Kampung abang ada sawah ke?" Kagum melihat pemandangan yang terhampar di kiri dan kanan jalan. Saujana mata memandang. Belum pernah dia melihat sawah secara dekat. Hari ini dia berpeluang melihatnya sendiri.
"Abang tak beritahu lagi yang abang memang orang bendang?" soal Fattah tapi lebih kepada menyindir sebenarnya. Sudah selalu benar Fattah beritahu dia orang bendang atau Anaqi tak faham apa makna bendang itu? Ingat bendang tu sama macam padang golf?
"Abang mana pernah beritahu abang orang bendang," balas Anaqi. Sebenarnya Anaqi tak ingat. Mungkin Fattah ada beritahu tapi Anaqi langsung tak memberi perhatian.
"Oh, abang beritah kat orang lain kut," seloroh Fattah.
"Siapa?" Cepat sahaja jari Anaqi mencubit perut Fattah. Geram betul. Ramai sunggut kekasih dia.
"Adalah.." Fattah menyambut dengan ketawa. Tahu cemburu juga rupa-rupanya. Ingatkan lurus bendul saja Nampak seperti tidak kisah, tetapi ambil berat jusa tentang semua tu.
"Cepat cakap, siapa? Sakit jiwa Anaqi fikirkan kekasih-kekasih abang ni." Fattah tersenyum pula. Tak ada kekasih- kekasihlah sayang, cuma suka cakap saja. Suka tengok Anaqi begitu. Kalau ada pun baru nak mencuba ajak jadi kekasih.
"Senyum pula. Saja nak sakitkan hati Anaqi."
"Rasa gembira sebab ada kekasih yang comel, yang baik." Lagi Fattah mahu menyakat Anaqi. Padanlah Aqil dan Dato Johan suka mengusik Anaqi, rupa-rupanya memang seronok dapat mengusik Anaqi. Jadinya mulai sekarang, Anaqi akan jadi mangsa Fattah pula.
"Abang..." Bulat mata Anaqi memandang Fattah yang kelihatannya selamba saja.
"Hmmm, kita dah sampai. Tapi kereta tak boleh berhenti betul-betul depan rumah. Jadi kita kena lalu titi tu," kata Fattah sebaik sahaja menghentikan kereta di tepi jalan.
Anaqi memandang saja rumah kampung yang masih kekal dengan ciri-ciri rumah kampung. Beranjung dan sepenuhnya diperbuat daripada papan. Tiang rumah juga agak tinggi, muat kalau Anaqi berdiri.
"Jomlah keluar," ajak Fattah bila melihat Anaqi seperti takut-takut.
"Mak ayah abang belum pernah makan orang dan belum ada ura-ura nak masak rendang daging manusia," usik Fattah pula. Dia tersenyum nakal sambil memandang wajah Anaqi yang nampak seperti kebiru- biruan.
Anaqi sekadar senyum tawar. Tiba-tiba saja dia rasa seram sejuk. Semuanya datang serentak membuatkan Anaqi rasa tidak boleh bergerak. Kalau dia tahu akan rasa begitu, memang dia tidak mahu ikut Fattah.
Fattah keluar dari kereta dan bergerak perlahan ke pintu sebelah pemandu. Dia membuka pintu untuk Anaqi. Kalau tak buat macam tu, takut sampai malam pun tak keluar.
"Cepatlah keluar. Karang abang kendong, baru tau." Tak sudah-sudah Fattah mengusik Anaqi. Nak tak nak terpaksalah Anaqi keluar dengan perlahan. Nak lari balik, memang mustahil sangatlah. Masa itu juga Anaqi rasa menyesal. Dia berdiri sekejap sambil perhatikan lagi rumah kampung itu. Kemudian Anaqi memandang titi yang muat-muat untuk basikal atau motosikal lalu.
"Jomlah," ajak Fattah selepas mengeluarkan beg pakaian Anaqi dan beg pakaiannya. Dia melangkah terlebih dahulu meniti titi.
Anaqi pula teragak-agak melangkah, takut jatuh ke dalam tali air. Anaqi menarik nafas lega apabila berjaya melepasi titi.
"Hah, kan dah biasa tu," kata Fattah sambil memandang Anaqi. Nampak muka Anaqi tu macam pucat saja. Sah, gayat! Tak apalah, kena belajar juga kalau mahu jadi suami Fattah.
"Dah sampai?" Tiba-tiba Puan Lisa bersuara sambil meniti anak tangga untuk menemui bakal menantu. Girang bukan kepalang lagi. Bertambah girang apabila melihat budak yang dibawa oleh Fattah. Ah, comelnya. Sejuk mata memandang.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...