"Abang, Anaqi kemalangan. Dia kena langgar!"
Pandangan Fattah kabur seketika. Rasa lemah seluruh badan. Khabar yang dia terima daripada Akim, buat Fattah terkaku seketika. Bibirnya terketar-ketar.
"Fattah," panggil Aqil. Terus Fattah menyerahkan telefon bimbitnya kepada Aqil
"Helo, siapa ni?" soal Aqil. Dia juga cemas apabila melihat wajah Fatth yang pucat tak berdarah.
"Abang Aqul, Anaqi kemalangan." Suara Akim kedengaran seperti sedang menangis.
"Apa?"
"Anaqi kena langgar lari. Sekarang ni saya bawa dia ke hospital. Apa-apa nanti saya hubungi abang." Suara Akim hilang selepas itu.
"Bersurai semua," arah Aqil selepas itu. Dia juga nampak pucat.
"Aqil, kenapa ni?" soal Dato Johan. Tiba-tiba saja Aqik minta bersurai ketika mesyuarat bakal berlangsung.
"Anqi kena langgar lari, papa..." jawab Aqil lemah.
"Ya Allah, anak aku..." Dato Johan juga menjadi lemah. Perasaannya cemas tiba-tiba.
"Macam mana boleh berlaku?" soal Dato Johan.
"Anaqi ajak Akim shopping hari ni. Jadi saya tak ada apa-apa bantahan. Saya izinkan saja. Tak tahu..." Fattah sudah berasa sebak. Kalau dia tahu akan terjadi begitu, tak akan dibenarkan Anaqi keluar.
***
Air mata Anaqi mengalir tidak henti-henti. Dia sangat sedih bila sedar-sedar, dia sudah keguguran. Dia sudah kehilangan kandungannya."Abang..." Anaqi masih menangis di dada Fattah.
"Tak mengapa. Bukan rezeki kita. Yang penting, Anaqi selamat..." Fattah mencium rambut Anaqi. Tidak sanggup melihat Anaqi menderita begitu sekali.
"Baby kita macam mana?"
"Tak apa. Masih banyak peluang buat kita. Anaqi jangan bimbang. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Yang penting, Anaqi kena jaga kesihatan Anaqi. Tak nak sedih-sedih." Fattah memeluk Anaqi dengan erat. Dia mahu Anaqi lebih kuat dan tidak terbeban dengan apa yang berlaku.
Anaqi menangis semahunya di dada Fattah.
"Anaqi bimbang abang tak sayang Anaqi lagi."
"Hesy, kenapa fikir macam tu. Anaqi ialah suami kesayangan abang selama-lamanya. Apapun yang bakal berlaku, kita tetap akan bersama. Abang tak suka Iman fikir perkara yang bukan-bukan. Dahlah. Jangan menangis. Tu, Abang Aqil dengan mak datang. Kalau mak tengok Anaqi macam ni, nanti mak lagi susah hati," kata Fattah apabila melihat Aqil datang bersama Puan Lisa.
"Abang bagi tau mak?" soal Anaqi.
Waktu ini kesedihan Anaqi bertambah-tambah. Pasti mak mertuanya bertambah kecewa.
"Haah."
"Pasti mak kecewa."
"Taklah. Mak faham."
Puan Lisa terus datang peluk Anaqi.
"Anaqi sabar ya, janji Anaqi tak ada apa-apa," pujuk Puan Lisa.
"Mak, Anaqi sedih. Baby Anaqi dah tak ada."
"Hesy, tak mau lagu ni. Orang keguguran tak baik sedih-sedih. Anak tu bila-bila nanti boleh ada balik. Semua rezeki datang daripada Tuhan. Kalau kata bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Tapi kesihatan Anaqi paling penting. Mak tak mau Anaqi sedih-sedih. Nanti mengganggu kesihatan Anaqi. Kalau sayang mak, jangan sedih lagi." Puan Lisa menyapu air mata Anaqi perlahan.
"Terima kasih mak sebab tak marah Anaqi. Kalau Anaqi tak cuai, mesti tak jadi perkara macam ni."
"Jangan cakap lagu tu. Janji Anaqi selamat."
Ketika itu seorang jururawat datang menghampiri mereka.
"Keadaan Tuan sudah stabil dan rasanya tak ada masalah. Tuan boleh pulang hari ni," kata jururawat tersebut.
"Terima kasih," kata Anaqi perlahan.
"Fattah tolong kemas apa yang patut. Abang tolong bayar bil hospital," kata Aqil sambil menepuk bahu Fatth perlahan.
"Hantar Anaqi ke rumah kami. Biar mama jaga buat sementara waktu. Kalau Anaqi balik rumah kau orang, mahu sampai rumah dia melompat-lompat," pesan Aqil pula sebelum melangkah.
"Baik, bang," balas Fattah perlahan.
Dia memasukkan beberapa barang milik Anaqi ke dalam beg kertas. Sudah tiga hari Anaqi dimasukkan ke dalam wad.
"Hmmm, nampaknya mak kena bermalam rumah mama Anaqi la jawabnya," ujar Fattah. Bimbang juga kalau emaknya tidak selesa.
"Mak tak kisah. Sama aje. Lagipun mak tak boleh lama. Dua malam aje. Kesian ayah hang tu. Padi tengah nak musim menuai," jelas Puan Lisa.
"Menyusahkan mak saja terpaksa naik bas," kata Anaqi perlahan.
"Taklah menyusahkan. Selagi mak tak tengok sendiri keadaan Anaqi, mak tak senang duduk," kata Puan Lisa. Dia memegang tangan Anaqi yang sejuk. Terubat sedikit perasaan Anaqi mendengar kata- kata Puan Lisa
YOU ARE READING
Si dia yang comel
РомантикаAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...