"Abang Yusuf?" Anaqi sudah terkejut melihat tunang Aqil sedang bergurau mesra dengan seorang lelaki siap berpegangan tangan lagi. Berkali-kali Anaqi menggosok mata. Takut tersalah orang. Memang Anaqi tidak salah pandang. Memang jelas itu Yusuf.
"Siapa?" soal Fattah. Kurang jelas.
"Abang Yusuf. Tunang Abang Aqil," jelas Anaqi lagi. Tercari-cari Fattah orang yang Anaqi maksudkan. Memang ramai pelanggan di dalam cafe house tersebut.
"Lelaki pakai baju warna hijau muda dan orang lagi tu pula pakai baju warna merah. Abang janganlah pandang sangat. Nanti Abang Yusuf perasan."
"Okey." Fattah menjeling sekilas mencari orang berbaju hijau. Ya, memang Yusuf. Tapi siapa pula lelaki bersama Yusuf itu?
"Mungkin ahli keluarga terdekat, siapa tahu," Fattah tidak mahu Anaqi berprasangka buruk. Tidak elok kalau ada perasaan begitu.
"Abang Yusuf tu anak tunggal."
"Mungkin bapa saudara dia ke. Kita tak boleh fikir yang bukan-bukan tanpa mengetahui perkara sebenar. Tidak boleh buat tuduhan melulu. Abang tahu apa yang Anaqi sedang fikirkan. Tapi kita tidak berhak menghukum tanpa usul periksa. Takut nanti perkara lebih buruk bakal berlaku." Melihatkan air muka Anaqi yang sudah berubah itu, Fattah pasti Anaqi sudah berprasangka yang tidak baik.
"Tapi bang, nampak jelas dan nyata. Bergurau macam pasangan kekasih. Bukan ke tak manis. Dia selalu kutuk Anaqi buat perangai tak senonoh ni dia pulak yang buat."
"Abang tak suka bakal suami abang memiliki sikap begitu. Abang mahu Anaqi sentiasa positif."
Anaqi terdiam. Walaupun perasaannya masih lagi tidak puas, namun dia akur dengan arahan Fattab. Positif, Anaqi! Anaqi menoleh sekali lagi untuk melihat Yusuf. Betapa tersentap perasaan Anaqi apabila melihat Yusuf begitu mesra memaut lengan lelaki berbaju merah itu. Apa makna semuanya ni?
"Untuk sementara waktu, abang mahu Anaqi diamkan dulu perkara ni. Anaqi tunggu sedikit masa lagi. Abang tak mahu Anaqi bertindak terburu-buru. Bimbang menjejaskan hubungan Anaqi dengan abang Anaqi. Anaqi jangan anggap perkara ni main-main." Fattah tidak ketinggalan juga memberikan nasihatnya. Dia tahu Anaqi sudah tidak sabar-sabar untuk bercerita kepada Aqil.
"Tapi, ni melibatkan abang Anaqi. Takkan Anaqi nak diamkan?"
"Ya, abang tahu. Tapi kena dapatkan bukti yang kukuh untuk menjelaskan kepada abang Anaqi. Kalau tidak, takut jadi fitnah nanti." Anaqi terdiam tetapi marahnya tetap membuak- buak.
***
PANGGG! Anaqi rasa pipinya pijar. Tangan Aqil sudah sampai ke pipi Anaqi."Abang tak sangka ada Anaqi perangai macam ni. Memang abang tak sangka Anaqi seorang yang berhati busuk. Sanggup fitnah bakal Abang ipar begitu sekali."
"Anaqi tak fitnah. Anaqi cakap benda yang benar. Anaqi nampak sendiri perbuatan Abang Yusuf." Anaqi cuba membela diri.
"Abang kenal siapa tunang abang yang sebenar. Tak perlu Anaqi nak fitnah yang bukan-bukan. Abang tahu Anaqi tak sukakan tunang abang. Tapi abang tak sangka sampai begini sekali tindakan Anaqi untuk pisahkan abang." Aqil memandang lagi wajah Anaqi. Marahnya memuncak.
"Mama pun tak sangka perangai Anaqi seburuk ini. Anaqi tahu kan Abang Yusuf tu macam mana orangnya. Sekalipun Anaqi tak suka, janganlah cakap yang bukan-bukan. Mama tak boleh terima tuduhan Anaqi ni. Tahu tak berdosa fitnah orang yang baik," marah Datin Roslina.
Anaqi sudah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Nampaknya semua ahli keluarganya tidak mempercayai kata-kata Anaqi lagi.
Anaqi terus mengatur langkah laju menuju ke biliknya. Dia tidak akan masuk campur lagi urusan Aqil. Selepas ini apa yang bakal terjadi, Anaqi tidak mahu mengambil tahu. Ternyata Aqil lebih pentingkan tunangnya daripada adik sendiri. Namun sebagai adik, Anaqi tetap bimbangkan Aqil. Anaqi menyapu air mata yang jatuh berlinangan. Segera dia mengambil telefon bimbitnya. Mahu mengadu semua gundah kepada buah hati. Hanya kepada Fattah hendak diluahkan segalanya.
"Abang..." Tanpa memberi salam, terus Anaqi merengek.
"Kenapa ni?" Perlahan suara Fattah bertanya. Sudah terbiasa dengan cara Anaiq. Kalau tak merengek, tak sah.
"Abang Aqil tampar Anaqi. Tak pernah abang tampar Anaqi."
"Kan abang dah pesan. Jangan cerita dulu pasal tunang dia. Kenapa Anaiq degil? Langsung tak nak dengar nasihat abang." Fattah sudah agak. Pasti Anaqi sudah bercerita perihal Yusuf.
"Tapi, tu abang Anaqi. Takkan Anaqi nak diamkan aje." Anaqi menangis lagi. Nampaknya orang yang dia sayang sudah tidak menyebelahinya.
"Abang faham. Siapa yang sanggup tengok orang main-mainkan adik-beradik sendiri. Tapi Anaiq faham tak makna sabar? Abang cakap sabar dulu. Kita bertindak bila keadaan sesuai dan mengizinkan. Kumpul dulu semua bukti. Ini Anaqi main terjah macam tu saja tanpa bawa bukti apa-apa, tentulah Aqil bengang." Suara Fattah rendah sedikit.
Tangisan Anaqi sedikit meredakan rasa marah Fattah terhadap Anaqi.
"Abang pun nak salahkan Anaiq?"
"Bukan abang nak salahkan Anaqi, tapi abang tak berapa suka dengan sikap Anaiq yang kurang sabar tu. Dah, dah, jangan nak menangis lagi. Karang banjir, susah pula abang nak angkat Anaqi." Fattah cuba memujuk anak manja yang sedang teresak-esak.
"Abang tak sayang Anaiq?"
"Sayang, abang sayang Anaqi. Tak ada kena- mengena dengan soal sayang ke tidak." Fattah menyandar di sofa. Payahlah kalau macam ni. Nak memujuk satu hal. Dapat pula jenis manja gila.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
عاطفيةAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...