Mata Anaqi sedari tadi tak lepas daripada memandang ke arah Fattah. Rasa lapang perasaan Anaqi setiap kali menatap wajah itu. Walaupun lelaki itu berkulit hitam manis, namun seraut wajahnya nampak sangat tenang. Dan paling penting, wajah itu cukup manis.
Bukan Fattah tak perasan. Fattah perasan lagi sejak semalam, mata Anaqi asyik mencuri pandang ke arah Fattah. Tapi Fattah biasa saja. Sudah kerap benar dapat perhatian begitu. Jadi Fattah tak berasa hairan. Dulu masa mengajar, bukan saja anak murid bahkan cikgu-cikgu lelaki juga turut beri perhatian kepadanya. Bukanlah nak kata Fattah tu kacak. Tidak. Fattah sedar dia tidak kacak, mungkin manis tu tetap ada. Fattah buat-buat tidak tahu dan sambung membuat kerjanya. Biarlah, kalau Anaqi mahu pandang Fattah satu hari sekalipun, Fattah tak kisah. Tak luak mana pun. Kemudian dia bangun. Menghampiri tempat Nagentehinni.
"Nagen, senarai yang saya minta tu dah siap?" soal Fattah.
"Dah," jawab Nagentehinii sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Fattah.
"Tapi tu Dato belum luluskan tau. Nanti Fattah kena hantar ke pejabat Encik Aqil dulu," sambung Nagenteinni lagi.
"Yang nombor lima ni pun kita kena buat juga ke?" Fattah merapatkan muka ke Nagenteinii. Nagenteinii juga tengok kertas tersebut.
"Haah, itu yang Nagen tahulah. Memang kita kena buat juga."
Anaqi di tempat duduknya sudah rasa semacam. Rasa panas saja melihatkan tingkah laku kedua-duanya.Kalau pun mahu berbincang, kenapa rapat macam tu? Main bisik-bisik pula. Disebabkan rasa membahang yang tidak boleh ditahan lagi, Anaqi bangun dan bergerak ke tempat Nagenteinni.
"Kenapa Kak Nagen?" soal Anaqi.
"Oh, tak ada apa-apa. Fattah tanya pasal list kontena," jawab Nagenteinni. Kertas di tangan Fattah diambil. Buat-buat baca tapi tak baca pun. Saja nak buat perangai macam tu.
Fattah seperti dapat agak sesuatu. Tingkah laku Anaqi sedikit mencurigakan. Tak bagi aku cakap dengan Nagenteinii ke? Dengan Nagenteinni pun nak cemburu. Mak ai. Belum apa-apa dah cemburu. Sudahnya Fattah hanya tersenyum. Kertas di tangan Anaqi diambil semula.
"Abang nak jumpa Dato kejap," kata Fattah kepada Anaqi. Tanpa menunggu lama, Fattah bergerak menuju ke bilik Dato Johan. Anaqi pula kembali ke tempat duduknya. Sekilas dia menjeling ke arah Nagenteinii. Anaqi sendiri kurang pasti kenapa dia boleh berperangai sampai begitu sekali. Berlalu beberapa ketika, Fattah keluar dari bilik Dato Johan.
"Fattah macam mana?" soal Nagenteinii.
"Okey, Dato kata okey. Kita buat macam biasa" jawab Fattah.
Kemudian Fattah memandang wajah Anaqi yang masih lagi begitu. Aduhai, susah nak cakaplah kalau sudah begitu. Buat seketika, Fattah buat tidak peduli. Dia ada kerja yang mahu diselesaikan. Anaqi itu hanya ditimpa perasaan biasa-biasa saja. Perasaan suka, mungkin juga. Tapi biarlah tuan punya badan yang uruskan sendiri. Fattah tak nak masuk campur.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...