Anaqi muncul dengan penampilan baru. Tidak lagi berseluar pendek, baju ketat dan rambut pun telah dihitam kan balik. Pada hari ini dia berbaju kemeja berwarna hijau itik serati dengan corak-corak.
Hmmm, nampak manis. Senyuman Fattah sampai telinga menyambut kehadiran Anaqi. Dipandang tak sudah. Ah, kenapa tiba-tiba saja dada sedikit berombak.
"Selamat pagi, abang," sapa Anaqi. Sengaja dia datang awal sebab tahu Fattah akan datang awal juga. Mahu borak-borak dengan Fattah dan kalau boleh mahu dengar Fattah memuji ala kadar. Tak ikhlas pun tak apa. Janji Fattah puji.
"Selamat pagi, Anaqi. Hmmm, kan manis macam tu." Ikhlas Fattah puji. Anaqi kembang setaman. Apa yang ditunggu memang terlafaz dari bibir Fattah.
Anaqi senyum lagi tapi tak sampai telinga. Takut nanti Fattah perasan Anaqi sudah kembang setaman Memang sungguh dia sukakan Fattah, tapi perlu berhati. hati juga. Hati orang susah mahu dibaca.
"Anaqi dah sarapan?"
"Sudah. Eh, belum." Kelam-kabut Anaqi jawah Tak tentu arah.
"Sudah ke belum ni?" soal Fattah lagi. Kali ini bersama jelingan manja.
"Sebenarnya sudah. Tapi kalau abang nak belanja Anaqi, Anaqi okey aje." Anaqi jawab dengan jujur. Memang Anaqi menantikan pelawaan untuk bersarapan dengan Fattah. Jadi tak ada sebab untuk Anaqi tolak peluang yang ada. Itupun kalau betullah Fattah mahu ajak sarapan bersama. Kalau tidak pun Anaqi tak kisah. Dapat pandang senyuman Fattah saja sudah cukup buat Anaqi.
Fattah sambut dengan gelak. Selamba sungguh anak teruna seorang ni.
"Memang nak ajak Anaqi sarapan sama, tapi Anaqi boleh tak sarapan kat kedai mamak?"
"Eh, boleh aje. Hari tu boleh aje Anaqi sarapan. Anaqi tak kisahlah, bang."
"Ya ke? Boleh percaya? Betul suka?" soal Fattah. Bukan dia ragu, tapi dia pasti budak bernama Anaqi itu kurang senang dengan kedai mamak. Tapi kenapa ya, sanggup kata tak kisah walau Fattah percaya dalam hati Anaqi banyak kisahnya. Air muka kata tak kisah itu sudah menjelaskan segalanya. Hmmm, kalau mahu diuji sikap budak ini apa salahnya.
"Kenapa? Abang ingat Anaqi tak biasa sarapan kat tempat macam tu?" soal Anaqi.
"Manalah tau..." Fattah senyum juga. Masih lagi tidak percaya.
"Hmmm, jomlah kalau nak sarapan. Nanti lambat pula," ajak Anaqi apabila melihat Fattah seperti teragak-agak.
"Abang macam tak percaya saja."
"Tak percaya sudah. Abang sarapan saja dengan rasa tak percaya abang tu." Akur dengan ugutan manja Anaqi, Fattah melangkah perlahan. Bergerak menuju ke kedai mamak yang terletak tidak jauh dari bangunan pejabat milik Dato Johan.
"Abang, kalau Anaqi tanya sesuatu boleh tak?" soal Anaqi sebaik sahaja seorang pelayan selesai mengambil pesanan mereka. Anaqi fikir dia harus bertanya agar tidak terlalu menaruh harapan.
"Ya, tanyalah. Kalau abang boleh jawab, abang akan jawab, tapi kalau abang tak boleh jawab, abang minta maaf." Tenang saja wajah Fattah. Rasanya seperti sudah tahu apa yang bakal Anaqi tanya dan Fattah juga sudah bersedia dengan jawapan yang betul.
"Abang dah ada seseorang?" Fattah tersenyum nipis. Kan dah betul. Sudah Fattah agak, itulah soalan Anaqi. Bukan susah pun mahu meneka dan satu lagi, Fattah tahu Anaqi seorang yang suka berterus terang. Dia sangat jelas dengan apa yang dia mahukan.
"Maksud Anaqi?" Sengaja buat tak faham. Ingin mengurangkan rasa yakin Anaqi.
Anaqi menarik nafas. Tiba-tiba saja rasa sedikit gementar. Kalau tadi dia memang tidak rasa apa-apa, tapi bila Fattah bertanya begitu, Anaqi mula terasa sesuatu. Baru rasa segan. Tadinya sangat bersemangat.
"Errr..."
"Kenapa ni? Kenapa teragak-agak pula nak tanya? Tanyalah. Tak payah nak malu dengan abang."
Anaqi fikir lagi. Kena dengar lagi cakap Aqil. Apa-apa kena fikir. Jangan main cakap saja. Nanti yang malu diri sendiri juga.
"Tak apalah..." Akhirnya Anaqi memutuskan untuk tidak bercakap apa-apa. Betul juga. Takut malu nanti. Esok lusa boleh tanya.
"Pula. Tadi beria-ia nak tanya." Fattah menjeling sambil tersenyum. Maknanya Anaqi sudah hilang keyakinan diri. Cepatnya mengalah.
"Kan abang dah beritahu, abang sekarang ni sedang berkenan dengan seorang ni. Nak berapa kali abang beritahu dan berapa kali Anaqi nak tanya abang dengan soalan yang sama? Tu namanya pengulangan soalan. Bila soalan yang sama diulang banyak kali, tandanya orang tu tak faham jawapan yang diberikan." Fattah memandang satu-satunya orang yang buat Fattah berkenan.
Terasa pahit air liur yang Anaqi telan.
"Tetapi..." Kata-kata Fattah mati sekejap. Dia memandang wajah Fattah semula. Tak elok pula rasanya mainkan perasaan Anaqi secara berlebihan.
"Semua orang akan dapat peluang bertempat dalam hati abang kalau berjaya mengambil hati abang. Dan abang akan pertimbangkannya," jelas Fattah.
Anaqi mengangkat muka. Maknanya Anaqi masih ada peluang? Anaqi masih ada harapan? Anaqi kena ambil hati Fattah. Tapi bagaimana caranya? Anaqi tak pandai. Anaqi mana pernah pikat mana-mana orang. Ini satu cabaran buat Anaqi.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...