BAB 53

977 44 0
                                    

Tangisan Yusuf tidak berhenti sejak tadi.

"Sudahlah. Tak manis menangis macam ni. I dah maafkan you. Dan I dah bincang dengan Fareez suruh ambil you jadi suami dia."

"Tak nak. I tak sayangkan dia. I sayangkan you, bi."

"Tapi kalau betul you sayangkan I, you tak akan buat benda-benda macam ni. You mesti jaga maruah diri you."

"I mengaku I salah. I silap dalam perkara ni, tapi tak boleh ke you bagi I sekali lagi peluang?" Bersungguh Yusuf menangis.

"Maaf Yusuf."

"I tahu ini mesti rancangan Anaqi sebab Anaqi memang tak sukakan I dari mula lagi."

"You jangan tuduh Anaqi, Yusuf. Fareez sendiri sudah mengaku dia yang rancangkan semua ni. Dia memang perangkap you untuk sakitkan hati I."

"Tipu, I tahu ni rancangan Anaqi. Anaqi sengaja nak kenakan I," kata Yusuf. Dia benar-benar yakin semua itu kerja Anaqi.

"Untuk pengetahuan you, sebab you I dah lama tidak bercakap dengan Anaqi. I lebih percayakan you, daripada adik I sendiri dan sekarang I benar-benar menyesal sebab tak percayakan cakap Anaqi. Dan betul- betul tak sangka selama ni memang you dah cuba memecahbelahkan keluarga I."

"I tak pernah nak pecah belahkan keluarga bi. Semua tu fitnah belaka. Memang ada yang tak sukakan I sejak mula sebab itu ada yang berusaha nak pisahkan kita." Tangisan Yusuf bergema lagi.

"Maksud you, Anaqi? Anaqi cuba memisahkan kita? You ni dah hilang akal ke sampai boleh fikir benda macam tu. Walaupun dia tak sukakan you tapi Iman tak pernah masuk campur dalam hubungan kita. Anaqi cakap. bahagia I bahagialah dia. I betul-betul tak faham kenapa you boleh berprasangka buruk sampai begitu sekali," kata Aqil dengan perasaan marah. Ternyata memang kelas lakonan Yusuf kali ini.

"Bi tahu kan, Anaqi memang tak sukakan I selama ni dan I tahu Anaqi mahu Akim kahwin dengan bi."

"Apa yang you merepek ni, Yusuf? You tahu tak Akim tu tak ubah seperti adik kandung I sendiri. Dia membesar bersama Anaqi bukan saja sebagai anak pemandu papa I tetapi sebagai ahli keluarga I sendiri. I tak faham apa yang you fikirkan selama ni sampai boleh terfikir benda-benda mengarut ni." Marah Aqil sikit pun tidak terkurang.

"Itulah yang you tak sedar selama ni. Akim memang ada hati dengan you. Dan dia mahu menumpang kesenangan keluarga you. I sudah banyak kali beri amaran kat Akim."

"Oh, barulah I tahu ini kerja you selama ini. You menghina Akim dan you lemparkan kata-kata kesat terhadap Fattah semata-mata takut mereka mengikis harta keluarga I? You tahu tak sama ada Fattah mahupun Akim, sekali pun mereka tak pernah bercerita tentang you. Mereka simpan baik-baik segala kata penghinaan you dengan harapan tidak akan menjejaskan hubungan kita. Dan yang paling I tak sangka, sampai hati you tuduh adik I bukan suci lagi. Kenapa tergamak you fitnah Anaqi sampai macam tu sekali? You fikir dengan cara tu hubungan Anaqi dengan Fattah akan putus?"

Tangisan Yusuf bertambah kuat. Dia sudah tidak peduli lagi dengan orang-orang sekeliling.

"I sudah ambil keputusan untuk putuskan saja pertunangan kita. Majlis perkahwinan kita juga batal. Selepas ini kita memang tak ada hubungan lagi. I doakan you bahagia bersama Fareez. I pergi dulu."

"Bi, tolong jangan buat I macam ni. I masih sayangkan you." Yusuf merayu. Namun Aqil terus tidak peduli. Dia tidak akan termakan hasutan Yusuf lagi.


Si dia yang comelWhere stories live. Discover now