali-kali. Agak pelik. Dah dekat sepuluh minit masuk tapi tak keluar- keluar.
"Anaqi..." Fattah mengetuk lagi, masih tiada jawapan.
"Abang kira sampai lima. Kalau Anaiq tak keluar juga, malam ni abang tidur dengan Abang Aqil." Raees tersenyum sendiri. Biar betul malam pertama nak tidur dengan abang ipar.
"Anaqi malu!" jerit Anaqi.
"Sayang..." Fattah sudah tergelak. Payah kalau lagu ni.
"Okey abang kira. Satu!" Fattah mula mengira.
Anaqi menolak pintu bilik air perlahan.
Fattah memegang bibir dan memandang Anaqi dari atas ke bawah.
"Abang jangan pandang Anaqi macam tu. Malu Anaqi..."
Tergelak Fattah jadinya. Terus dia menarik tangan Anaqi. Dipeluk erat selepas itu. Tiba-tiba sahaja Anaqi rasa seperti tak cukup oksigen. Rasa tak boleh bernafas. Fattah mencium dahi dan bibir Anaqi ketika Anaqi sudah separuh kaku. Anaqi meletakkan kepala ke dada Fattah. Rasa cukup lega. Tidak sepayah mana rupa-rupanya. Tidak seperti Anaqi bayangkan.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomansAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...