Sampai di rumah Fattah, beberapa orang jiran sudah ramai yang datang.
"Uiks, dah ramai orang datang," kata Jebat.
"Kata kecik aje, ini sudah serupa nak nikah," kata Jebat lagi.
Sementara itu perasaan Haziq terus-terusan tersentap.
Jebat terus mengatur langkah menuju ke dapur melalui jalan belakang rumah di mana kelihatan orang sedang membantu.
Haziq mengekori langkah Jebat dari belakang. Jebat memberi salam sebaik sahaja sampai di dapur dan bersalaman dengan semua orang. Matanya ligat mencari seseorang.
"Tu orangnya." Jebat mencuit bahu Haziq. Kemudian kedua-duanya memandang Anaqi yang sedang menolong mengupas bawang.
"Taklah comel sangat," kata Haziq sambil mencebik. Ingatkan comel sangatlah sampai Fattah boleh tergila-gila. Setakat putih dengan badan kecil molek. Itu saja kelebihan yang ada. Rasa-rasa Haziq masih ada harapan.
"Uiks, cikgu, tu dah kes mengutuk. Tak ingat dosa ka?" perli Jebat. Saja sebut perkataan cikgu, takut Haziq tak sedar diri.
"Dah betul, takkan aku nak menipu pula," balas Haziq dengan rasa geram yang semakin membuak. Entahlah, terpandang saja wajah Anaqi, Haziq rasa seperti ada bara di dalam dadanya.
"Jom kita pi berkenalan dengan bakal laki Fattah," ajak Jebat.
"Belum tentu jadi laki lagi, tak payahlah nak cakap lebih-lebih," marah Humairah.
"Eh, jangan cakap macam tu. Dah ya tu. Kalau tidak takkan Fattah berani bawa balik kampung. Siap buat kenduri bagai," balas Jebat. Langkah makin kencang menghampiri Anaqi.
"Assalamualaikum." Jebat memberi salam lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Anaqi.
"Waalaikumussalam," jawab Anaqi perlahan. Tangan saling bersambutan.
"Panggil saja abang Jenat." Jebat perkenalkan diri dan duduk bersimpuh bersebelahan Anaqi.
"Yang ini pula Abang Haziq. cikgu ni." Jebat perkenalkan pula Haziq lalu Anaqi menghulurkan pula tangan kepada Haziq. Haziq sambut tangan Anaqi nak tak nak. Rasa cemburu juga melihat budak melepak itu. Padanlah jadi pilihan Fattah. Gebu kulit dan tangan juga halus.
"Anaqi Amran." perkenalkan diri.
"Kerja ke masih sekolah?" soal Jebat. Gaya macam budak sekolah saja.
"Dah kerja," jawab Anaqi.
"Kerja satu tempat dengan Fattah ka?" soal Jebat lagi. Mahu dirisik semuanya.
"Haah." Anaqi jawab sambil tersenyum.
"Ayah Anaqi ni bos Fattah, Dato Johan." Farah yang berdiri berhampiran meja makan menyampuk. Dia sibuk memotong kuih kasuwi untuk dijadikan hidangan sampingan bersama nasi lemak buat jiran yang membantu.
"Anak Dato ka? Tak tau pun," kata Jebat sambil menunjukkan reaksi wajah terkejut. Hebat Fattab, dapat pancing anak Dato lagi.
"Uiks Fattah, kawan dengan anak Dato lagi," tokok Jebat.
"Biasa aje, bang. Dato ke tak Dato ke, sama aje" jawab Anaqi dengan lembut.
Haziq di tepi sudah rasa terpanggang. Rasa macam duduk dalam sekam api. Anak Dato rupa-rupanya. Padanlah menggedik Fattah nak. Nak tumpang senanglah tu.
"Tapi kat kampung ni mana ada yang pernah kahwin dengan anak Dato lagi. Fattah bakal pecah rekodlah." Jebat bercakap bersama mimik muka. Nampak juga akan perubahan wajah Haziq. Hang kalah teruk, Haziq. Memang sungguh hang cikgu, tapi mana boleh lawan anak Dato. Makin suka hati Jebat.
"Apa sebut nama aku ni? Mengumpatlah tu." Fattah menyampuk tiba-tiba.
"Taklah, tak mengumpat. Cuma tak sangka hang dapat kekasih anak Dato saja," jawab Jenat.
"Ni siapa bawa mulut, sah kakak punya kerja." Fattah menjeling Farah sekali.
"Kalau tak bawa mulut, kat mana pula nak simpan mulut kakak?" jawab Farah selamba.
"Kakak memanglah..." Fattah tak marah, tapi kurang senang sedikit. Nanti macam-macam versi keluar. Masing-masing buat cerita bukan-bukan.
"Sayang, mama call tadi. Mama tanya sebab tak dapat nak call Anaqi." Fattah kembali kepada tujuan asal kenapa dia harus masuk ke dapur. Sengaja dia memanggil Anaqi dengan panggilan sayang, dengan harapan ada orang akan mengerti sendiri nanti.
"Ya tuhan, Anaqi lupa. Bateri handphone Anaqi dah kong." Anaqi menepuk dahi.
"Hesy, apa ni. Nah, guna handphone abang dulu. Nanti mama risau." Fattah menghulurkan telefon bimbitnya kepada Anaqi. Anaqi sambut dan bawa ke tempat lain.
"Amboi-amboi, belum apa-apa lagi dah bersayang-sayang bagai," perli Jebat.
"Dah sayang, nak kata apa lagi," balas Fattah sambil beredar pergi. Malas menunggu Anaqi. Makin teruk kena nanti dengan Jebat. Bukan takutkan Jebat, tapi dah sedia maklum. Baik jauhkan diri saja. Jangan campur sangat dengan manusia jenis macam tu.
Jebat tersenyum. Kemudian dia memandang wajah Haziq yang ternyata sudah berubah. Nak kata apa lagi kalau sudah bukan jodoh.
"Awatnya?" soal Jebat sambil menampar perlahan bahu Haziq.
Haziq menggeleng, tahan sebak dan gelora. Tak mahu tunjuk apa-apa. Malu nanti sebab yang kena gelak dan kena kutuk bukan orang lain, muka dia juga. Jadi Haziq fikir, baiklah dia bertenang sahaja dahulu. Sambil tu fikirkan cara untuk merebut semula Fattah.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...