BAB 56

1K 38 2
                                    

"Mak cik Lisa ke mana, mak cik?" soal Haziq kepada Puan Mia apabila melihat pintu dan tingkap rumah Puan Lisa tertutup rapat.

Sejak semalam dia melihat keadaan rumah Puan Lisa begitu. Ke mana pula perginya? Jarang Puan Lisa tinggalkan rumah begitu saja.

"Mereka ke Kuala Lumpur. Nak merisik Anaqi," beritahu Puan Mia.

"Merisik jantan yang tak berapa elok perangai tu?" cebik Haziq.

"Siapa kata tak elok? Elok saja perangai dia. Budi bahasa pun bagus. Lemah lembut. Muka pun manis. Asyik senyum saja. Tang mana yang tak eloknya?" Geram juga Puan Mia dengan lelaki bermulut laser ini. Nama saja cikgu, tapi mulut tak serupa cikgu langsung.

"Tak nampak macam mana keadaan jantan tu? Dengan tak pandai masaknya. Jangan kata masak nasi kupas bawang pun tak pandai. Dah lah lurus bendul. Belum apa-apa lagi dah ikut balik rumah. Elok ke perangai macam tu? Nampak sangat terhegeh-hegeh." Makin meluap kemarahan Haziq mendengar pujian Puan Mia.

"Tak baik cakap lagu tu. Tu dah kira mengumpat. Tak baik kalau hang mengumpat dia. Dia tak pandai masak ka, tak jaga maruah ka, itu semua di bawah tanggungjawab keluarga dia. Nanti dah jadi suami Fattah, pandailah Fattah mengajarnya. Tok sah la kalut sangat hal orang. Hang ni tinggi ilmu agama, takkan benda macam tu pun tak boleh fikir," marah juga Puan Mia. Sesedap rasa saja mahu bercakap.

"Mak cik pun samalah. Nak menangkan jantan yang tak senonoh tu. Abang Fattah tu sebenarnya dah buta. Dah tak kenal orang baik dengan tidak. Belum apa-apa lagi dah bawah balik."

Perasaan Haziq sedikit tidak terkawal. Dia marah sebenarnya. Entah apa ilmu yang dipakai oleh jantan dari bandar itu sehingga Fattah tak boleh lupa.

"Entah-entah jantan tu pakai ilmu hitam tak? Kalau tidak takkan Fattah boleh tergila-gilakan sampai begitu sekali," kata Haziq lagi.

"Hesy, tak baik cakap lagu tu. Hang ni nama jah cikgu, takkan boleh fikir benda-benda macam tu tak baik tau dak."

Saya percaya Fattah ni dah kena ilmu guna-guna."

"Tak dak ilmu guna-gunanya. Karut semua tu. Zahhar habaq kat mak cik, Fattah memang berkenan dengan budak tu. Budi bahasa baik, lemah lembut. Bersopan santun, pandai ambik hati Fattah. Bukan hati Fattah saja, hati mak pak Fattaj pun sama. Tu yang Fattah jatuh berkenan. Budaknya pun comel. Bukan senang nak dapat lelako macam tu." Melambung pujian Puan Mia membuatkan Haziq bertambah sakit hati.

"Memang masing-masing dah buta perut. Dah tak nampak yang mana baik yang mata buruk," ngomel Haziq.

"Suka hatilah Haziq, kamu nak cakap apa. Yang pentingnya, mak Fattaj beritahu mak cik, pinangan mereka dah diterima. Majlis nikahnya keluarga Anaqi nak langsungkan bulan depan. Jadinya, tak usahlah hang nak mengidamkan Fattah lagi."

Haziq menarik muka masam. Kemudian dia terus saja sambung mengayuh basikal. Jiwa sudah kacau bilau. Mana boleh lepaskan Fattah ke tangan lelaki tak betul tu. Mesti selamatkan Fattah daripada lebih jauh dan Haziq rasa dia perlu lakukan sesuatu sebelum terlambat.

"Hoi!" panggil Jebat apabila melihat Haziq laju saja melintasi rumah Jebat. Jebat yang sedang menyiram pokok bunga terhenti seketika daripada membuat kerja.

Haziq mengayuh basikalnya menghampiri Jebat.

"Aku datang dari rumah mak Fattah. Tapi tak dak orang. Mak Cik Mia habaq depa pi KL. Depa pi minang jantan tu."

"Jadi memang betullah Mak Cik Lisa pi pinang jantan tu?"

"Macam tu la yang aku dengaq."

"Tapi hang tak rasa pelik ka? Bukan aku nak buat ceritalah. Tapi daripada apa yang aku dengaq, keluarga belah sana dah tetapkan tarikh majlis perkahwinan. Tak salah aku bulan depan. Hang tak rasa apa-apa ka?"

"Rasa apa pula?" Haziq semakin ingin tahu.

"Yalah. Tiba-tiba saja nak langsung majlis kahwin anak. Entah-entah..." Kata-kata Jebat mati di situ.

"Entah-entah apa?" tekan Haziq. Lagi bengang apabila Jebat bercakap satu-satu. Buat darah Haziq lagi meluap.

"Entah-entah budak tu dah ni..." Jebat buat gaya buncit perut.

"Hesy, takkanlah... Terheliak mata Haziq Terkejut besar.

"Hang fikirlah, tiba-tiba saja suruh kahwin. Lepas tu keluarga budak tu bukan calang-calang orang Jenis orang banyak duit. Takkanlah mereka pandang Fattah yang datang dari kampung, Kurang-kurang mesti anak Dato sama. Aku syak Fattah ni jadi pak sanggup."

Haziq termenung seketika.

"Betul juga apa hang cakap. Mustahil ada orang kaya nak bermenantukan orang kampung macam Fattah."

"Betul tu. Kalau tak ada sebab, takkanlah Fattah akan diterima dengan mudah. Lepas tu aku demgaq Kak Farah habag, semua kos perkahwinan Fattah, belah sana yang tanggung." Bersungguh Jebat bercerita.

"Memang sah!" Haziq menepuk tangan sekali.

"Memang sah Fattah jadi pak sanggup."

Haziq mula termakan cerita Jebat.

"Aku syak macam tu la. Padanlah aku tengok budak tu pun lembut semacam. Kut alah mengandung."

"Habis kita nak buat macam mana?"

"Nak buat apa pula. Biar ajelah. Fattah dah sedia jadi pak sanggup, lantak pi la."

"Mana boleh lagu tu. Kita kena tolong selamatkan Fattah. Takkan dia nak jadi pak sanggup tak tentu pasal. Lainlah kalau dia sendiri yang buat kerja tu. Haziq mula tidak sedap hati.

"Dahlah. Hang balik sajalah. Tok sah sibuk hal orang. Dah dekat senja ni. Nanti mak pak Hang cari nanti"

Jebat halau Haziq secara lembut. Kalau cerita pasal Fattah, sampai lupa waktu. Cakap bukan main pandai lagi. Cikgu apa macam ni. Ingat ilmu tebal berinci-inci, masuk bab lelaki, melayang semua ilmu.

"Yalah, aku baliklah." Haziq merungut sendiri. Dalam pada masa yang sama, kepalanya sudah terfikir macam-macam.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now