"Hoi cerdik, kau suruh aku ikut kau pagi-pagi buta ni semata-mata nak cari rumah lelaki itu? Eh Anaqi, kau ni wayar putus ke apa? Kalau betul kau berkenan kat lelaki tu, kau cakap saja kat papa kau. Jangan kata esok, hari ni juga papa kau pergi pinang lelaki tu. Sebab aku tahu, papa kau memang dah tak sabar nak lepaskan kau," kata Akim.
Marah sungguh dia. Beria-ia Anaqi mengajaknya keluar. Ingat tadi ada benda penting, rupa-rupanya nak ajak cari rumah lelaki tu. Kalau Akim tahu, upah seribu pun dia tak sanggup. Memalukan betul.
"Kurang ajar punya kawan. Tak membantu betul," rungut Anaqi sambil terintai-intai. Rasanya di sinilah tempat tinggal Fattah. Anaqi yakin benar, hari dia terlanggar Fattah tu betul-betul berhampiran pintu masuk Salon Jaa Beauty.
"Sudahlah. Tak semestinya dia tinggal kat sini. Mana tau tempat lain. Esok, kau tanya dia betul-betul kat mana rumah dia."
"Gila kau nak tanya rumah dia? Buat malu aku aje. Nanti dia ingat aku nak tolong kemas rumah dia pula."
"Habis, macam ni tak malu?" soal Akim.
Geram betul. Tak sangka kawan baiknya itu akan jadi seteruk ini hanya kerana sukakan seorang lelaki. Memang kerja gila. Anaqi masih tertinjau-tinjau. Langsung tidak peduli dengan bebelan Akim. Kalau dia betul-betul suka, dia akan usaha habis-habisan. Anaqi tak akan peduli apa- apa.
"Eh Anaqi, apa buat kat sini?" tegur Fattah tiba- tiba. Pelik melihat Anaqi ada di situ. Sedangkan sekarang baru pukul lapan pagi. Dia bertambah pelik apabila hari ini merupakan hari minggu.
Muka Anaqi berubah pucat. Tidak sangka dia betul-betul terserempak dengan Fattah di situ. Sedangkan di rumah tadi, Anaqi terdengar juga menghasut bahawa peratus untuk terjumpa dengan Fattah hanya ada sepuluh peratus.
"Anaqi..." Anaqi kalut mencari jawapan. Akim juga nampak pucat. Dia lagi tiada jawapan sebab dia sekadar pembantu saja. Pandai-pandailah kau cari jawapan sendiri, Anaqi. Kau yang cari pasal.
"Anaqi nak buat rambut." Mujur Anaqi terpandang Salon Jaa Beauty. Ada juga alasan yang boleh Anaqi berikan.
"Anaqi mengingau ke apa? Kan salon buka pukul sepuluh tu. Sekarang baru pukul lapan pagi. Jam Anaqi rosak ke?" Fattah tergelak.
Anaqi mati kutu lagi. Tak tau nak bagi jawapan apa. Kalau jawapan jujur, nanti tak tau nak letak muka kat mana.
"Kalau ya pun nak buat rambut, sabar-sabarlah Tunggulah salon buka dulu." Fattah menggeleng sambil menggaru kening.
"Jom abang belanja minum teh tarik." Fattah pelawa. Sudah terlanjur berjumpa, apa salahnya ajak minum sekali.
"Eh, tak payahlah." Akim tolong jawab. Gila nak minum teh tarik pagi-pagi buta dengan lelaki yang tak dikenali. Biarlah Anaqi gila sorang-sorang. Jangan Akim terlibat sama.
Cepat-cepat Anaqi menyepak kaki Akim. Tak guna punya kawan. Boleh pula terus cakap tak payah. Sedangkan itulah yang dinantikan oleh Anaqi.
"Errr, abang nak minum kat mana?" Cepat-cepat Anaqi tanya.
"Tu..." Muncung mulut Fattah terhala ke arah sebuah kedai mamak di seberang jalan. Penuh dengan pelanggan.
"Tapi kita kena tunggu kawan abang dulu," kata Fattah lagi. Dia pusing badan untuk melihat kalau-kalau Zahhar sudah muncul.
"Hah, dah sampai pun kawan abang. Kenalkan, ini kawan abang satu kampung dan juga satu rumah, Zahhar. Zahhar ini Anaqi Amran, rakan satu pejabat aku dan juga anak bos aku. Dan ini kawan dia. Tak sempat nak tanya nama." Fattah kenalkan Anaqi kepada Zahhar.
"Oh, ini rupa-rupanya Anaqi. Fattah selalu juga sebut sejak dua tiga hari ni." Zahhar memandang wajah Anaqi. Memang cun budaknya, padanlah Fattah asyik teringat siang dan malam Tapi takkan nak bawa yang ini jumpa Puan Mariana. Agak-agaklah, Fattah Kampung kita tu ramai Internet bergerak. Karang tak menang nak terima umpatan orang.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...