Fattah bercuti selama tiga hari. Dia mengambil keputusan menumpang Zahhar untuk balik ke kampung. Sudah hampir tiga bulan dia meninggalkan kampung. Rasa rindu benar kepada kampung halaman, mak, ayah dan saudara-mara. Dia juga amat rindukan masakan Puan Lisa dan juga bau sawah tentunya. Ah! Rindu semuanya la. Tangan Fattah saja yang menyusun fail di dalam kabinet tetapi hati dan perasaannya sudah balik ke kampung terlebih dahulu. Semalam hati Fattah seperti sudah sampai di kampung disebabkan Zahhar mengajak balik ke kampung pada semalam petang.
Anaqi menghampiri Fattah. Dia mahu menolong Fattah menyusun fail kononnya, tapi sebenarnya dia mahu tolong tengok saja. Sambil-sambil itu dia mahu mengajak Fattah berbual sama.
"Abang nak balik kampung?" soal Anaqi. Ada ura- ura mahu ajak Fattah jalan-jalan makan angin untuk menghabiskan cuti yang ada. Anaqi tak akan malu nak ajak, sebab sudah lama Anaqi berhajat mahu jalan-jalan dengan Fattah. Tetapi Fattah sudah pukul canang pada pagi tadi mahu balik ke kampung kepada rakan sekerja yang lain. Jadinya memanglah Anaqi rasa kecewa. Hajat tak sampai.
"Haah, rindu pula dengan orang kampung," ujar Fattah bersahaja. Kemudian dia menjeling Anaqi sekilas. Jangan merengek nak ikut sama balik kampung sudah. Susah pula nak bagi jawapan apa nanti.
Perlahan Anaqi melangkah ke pejabat Dato Johan. Wajah murung itu dibawa mengadap Dato Johan.
"Kenapa Anaqi?" soal Dato Johan.
"Papa, cuti tiga hari nanti tak ada kerja lebih masa ke?" soal Anaqi.
"Tak ada barang urgent ke yang nak dieksport?" soal Anaqi lagi.
Kali ini dia benar-benar berharap. Manalah tahu ada ruang-ruang yang membolehkan pekerja dibekukan cuti mereka. Pasti Fattah terlibat sama.
"Sebenarnya ada. Tapi papa minta tangguh sebab semua pekerja mahu bercuti," jawab Dato Johan. Kemudian kembali menyambung kerjanya.
"Mana boleh macam tu, papa. Papa kena dulukan pelanggan. Papa juga yang cakap, apa-apa hal, pelanggan mesti didahulukan." Anaqi masih berkeras. Mahu menggunakan kuasa anak manjanya.
"Anaqi ada yang tak kena ni? Kenapa bersungguh minta pekerja buat kerja? Anaqi ada nak lakukan sesuatu ke?" Dato Johan terpaksa hentikan kerjanya dan beri tumpuan buat Anaqi. Anaqj jarang tunjuk sikap pelik, jadi Dato Johan terpanggil untuk melihat wajah anaknya.
"Anaqi cuma mahu ingatkan papa saja kalau papa terlupa," dalih Anaqi sambil menyembunyikan riak wajah. Anaqi sedar papanya sudah terhidu sesuatu
"Terima kasih sayang, papa tak lupa. Cuma kali ni biarlah mereka semua bercuti. Selain pelanggan pekerja juga sama pentingnya. Kita kena jaga kebajikan pekerja sebab tanpa mereka, syarikat kita tak ke mana. Anaiq kena faham tu. Jangan sesekali sombong dengan pekerja lain. Jangan cakap besar dan angkuh," nasihat Dato Kohan.
"Insya-Allah, papa. Mudah-mudahan Anaqi dijauhi dengan semua sikap buruk tu. Cuma kalau boleh cuti kali ni papa fikirkanlah semula. Takut menjejaskan, syarikat nanti." Anaqi masih berusaha.
"Insya-Allah, papa rasa tak ada masalah besar. Kita boleh kawal lagi semuanya." Dato Johan cuba meyakinkan Anaqi pula. Kali ini Anaqi sudah tunjukkan satu sikap yang agak luar biasa. Nampaknya Anaqi sudah mula faham. Lapang perasaan Dato Johan.
"Kalau macam tu kata papa, tak mengapalah." Anaqi mengangkat bendera putih. Dia kalah. Usaha Anaqi tidak berjaya. Hendak atau tidak, dia terpaksa melepaskan Fattah pulang bercuti. Tak seronoknya. Kalau boleh, Anaqi mahu ikut Fattah pulang ke kampung. Tapi mana boleh begitu. Mereka masih baru kenal. Kan tak manis kalau Anaiq terhegeh-hegeh mahu ikut Fattah. Ahhh Runsing betul Iman dibuatnya.

YOU ARE READING
Si dia yang comel
Storie d'amoreAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...