Bab 38

1.1K 52 1
                                    

"Kita mulakan dengan majlis kecik dulu. Mudah- mudahan majlis besaq akan menyusul pula nanti. Jemput makan semua" kata Encik Mustaqim sambil tersenyum. Ketika itu ruang tamu sudah dipenuhi sanak saudara lain. Masing-masing dijemput untuk bersama pada majlis yang sederhana itu.

Semasa acara makan bermula. Anaqi lihat lauk yang sudah terhidang. Kari ayam kampung, gulai nangka dengan ikan masin, ikan pekasam, sambal belacan. Ulamnya pula pucuk ubi rebus bersama jantung pisang. Ada lagi beberapa jenis ulam yang Anaqi tak pernah jumpa sebelum ini.

"Terubuk bakag tadi mana?" Fattah tanya sambil menjengah kepalanya ke ruang dapur.

"Atas api lagi. Siapa nak makan, dia pi ambik sendiri," jawab Farah.

"Saja tak kesian kat adik!" kata Fattah lalu berjalan menuju ke pintu dapur. Dia muncul semula dengan ikan terubuk bakar lalu dibawa kepada Anaqi.

"Nah!" Farah menghulur air asam.

"Anaqi, nanti nikah, Anaqi tak payah masak apa. Fattah ni jenis makan ikan bakaq saja dengan ayaq asam," kata Farah lagi.

Anaqi senyum saja. Nanti nikah? Emmm... Bila agaknya.

"Betul ni?" Anaqi tanya Fattah sambil senyum bila melihat Fattah sudah bersila bersebelahannya.

"Betul apa? Betul nak nikah?" soal Fattah.

"Taklah, abang suka makan ikan bakar dengan air asam saja," soal Anaqi.

"Sukalah dengar sebab tak payah masak lauk lain?" Fattah menjeling manja. Kemudian sekilas dia menjeling Haziq yang makan bersama jiran-jiran yang lain. Bukan niat mahu menyakiti hati Haziq, Fattah sekadar mahu Haziq berhenti berharap. Itu saja.

"Suka sangat," balas Anaqi.

"Jangan mimpi. Abang makan semua makanan, okey. Hah, lepas ni kena belajar masak dengan mak. Abang tak kira," ugut Fattah.

"Anaqi akan berusaha. Abang jangan bimbang."

"Hmmm, senang hati abang dengar," bisik Fattah perlahan.

Senyum Anaqi jadi lebar. Ah, kenapa rasa tak sabar saja nak kahwin. Nak masakkan untuk Fattah. Tak, sebenarnya Anaqi tak sabar nak jadi suami Fattah.

"Suka makan ikan terubuk?" soal Fattah selepas itu.

"Suka, tapi banyak tulang." Anaqi jawab perlahan sambil mula mengunyah nasi. Terbuka selera melihat lauk yang terhidang. Betul-betul masakan kampung. Sedang sedap makan, Anaqi terkejut melihat Fattah meletakkan isi ikan terubuk di dalam pinggannya. Kalau Anaqi ini tidak dibekalkan dengan perasaan, Anaqi pasti tak rasa apa-apa dengan apa yang Fattah lakukan. Ini Anaqi ada perasaan. Perasaan Anaqi sangat halus mustahil Anaqi tak rasa terharu.

"Terima kasih." Anaqi berbisik perlahan.

Fattah tak jawab tapi ada senyuman segaris di bibirnya.

Anaqi senang sangat dengan senyuman Fattah itu. Kemudian Anaqi meletakkan seketul ayam ke pinggan Fattah.

"Ayam ni sedap." Anaqi bisik lagi.

"Memanglah sedap, sebab abang yang buang bulunya," jawab Fattah dengan gaya berbisik juga. Masa itulah Anaqi tergelak. Bila Anaqi mengangkat muka baru dia perasan semua mata sudah pandang mereka berdua, Jadi sebentar tadi mereka sudah jadi tontonan umum. Adegan yang tidak terdapat di mana-mana drama TV.

"Jemput makan!" Baru Anaqi teringat dia belum jemput orang lain makan.

"Eh! Sila, sila. Jangan kisahkan kami!" kata salah seorang jiran.

"Sedap betul lauk, Anaqi makan sampai tak ingat orang lain." Anaqi cakap lagi.

"La, lauk kampung saja tu. Tapi Anaqi kenalah belajar makan lauk kampung. Esok senang kalau kahwin dengan Fattah." Farah menyampuk. Serius dia memang berkenan dengan Anaqi. Bukan sebab Anaqi putih, bukan sebab Anaqi comel atau bukan sebab Iman anak dato, tapi Anaqi menyenangkan hati kedua-dua orang tuanya. Sikap lemah lembut Anaqi buat semua orang cair dan budaknya agak lurus. Itu yang Farah suka. Masa tu juga Fattah terbatuk.

