Tak sudah Zahhar memandang Fattah jarang pada hari minggu begitu Fattah keluar. Tapi bila Fattah sebut nak keluar dengan Anaqi, Zahhar mula mengeluarkan ayat-ayat berupa nasihat. Bukan apa, takut Fattah tumpang hanyut sama. Memang budak Anaqi tu nampak baik-baik saja, bukan jenis bertukar teman lelaki tetapi Fattah harus diingat selalu. Tak mahu hidup Fattah jadi tunggang-langgang nanti. Apa yang penting, Fattah tak kabur dengan kemewahan milik keluarga Anaqi.
"Hmmm, aku pergi dulu," kata Fatth sambil memandang muka pada cermin dinding.
"Hoi, hang hati-hati. Tu anak bos. Silap hari bulan, hang kena jadi orang gaji seumur nanti." Tak sudah lagi Zahhar menasihatinya.
"Hang jangan risaulah. Taulah aku cover line.
"Tengkorak hang, ingat tu line apa? Tu anak teruna bos hang. Kalau Cik Lisa tau hang bercinta dengan anak bos, mau dia deman tujuh hari tujuh malam. Mana nak kumpul duit jual tanah pusaka tok nenel moyang hang pun belum tentu lepas duit hantaran."
"Hang pun mulut jangan cabul sangat. Jangan cerita apa-apa dulu kat mak aku. Dengan Cik Mia pun hang jangan cerita apa-apa. Depa tu Internet bergeral Kalau hang bagi tau mak hang, bermakna hang dah had tau satu kampung." Fattah sikat rambutnya. Masuk kali ni rasanya sudah lapan kali Fattah menyikat rambutnya.
"Hoi..."
"Apa?" soal Fattah. Pelik Mohd Zahhar ni. Semacam saja.
"Siapa kawan kasih hang tu? Tak ingat dah nama dia."
"Akim?"
"Haah, Akim. Baru aku ingat." Zahhar senyum sendiri.
"Kenapa?" soal Fattah lagi.
"Hang kenalkan kat aku. Berkenan pula dengan budak tu."
"Tadi beria-ia ingatkan aku. La ni, hang pun nak terlibat sama. Budak Akim tu macam Jebat juga. Maintenance boleh tahan. Setakat kerani bank, susah aku nak cakap." Fattah menyikat lagi rambut untuk kali kesembilan.
"Habis hang boleh?"
"Sebab bukan aku yang mengurat dia. Dia yang mengurat aku."
"Teruklah hang ni."
Masa itulah mereka terdengar bunyi hon. Cepat- cepat Zahhar ke tingkap.
"Mak ai kereta. Audi R8 tu. Kau nak bawa ke?" soal Zahhar.
"Abang dia habaq, selain almari baju dia, jangan siapa-siapa berani bawa kereta dia," kata Fattah sambil menyikat lagi rambut untuk kali yang kesepuluh. Cukup!
"Awatnya?"
"Laki dia nombor satu."
"Pula. Habis kalau hang jadi laki dia?"
“Aku jadi laki dia nombor dua." Fattah tergelak. Dia sendiri tidak tahu sejak bila dia boleh terjebak dengan anak orang kaya namun Fattah tahu, cinta Anaqi ikhlas. Kalau tidak masakan budak secomel ni dia sanggup buat perangai gila semata-mata mahu menawan hati Fattah. Apa salahnya Fattah beri peluang. Mana tahu Anaqi akan berubah nanti.
"Aku pergi dulu." Fattah terus mengatur langkah meninggalkan Zahhar.
"Hoi Fattah, ingat sikit. Kalau berdua, sah jadi bertiga." Fattah senyum saja. Dia ingat semua tu. Mustahil dia berani apa-apakan anak teruna orang. Lagipun dia bukan muda lagi nak buat perangai gila-gila. Dia kenal apa itu dosa dan pahala. Insya-Allah, dia boleh jaga perangai. Fattah terus mendapatkan kereta Iman. Mewah betul kereta anak teruna ni. Nak naik pun rasa takut saja.
