BAB 45

955 43 0
                                    

Sampai saja di rumah, terkejut Anaqi melihat kehadiran Tengku Zafrul di hadapan rumah. Anaqi sudah agak, Tengku Zafrul tidak serik-serik untuk datang mengganggu. Namun Anaqi buat tak layan. Dia terus bergerak menuju ke rumah.

"Eh! Kita bincang sikit." Tengku Zafrul menarik kasar bahu Anaqi.

"Nak bincang apa lagi? Bukan ke semuanya dah selesai. Apa lagi ni? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup orang!" bebel Anaqi bersama rasa kurang senangnya.

"Belum. Masih ada yang belum selesai."

"Sudahlah, bang. Balik ajelah. Boleh tak jangan ganggu hidup Anaqi? Anaqi dah cukup bahagia sekarang ni." Anaqi mahu mengatur langkah, namun Tengku Zafrul tahan lagi.

"Anaqi tak boleh sama sekali ada hubungan dengan lelaki lain. Abang tak benarkan. Walau macam mana pun, Anaqi tetap sepupu abang dan abang berhak untuk campur tangan dalam hidup Anaqi," kata Tengku Zafrul.

"Hak? Hak apa!" Anaqi menolak dada Tengku Zafrul. Berang jadinya. Tiba-tiba sebut pasal hak. Memang dasar lelaki tak betul. Sudah tidak boleh nak fikir perkara benar dengan tidak.

"kau dah lupa, kau hanya sepupu aku? kau dah lupa, kau cuba membuatkan hidup aku menderita? kau paksa aku kahwin dengan aku sebab mahu menutup aib keluarga kau dan selepas itu kau sesuka hati campak aku. Itukah hak yang kau sebut tadi? kau ni memang sepupu paling jahanam. kau dah lupa semua tu?" soal Anaqi dengan garang.

"Eh! Sekarang ni kenapa kau kurang ajar sangat dengan aku, hah? Sebelum ni kau bukan main baik. Sejak kau berkawan dengan lelaki kampung tu, makin tak senonoh perangai kau. Lelaki macam tu kau nak buat laki?" Tengku Zafrul sudah tidak boleh mengawal perasaan. Bahasanya juga sedikit kasar.

"Sebab sebelum ni, aku berusaha untuk menjaga hati semua orang, tapi apa yang aku dapat? Dengan apa yang aku lakukan, aku sangat kecewa sebab balasannya tidak seperti yang aku harapkan. Walau apa yang terjadi sekalipun, aku tak akan terima kau. Sebab selama ini kau memang tak pernah menghormati aku. Kau hanya mahu melihat aku hidup menderita. Hubungan kita tak lebih hubungan sebagai sepupu saja. Aku nak kau faham tu dan tolong jangan ganggu hidup Aku lagi," marah Anaqi

"Sebab lelaki tu? Sebab lelaki kampung tu?"

"Ya, sebab dia. Memang sebab dia. Tapi kalau bukan sebab dia pun aku tak akan terima kau sebagat suami aku sebab aku bukan anak patung yang boleh kau campak sesuka hati. aku ada perasaan. Sekarang ni, kau carilah jantan lain untuk menutup aib keluarga kau."

"Huh! Sebab lelaki tu rupa-rupanya. Aku ingatkan lelaki yang berjaya mencuri hati kau tu lelaki yang sama hebat dengan aku. Rupa-rupanya hanya lelaki yang berasal dari kampung. Tak boleh ke kau cari lelaki yang lebih baik?"

"Masalahnya, kau pun bukanlah bagus sangat. Dan kalau kau nak tahu, kau ialah lelaki yang paling teruk yang pernah aku jumpa," balas Anaqi dengan selamba.

"Apa?" Bulat mata Tengku Zafrul mendengar kata-kata Iman. Rasa seperti satu penghinaan buat Tengku Zafrul.

"Aku bukan mahu cari lelaki yang hebat-hebat, cukuplah kalau lelaki tu tahu menghormati aku dan keluarga aku. Selebihnya aku tak harap apa-apa. Sebabnya aku pun bukanlah seperti dia tu, siapa nama tunang kau tu..." Anaqi buat-buat cuba mengingati sesuatu, tapi tidak kuasa dia untuk mengingati nama lelaki itu. Buang masa dia. Tetapi terpaksa sebut demi menyakiti hati Tengku Zafrul.

"Kau tak perlu ingatkan aku tentang dia!" marah Tengku Zafrul.

"Jadi, kalau begitu, jangan jumpa aku lagi. Tak adalah aku nak mengungkit apa-apa!" Terus aku mengatur langkah.

Tengku Zafrul masih tidak berpuas hati. Ditarik sekali lagi bahu Anaqi.

"Kau buat semua ni semata-mata nak balas dendam saja bukan? Kau cuma nak sakitkan hati aku dan keluarga aku sebab aku pernah kutuk kau dulu, bukan?" soal Tengku Zafrul.

Anaqi menentang mata Tengku Zafrul. Geram sungguh dia. Kenapalah Tengku Zafrul itu susah betul hendak faham?

"Tidak. aku tak pernah berdendam dengan abang atau keluarga abang. Sama sekali tidak. Abang tetap kaum keluarga Anaqi. Anaqicuba lupakan penghinaan abang terhadap Anaqi. Anaqi sedar siapa diri Anaqi. Sebaliknya Anaqi bersyukur sebab Anaqi dipertemukan dengan lelaki yang baik-baik. Anaqi betul-betul sukakan dia. Dan bukan sebab Anaqi berdendam atau apa. Cuma Anaqi mahu jadi suami dia. Tolonglah faham perasaan Anaqi. Jangan tuduh aku yang bukan-bukan."

Tengku Zafrul tergamam. Terkejut sungguh dia mendengar penjelasan daripada Anaqi.

"Kau dah jatuh cinta dengan dia?"

"Emmm... Memang Anaqi jatuh cinta dengan Abang Fattha sejak hari pertama Iman jumpa dia. Anaqi suka sangat dengan dia. Anaqi belum pernah sukakan lelaki macam Anaqi sukakan dia. Inilah kali pertama Anaqi suka dekat seseorang." Anaqi tidak menunggu, dia terus mengatur langkah.

Tengku Zafrul juga sudah tidak mampu untuk menghalang. Nampaknya Anaqi sudah benar-benar jatuh cinta.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now