Sampai saja di halaman rumah, Anaqi terus keluar dari kereta. Dia berlari tanpa toleh ke kiri dan ke kanan untuk ke belakang rumah di mana terletaknya kediaman yang Dato Johan sediakan untuk keluarga Akim. Kebetulan ayah Akim merupakan pemandu peribadi Dato Johan dan emak Akim pula bekerja sebagai pembantu rumah. Anaqi mahu mencari Akim.
"Cik Alya, Akim ada?" soal Anaqi tergesa-gesa sebaik sahaja terpandang Cik Alya yang sedang mengangkat kain di ampaian.
"Akim tak balik lagi. Kenapa Anaqi?" soal Cik Alya. Kalau begitulah keadaannya, sah ada cerita yang mahu dikhabarkan kepada Akim. Bukan Kak Alya tidak tahu.
"Oh." Anaqi menepuk dahi. Lupa. Akim dah mula kerja dua hari lepas di salah sebuah pejabat peguam.
"Malam nantilah Anaqi jumpa dia." Anaqi mengatur langkah, mahu masuk ke dalam rumah. Tapi belum sampai ke rumah, Akim sudah muncul bersama muka yang penat.
"Apa hal?" tanya Akim sambil mengangkat kening. Anaqi menarik tangan Akim dan mengajak ke bangku kayu berhampiran dengan pokok jambu air yang baru belajar berbunga.
"Aku dah jumpa dengan dia." Tak sabar-sabar Anaqi mahu menyampaikan berita.
"Kau jumpa siapa? Bright Vachirawit?" Akim buat muka bengang. Dia sudahlah penat, Anaqi pula buat perangai. Nasib baik Anaqi kawannya dari kecik. Kalau tidak, dah lama Anaqi kena.
"Bright Vachirawit buat apa, tak faedah pun kalau jumpa. Sebenarnya aku dah jumpa dengan lelaki tu," kata Anaqi dengan wajah gembira.
"Lelaki yang kau tak boleh lupa tu?" soal Akim. Terkejut juga. Manalah tahu Anaqi buat gila, masukkan ke dalam iklan surat khabar pula.
"Haah."
"Kau jumpa dia kat mana?" Makin berminat Akim ingin tahu. Yalah, bukan senang Akim hendak melayan Anaqi yang tiba-tiba naik gila. Asyik bercakap tentang lelaki itu saja.
"Dia kerja kat syarikat papa aku." Anaqi berterus terang. Malas mahu buat Akim berteka-teki lagi.
"Hah?"
"Lelaki tu kerja dengan papa aku."
"Betul ni?"
Anaqi tidak peduli. Nak malukan apa kalau hati
"Ya. Namanya Fattah Najmi Bin Mustaqim."
"Sedapnya nama."
"Tu la. Nama dia pun dah cukup sedap. Orangnya pula memanglah manis." Akim ketawa perlahan.
"Kau ada rasa ke manis dia?"
"Muka dialah manis." Anaqi menampar bahu Akim. Main-main pula Akim ni.
"Oh, inilah sebab muka kau macam kobis kena tumis? Kecut semacam?" soal Akim. Memang muka Anaqi nampak lain. Nampak betul-betul ceria.
"Mestilah. Memanglah aku suka."
"Habis apa rancangan kau selepas ni?"
"Aku nak mengurat dia sampai dapat," jawab Anaqi sambil bangun, kemudian melangkah perlahan.
"Anaqi, biar betul ni?"
Anaqi pusing badan kemudian memandang Akim.
"Ingat aku main-main ke? Kalau aku dah suka, aku tak main-main," kata Anaqi sambil menyambung langkahnya.
"Good luck!!!" jerit Akim kepada Anaqi yang sudah jauh dari pandangan
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...