"Hai..." sapa Anaqi sebaik sahaja menurunkan cermin tingkap. Fattah mengangkat tangan dan segera ke tempat duduk sebelah pemandu.
"Abang dah sarapan?" soal Anaqi sebaik sahaja Fattah duduk.
"Emmm," kata Fattah sambil mengangguk.
"Ke mana Anaqi nak bawa abang ni?" soal Fattah sambil memandang wajah Anaqi.
"Adalah..." jawab Anaqi sambil mula memandu kereta.
"Amboi, siap rahsia bagai. Nak jual abang ka? Fattah buat lawak.
"Abang ni, takkanlah Anaqi sampai hati nak jual abang."
"Mana tau, kan... Siapalah abang ni."
"Dah, tutup mulut tu. Karang Anaqi jual baru tahu."
"Emmm, juallah kalau sanggup. Tengok siapa yang meraung nanti bila abang kena peluk dengan orang lain."
"Eee... Sukalah?"
"Abang suka aje."
"Mengada-ada abang ni. Beranilah buat macam tu."
Fattah gelak perlahan sambil memandang wajah Anaqj. Entah di manalah budak seorang ini letak mata sehingga boleh jatuh berkenan dengan lelaki sepertinya Fattah bukannya ada rupa jauh sekali harta benda. Tak sangka, ada juga orang yang tidak memandang itu semua.
"Anaqi, boleh tak bawa kereta perlahan sikit?
Abang gayatlah.""Abang ni, kalau Anaqi bawa perlahan, nanti orang gelak. Kereta mahal-mahal bawa macam kura- kura."
"Kalau berlaku apa-apa, orang akan gelak juga. Orang cakap, tu la berlagak sangat. Bawa lagi kereta laju- laju." Mendengar nasihat daripada Fattah, perlahankan sedikit pemanduannya walaupun Anaqi rasa tidak begitu selesa. Biasa dia akan pecut selajunya tanpa mengira pengguna jalan raya yang lain. Anaiq sudah biasa menganggap jalan raya itu Dato Johan yang punya. Jadi tak ada masalah untuk dia memandu dengan laju.
Fattah tersenyum nipis apabila berjaya menguasai Anaiq. Mudah saja untuk melentur budak yang tengah gila angau ni. Jauh di sudut hati Fattah, dia cuba juga membalas kasih Anaqi seikhlasnya. Semoga Anaqi berjaya bertempat dalam hati Fattah yang sedia kosong.
"Anaqi nak bawa abang naik Genting ke ni?" soal Fattah sebaik sahaja mereka tiba di kawasan tol Gombak.
"Rahsia," jawab Anaqi.
"Eee... Sejak bila pandai rahsia-rahsia daripada abang ni?" Anaqi gelak sambil menjeling Fattah. Rasa begitu gembira dapat membawa buah hati keluar bersama. Inilah masa yang Anaqi tunggu selama ini. Berdua-duaan dengan Fattah.
"Keluarga Anaqi tahu kita nak keluar?"
"Tahu."
"Mereka tak kata apa?"
"Nak kata apa pula. Abang jangan bimbang, keluarga Anaqi tak sama macam keluarga orang lain. Mama dengan papa tak halang dengan siapa Anaqi nak berkawan. Mereka tak pandang semua tu."
Fattah tahu Dato Johan dan Datin Roslina di antara orang-orang berada yang tidak pernah sombong. Pasangan itu kelihatan sangat biasa walaupun mereka dilimpahi kekayaan. Jadi tidak hairan kalau anak-anak Dato Johan dan Datin Roslina sangat menghormati orang la Aqil saja sangat biasa lepak di kedai mamak bersama pekerja lain tanpa menghiraukan status mereka, Sebab itu Fattah tidak rasa keberatan untuk keluar dengan Anaqi tetapi Fattah bimbang juga apa pandangan orang lain terhadapnya. Apapun kena positif selalu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...