"Pasai apa sakit jantung pula ni!" kata Fattah sambil terbatuk. Anaqi gelak sambil menutup mulut. Hmmm, pandainya dia ni tutup topik.Kemudian Anaqi menghulurkan air kepada Fattah.

"Apa kakak ni, malulah saya," kata Fattah selepas itu.

"Tak betul ke kakak cakap ni?"

"Siapalah yang nak kat saya ni. Dahlah hitam legam. Rupa dahlah tak dak. Harta jauh sekali!" Kasihannya Anaqi dengar. Bunyi macam kajang Pak Malau saja.

"Tu semua tak penting, kan Anaqi? Yang penting had dalam tu," kata Farah lagi.

"Dalam tu banyak jenis, kakak. Kakak maksudkan yang mana satu?" soal Fattah. Mahu berseloroh dengan Farah.

Lama juga dia tidak bergurau dengan kakaknya itu. Balik hari tu, Farah pergi makan angin ke Langkawi. Tak sempat nak berjumpa. Adik Fattah yang bernama Fatimah pula ikut suami bertugas di Sabah. Itu lagi payah nak jumpa. Fattah tak memandang sesiapa. Dia masih memilih tulang ikan terubuk.

"Kak cakap hati mau baik, mau ikhlas. Kak tak cakap benda lain. Ka, hang dah corner tempat lain?" Farah tanya dengan kuat. Orang lain sambut dengan gelak.

"Oh, kakak cakap pasai hati ka? Ingat tadi pasai lain." Fatth tersenyum sendiri.

"Tu sah dah ke lain. Orang kalau dah mabuk asmara memang lagu tu," kata Farah lagi.

"Kalau jauh pun tak sesat mana. Depan mata saja."

"Habislah. Lepas ni sah kena juai tanah bendang. Ada yang gatai sangat nak nikah." Farah datang membawa semangkuk nasi tambah.

"Makan Anaqi, jangan layan sangat Fattah ni. Bukan betui sangat."

Selepas itu, Fattah letak lagi isi ikan terubuk ke pinggan Anaqi. Anaqi sedar mereka masih diperhatikan lagi. Untuk tidak menampakkan sangat dia itu jenis yang boleh menguasai, Anaqi sudukan gulai nangka muda. Tapi belum sampai ke pinggan Fattah, Fattah dah tahan.

"Abang tak makan nangka muda," kata Fattah cepat.

"Kenapa?" Anaqi tanya.

"Abang pakai susuk." Fattah cakap macam berbisik.

"Oh! Padanlah sekali pandang Anaqi dah berkenan." Anaqi cakap dengan berbisik juga. Terus Fattah  memandang Anaqi.

"Tu la pasal. Kira susuk abang ni menjadilah?"

"Betul abang pakai susuk?" Anaqi kerut dahi.

"Hesy, mana ada. Abang ni memang hensem semula jadi." Fattah puji diri sendiri.

"Ah, ayat tak boleh blah langsung. Masuk bakul angkat sendiri. Ingat betul tadi dia pakai susuk." Anaqi menyambung menikmati makannya. Malas dengar Fattah merepek yang bukan-bukan.

"Dah sudah?" tanya Fattah apabila Anaqi mula membasuh tangan.

"Awat makan sikit sangat? Tak selera ke?" Puan Lisa tanya.

"Sedap. Banyak Anaqi makan ni. Selalu Anaqi tak makan macam ni," jawab Anaqi

"Anaqi jaga badan ka? Dah kurus macam ni nak jaga apa lagi? Fattah ada kompelin apa-apa pasal bentuk badan ka? Badan dia yang macam tong dram tu tak ingat, kata Puan Lisa lagi. Anaqi sudah tergelak. Badan kawan tu sikit punya lawa kata macam tong dram.

"Eh! Tong dram pun laku, mak." Farah menyampuk.

"Cuma tong dram ini saja yang tak laku-laku," balas Puan Lisa.

"Kutuklah. Nak buat lagu mana, kita memang tak laku!" Ada nada merendah diri pada suara Fattah. Sedar juga, siapalah sangat dia.

Anaqi tersenyum saja. Tidak mahu masuk campur dan berpihak kepada mana-mana belah. Setakat ini dia memang orang luar, jadi dia diamkan saja.

Kemudian Anaqi tolong buang tulang ikan terubuk. Dia letak isi ikan di pinggan Fattah. Mengulangi apa yang Fattah pernah buat untuknya. Nampak macam mereka mesra benar dan tak ubah sedang berkasih sayang. Bukan niat Anaqi untuk tunjukkan apa-apa, dia hanya mahu menghargai apa yang Fattah cuba lakukan terhadapnya. Hidup ini ada memberi dan menerima dan saling menghormati. Bila Anaqi merasakan dia pernah dianggap seumpama sampah, jadi Anaqi amat menghargai bila dia dianggap sedikit istimewa. Rasa tidak salah di mana-mana.





Si dia yang comelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang