BAB 11

1K 48 1
                                    

"Selamat pagi." Dengan semangatnya Anaqi sambil menarik kerusi makan. Rasa begitu gembira sekali. Kalau boleh masa ini juga dia mahu ke tempat kerja. Sudah tidak sabar-sabar lagi.

"Hmmm, selamat pagi," jawab Dato Johan dan Aqil serentak. Mata masing-masing memandang Anaqi yang kelihatannya sangat ceria.

"Anaqi nak ke mana ni?" soal Aqil. Rasa pelik juga. Selalunya Anaqi jarang ceria pada waktu pagi. Kalau muka tak serupa cekodok seperti semalam memang tak sah apatah lagi kalau melibatkan soal ke tempat kerja.

"Nak pergi kerjalah. Takkan nak pergi shopping." jawab Anaqi dengan suara mendatar.

"Kerja?" tanya Dato Johan dan Aqil serentak. Dua kali ganda terkejut. Terus Dato Johan memegang dahi Anaqi. Tak demam pun. Ingat tadi demam sebab tak semena-mena sebut nak pergi bekerja. Sebelum ni punyalah susah. Suruh pergi bekerja serupa suruh pergi berperang. Hari ini sangat pelik. Mahu pergi bekerja lagaknya disuruh pergi membeli-belah.

"Yalah. Anaqi nak pergi kerja. Nak pergi mana lagi," jawab Anaqi. Susah untuk Dato Johan dan Aqil hendak percaya. Memang mereka berdua tidak percaya langsung. Tiba-tiba saja Anaqi boleh tukar cara hidup.

"Sudah, jangan banyak cakap lagi." Datin Roslina muncul bersama semangkuk nasi goreng. Sarapan mereka pada pagi itu ialah nasi goreng, tapi Anaqi pilih roti bakar bersama jus oren. Kurang selesa jamah makanan jenis berat pada awal pagi.

"Abang nak tahulah kenapa tiba-tiba Anaqi macam bersemangat semacam saja. Selalunya kalau Anaqi tiba-tiba berubah macam ni, ada benda yang tak kena. Apa Anaqi dah suka dengan pekerja baru kita? Emmm, siapa namanya ." Aqil buat-buat lupa. Sengaja mahu menguji.

"Fattah Najmi," cepat Anaqi bercakap.

Tersembur air yang Dato Johan minum dan terkena kemeja Aqil. Kemudian ketawa mereka berderai serentak.

"Anaqi sukakan budak marketing tu?" soal Aqil sambil mengelap kemejanya yang basah. Muka Anaqi berona merah. Tak sangka dia boleh tersasul sampai begitu sekali. Habislah kalau Aqil tahu. Mahu jadi bahan usikan selalu. Bukan Anaqi tidak kenal siapa abangnya itu. Hantu segala hantu menyakat.

"Segak sangat ke budak marketing baru tu?" Datin Roslina juga ingin tahu.

"Tentu macam Lee Dong Wook, kan?" usik Datin Roslina. Tahu Anaqi minat gila dengan pelakon korean tersebut.

"Kalah, mama. Budaknya punyalah manis. Siap ada lesung pipi lagi. Itu yang buat Anaqi sangkut."

"Ya?" soal Datin Roslina. Padanlah pada malam tadi bukan main lagi cakap nak pergi memikat lelaki tu. Rupa- rupanya memang betul ada yang buat hati Anaqi berkenan. Baguslah tu.

"Mana ada..." Anaqi malu sendiri.

"Papa pun berkenan dengan budak tu. Orangnya pendiam. Tak banyak cakap. Rajin kerja." Dato Johan tumpang puji.

"Sedang eloklah tu."

"Elok apa, mama?" Anaqi bertanya.

"Elok kahwin. Habis cerita," jawab Datin Roslina. Ketiga-tiga mereka serentak ketawa. Tinggal Anaqi saja yang tersipu malu.

"Akim!" Anaqi melaung.

"Hah, cover malulah tu panggil nama Akim. Akim dah lama pergi," perli Aqil. Anaqi terus tidak mempedulikan mereka yang menyakatnya lalu menyambung bersarapan. Perasaan berbunga-bunga tadi sudah kuncup sedikit akibat tak sudah diusik.

"Nanti kat ofis jangan asyik pandang dia aje. Jangan lupa buat kerja," pesan Datin Roslina.

"Ya, mama..." jawab Anaqi lemah.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now