Siapa pun lelaki bersama Anaqi tu?" soal Yusuf sambil mata tak lepas memandang Anaqi yang kelihatannya sangat gembira. Susah hati Yusuf melihat Anaqj begitu. Kurang senang melihat Anaqi bahagia dan gembira.
"Bakal suami Anaqi," jawab Aqil sambil menyambung makan.
"Hmmm, anak Dato mana tu? I tak pernah tengok pun."
"Bukan anak Dato. Datang dari kampung saja. Pekerja marketing kita orang," jelas Aqil.
"Ngeee... Tak sesuai langsung. Sepatutnya Anaqi tu berkawan dengan anak Dato juga. Baru padan."
"Keluarga kita orang tak pernah letak syarat macam tu. Asal boleh membahagiakan, tak kisahlah nak pilih siapapun. I rasa sangat bertuah sebab ibu bapa I yang bukan memandang kebendaan."
"Tapi bi, walaupun ibu bapa bi okey, kena hati- hati juga. Mana tahu lelaki tu cuma nak mengikis duit keluarga bi saja."
"Tolonglah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Yang penting, Anaqi suka dan bahagia. Perkara lain janganlah nak sebut."
"I nak ingatkan bi aje. Lagipun nenek bukan ke nak jodohkan Anaqi dengan Tengku Zafrul? Bi tak tahu ke? Semua dah setuju." Berkerut juga dahi Yusuf. Apa yang dia dengar, Anaqi itu bakal dijodohkan dengan Tengku Zafrul. Yusuf memang suka mendengar khabar tersebut sebab tidak sabar nak tengok Anaqi kena sepak terajang dengan Tengku Zafrul.
"Entah, kita orang tak tahu apa-apa pun. Lagipun majlis nikah Anaqi bakal berlangsung bulan depan. Kita orang tak tahu apa-apa tentang rancangan nenek. You silap dengar agaknya." Aqil cuba berdalih.
"La, macam mana ni? Nenek kata lain. Bi kata lain."
"Memang betul. Kita orang tak tahu apa-apa." Aqil masih berdalih. Sebenarnya malas untuk berbicara soal tersebut.
"Bi mana boleh tak tahu. Kalau ikutkan I, I lagi suka kalau Anaqi dengan Tengku Zafrul. Senang hidup Anaqi nanti. Kalau nak dibandingkan budak kampung tu apa yang ada. Tak mungkin boleh membahagiakan Anaqi. Bi kena fikir sama. Kalau Anaqi kahwin dengan Tengku Zafrul, dah tentu family bi boleh tumpang senang keluarga Tengku Zafrul."
Aqil menghentak sudu di dalam pinggan.
"You ingat kita orang pandang sangat harta keluarga Tengku Zafrul tu? Eh, kita orang tak hingin pun, tahu tak. Satu sen kita orang tak harap," berang Aqil jadinya.
"Bi, tolonglah dengar cakap I. Ini untuk kebahagiaan Anaqi juga." Tak sudah Yusuf menghasut.
"Cukup, okey. I tak suka you cakap bukan-bukan. Kebahagiaan bukan terletak pada pangkat atau harta. Kebahagiaan tu terletak pada hati." Tegas suara Aqil membuatkan Yusf terdiam dengan perasaan marah. Dia masih belum berpuas hati selagi gagal membuatkan Iman menderita.
***
Sampai di rumah, Yusuf terus menghubungi Tengku Zafrul. Mahu menghasut Tengku Zafrul pula. Dia akan berusaha sehingga Anaqi berkahwin dengan Tengku Zafrul. Hanya dengan melihat Anaqi menderita barulah Yusuf rasa gembira. Selama ini hanya Anaqi saja yang menjadi keutamaan Aqil."Aku nak cakap pasal Anaqi," kata Yusuf tanpa menunggu lebih lama lagi.
"Kenapa pasal Anaqi?"
"Kau tahu tak Anaqi akan berkahwin bulan hadapan?"
"Apa?" Terjerit Tengku Zafrul di hujung talian.
"Ya, Aqil yang beritahu aku petang tadi. Anaqi bakal berkahwin tidak lama lagi. Habis macam mana dengan rancangan nenek kau? Majlis perkahwinan kau pula macam mana?" Bertalu-talu Yusuf bertanya.
"Mereka sekadar bercakap saja. Keputusan sudah dibuat. Anaqi tetap akan nikah dengan aku seperti yang dirancangkan. Mereka sekeluarga banyak terhutang budi dengan keluarga aku. Jadi mereka tidak boleh buat apa- apa," kata Tengku Zafrul. Kedengaran kata-kata Tengku Zafrul itu bernada angkuh.
Tidak mahu mengaku kalah sama sekali."Masalahnya, aku tengok sendiri petang tadi Anaqi keluar dengan lelaki tu."
"Tak kisahlah Anaqi nak keluar dengan siapa. Dia tetap akan kahwin dengan aku seperti yang dirancang. Selepas saja majlis kahwin aku tu, aku akan ceraikan dia."
Yusuf tersenyum girang. Gembira mendengar penjelasan Tengku Zafrul. Dia tahu, selepas ini keluarga Aqil tidak akan boleh membantah lagi. Terpaksa akur dengan keputusan yang telah đibuat. Tidak sabar rasanya melihat Anaqi menangis dan menderita.
"Kalau begitu tak apalah. Aku hanya nak cakap benda tu saja. Aku harap rancangan kau ni berjaya," kata Yusuf.
"Kau jangan bimbanglah. Tahulah apa yang aku nak buat."
"Kalau macam tu, baguslah." Yusuf menutup telefon bimbitnya. Hatinya sedikit puas.
“Hmmm, selepas ini tahulah nasib kau, Anaqi. Aku mahu melihat kau menderita. Baru puas hati aku," kata Yusuf penuh dendam.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...