Selepas makan malam, Fattah membawa telefon bimbit ke ruang tamu. Sebelum Anaqi menghubunginya, baik dia bubungi Puan Lisa terlebih dahulu. Anaqi kalau sudah bercakap, tak lepas pukul 12 tengah malam, memang tidak sah. Ada perkara yang mahu Fattah bincangkan dengan Puan Lisa.
"Assalamualaikum mak." Lembut Fattah memberi salam. Sungguh, Fattah sangat-sangat rindukan kedua-dua orang tuanya.
"Waalaikumussalam. Dah makan ka?" jawab Puan Lisa. Kedengaran sangat ceria suara Puan Lisq di hujung talian. Maklumlah dapat mendengar suara anak bujangnya.
"Sudah. Baru je siap. Zahhar masak sambal tumis ikan sardin."
"Sardin dalam tinlah tu."
"Apa lagi, memang sardin kurunglah," jawah Fattah sambil gelak perlahan. Bukan kelakar mana pun tapi maklumlah, kalau sudah bercerita pasal sardin di dalam tin maknanya penyakit M sudah datanglah. Itu saja lauk yang senang dimasak.
"Ni nak bagi tau mak. Minggu depan saya nak balik kampung," beritahu Fattah selepas itu. Dia kembali dengan tujuan asal.
"Dengan Zahhar ka?"
"Bukan." Cepat Fattah menafikan.
"Balik naik bas tu hati-hati."
"Saya bawa kereta kut mak. Pakai kereta company."
"Depa bagi kereta ka?"
"Ha la, senang saya nak ke hulu ke hilir."
"Depa bagi pula bawa balik kampung."
"Bagi, tapi duit minyak kena tanggung sendirilah."
"Tak pa la kalau lagu tu. Dah ada kemudahan tu pun syukur. Alhamdulillah..."
"Saya ada benda nak cakap sikit. Tu pun kalau mak bagi." Berat rasa Fattah nak bertanyakan perkara tersebut. Bukan apa, takut Puan Lisa tak setuju sedangkan Fattah sudah berjanji dengan Anaqi.
"Apanya, habaqlah," balas Puan Lisa.
"Takut mak marah."
"Kalau takut mak marah, lain kali jangan bukan
cerita. Diam-diam sudah." Fattah tau Puan Lisa sudah naik angin. Jadi nak tak nak kena cakap jugalah."Saya nak bawa balik kawan, boleh ka?"
"Pasai tu ka? Bawalah. Apa salahnya. Mak tak marahlah. Suka lagi ada." Jawapan Puan Lisa buat Fattah bertambah gementar.
“Ni bukan kawan biasa tapi."
"Mak tau."
"Macam mana mak tau?" Hairan Fattah. Dia tak habis cakap lagi tapi macam mana Puan Mariana tau?
“Kalau kawan biasa Fattah tak pernah habaq nak bawa balik, jadi mak target ni mesti bakal menantu mak ni." Ada ketawa kecil menyusul selepas Puan Lisa berkata- kata. Sedikit tidak, lega juga perasaan Fattah.
"Jadi mak tak marahlah?" soal Fattah.
"Nak marah apa. Nak juga tengok budaknya. Tentu comel, kan. Kalau tak, takkan anak teruna mak ni gatai semacam." Gelak Puan Lisa kedengaran lagi.
"Mana ada gatai, mak. Kawan saja."
"Toksah tipu maklah. Kalau setakat kawan, tak sampai bawa balik rumah. Balik hari tu pun mak dah nampak angaunya."
"Daklah..." Malu Fattah jadinya.
"Mak faham. Bawaklah dia balik jumpa mak.
"Harap mak sukalah dia nanti."
"Mak tak banyak cerita. Baik kat Fattah, baiklah kat mak. Fattah yang nak guna dia nanti."
"Terima kasih, mak." Sayu perasaan Fattah. Rasa syukur yang tidak terhingga sebab memiliki seorang ibu yang berhati sangat mulia. Mudah diajak berbicara dan sangat memahami keadaan anak-anak. Alhamdulillah.
"Apa kata mak hang?" Zahhar bertanya, selepas Fattah dan maknya tamatkan panggilan. Muka Zahhar dipandang kosong.
"Mak aku cakap bawalah. Dia pun nak jumpa Anaiq."
"Lepas ni mesti Cik Puan Mia bising kat aku. Manalah aku nak cari kekasih macam ni." Risau Zahhar jadinya. Kalau Fattah sudah tayang bakal, pasti Puan Mia akan banyak tanya nanti.
"Kan Akim ada. Nak susah hati apa lagi. Budaknya pun baik. Tak banyak cerita." Fattah menepuk bahu Zahhar perlahan. Tahu Zahhar itu pemalu amat. Susah nak berkawan dengan orang. Jauh sekalilah nak mengurat.
"Seganlah aku..."
"Jangan bimbanglah. Nanti aku tolong hang. Tapi selesaikan hal aku dululah..."
"Tau dah..."
Masing-masing mengambil tempat untuk baringkan badan selepas itu. Jauh di sudut hati Fattah, dia mengharapkan semuanya dipermudahkan nanti.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...