BAB 6

1.4K 59 5
                                    

"Hei jantan, nak ke mana pula tu?"  panggil Akim.  Pelik sungguh.  Menonong saja seperti orang mabuk tadi.  Anaqi ni ingat ke tidak?  Apa yang Anaqi kejar?  Sejak semalam, Anaqi memang kelihatan pelik. Seperti orang tak senang duduk.Rimas Akim jadinya.

Anaqi tidak peduli. Dia terus saja mengejar lelaki di hadapanya. Dia pasti itulah lelaki pemilik mangkuk bertingkat. Dia tidak lupa walau sedikit.  Masih jelas dan masih terbayang.

"Abang baju putih!"  jerit Anaqi sehabis kuat Peduli apa dia. 

Langkah Fattah terhenti.  Dia menoleh ke belakang.  Seorang budak lelaki berkasut kulit dan berkaca mata hitam, dan berseluar pendek sedang melambai ke arahnya.

"Ya, ada apa dik?"  soal Fattah.  Pelik juga.

Anaqi terbongkok menahan penat.  Laju gila mamat ni berjalan.  Bila lelahnya sedikit berkurang, Anaqi tegakkan badan dan menolak  cerminan mata ke kepala. 

"Ingat Anaqi tak?"  soal Anaqi.

Fattah tatap wajah Anaqi. Fattah tersenyum

"Ya, ingat. dik yang terlanggar saya semalam bukan?" kata Fattah. Perasaan gembira yang dibawa bersama membuatkan Fattah tersenyum. Budak lelaki semalam. Ah! Rupa-rupanya dunia ini tidaklah sebesar mana.

"Jangan panggil dik la. Panggil Anaqi sudah." Fattah tersenyum lagi. Sedap nama. Indah untuk disebut, tapi sayang penampilannya tidak begitu indah.

Rasa jatuh jantung Anaqi melihat senyuman Fattah. Inilah senyuman paling manis. Justin Bieber pun boleh tumbang apatah lagi setakat Siwon. Memang manis gila. Degupan jantung Anaqi bertambah dua kali ganda.

"Ya, kenapa Anaqi panggil abang?" soal Fattah.
Rasanya elok juga dia membahasakan dirinya sebagai abang. Anaqi itu kelihatan muda remaja lagi.

"Pasal semalam, Anaqi betul-betul minta maaf." Sekali lagi Anaqi mengaku kesilapannya. Sebab kesilapan itulah dia asyik terkenangkan Fattah. Sebab silap ke, Anaqi? Bukan sebab lain? Bukan sebab Anaqi dah suka dia? Ah! Suka tu ada sikit-sikit sebab muka dia manis dan Anaqi rasa sejuk saja bila memandang dia.

"Oh, pasai tu ka? Tak apalah. Anaqi tak sengaja pun." Lembut suara Fattah. Kan dia pernah mengajar budak tahun satu, jadi dia pandai bab-bab bersuara lembut ni.

Anaqi memandang lagi wajah Fattah. Ah, manisnya. Anaqi mana pernah jumpa lelaki semanis dia ni tapi orang kedah ke? La... Jauhnya. Kedah pun kedah la. Kalau hati dah suka, orang siam pun tak apa. Bukan kira tu semua. Jadi Anaqi apa lagi mintalah nombor
telefon dia.

"Abang buat apa kat sini?" Anaqi tunjuk ramah. Kena merewang dulu baru boleh minta nombor telefon. Kalau minta terus, memang karutlah. Orang gila pun fikir sepuluh kali nak bagi kepada orang yang tak dikenali.

"Abang datang minta kerja. Alhamdulillah, dapat esok abang mula kerja." Fattah juga terlebih ramah Bukan apa, suka juga dengan budak Anaqi ini. Dia tak sombong walaupun dia comel dan gaya seperti anak orang berada. Tapi itulah. Kepala lutut Anaqi tu yang dia tak berapa berkenan. Satu lagi yang buat Fattah teringat selalu, calang-calang orang mana nak bercakap dengan Fattah. Dia kan serabai semacam. Mana tau dia nak bergaya ikut orang bandar. Itu yang Fattah jatuh suka kepada Anaqi. Anaqi nampak tidak kisah.

"Ya? Alhamdulillah." Anaqi tumpang suka.

"Abang pi dululah. Banyak nak kena buat lagi ni. Assalamualaikum." Fattah mengalah.

Bukan dia tidak mahu berbual lebih lama. Tujuan dia datang jauh-jauh bukanlah mahu mengayat anak dara orang. Dia mahu bekerja. Mahu mencari rezeki yang mungkin boleh sedikit membantu meringankan beban orang tua. Nak mengayat tu tunggulah sikit masa lagi.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now