BAB 22

935 44 0
                                    

Sejak pulang tadi Fattah hanya mampu termenung panjang. Sebenarnya dia sendiri kurang pasti dengan apa yang berlaku. Kalau sebelum-sebelum ini, Fattah seperti tidak kisah.

"Orang lain kalau balik berdating muka nampak berseri, ini muka serupa baru balik pecah rumah, apa kes?" soal Zahhar apabila melihat Fattah seperti susah hati saja. Masa pergi tadi bukan main ceria lagi.

Fattah mengeluh panjang. Kalau dia cakap nanti, Zahhar boleh faham ke masalah yang menimpa Fattah. Zahhar boleh selesaikan ke bila persoalan sekarang adalah hati dan perasaan.

"Uiks, tak baik lagu tu. Suka mengeluh tu serupa tak reda saja," nasihat Zahhar lagi. Mahu mencungkil rahsia. Selalunya bukan susah mahu mendengar sesuatu dari mulut Fattah sebab Fattah sendiri bukanlah orang kuat berahsia.

"Aku rasa serba salah dengan budak Anaqi ni " kata Fattah perlahan.

"Kenapa pula. Sebelum ni okey aje. Lepas dating ni lain macam pula. Janganlah macam tu. Tak baik mainkan perasaan anak orang. Hari ni hang mainkan perasaan anak orang, takut esok-esok orang mainkan perasaan anak hang pula." Tanpa tahu hujung pangkal, Zahhar terus keluar fatwa sendiri. Walaupun Fattah itu bukanlah ahli kelab kaki lelaki, namun Zahhar tahu, Fattah sebenarnya ada daya penarik yang tersendiri. Orang mudah terpikat dengannya. Tidak kiralah siapa. sebab itu ramai yang kepingin buat Fattah sebagai menantu. Cuma Fattah saja yang jual mahal dan buat tidak tahu.

"Tak adalah sampai macam tu sekali. Aku ingatkan Anaqi tak serius dengan aku. Sekadar nak main- main. Maklumlah dia tu anak orang kaya. Suka main- main saja. Tapi kali ni aku rasa lain sangat. Anaqi tak main-main sebenarnya. Sebab itu aku mula rasa takut." Fattah meluahkan juga apa yang terbuku.

"Dia jadi macam fanatik ka?" soal Zahhar. Daripada apa yang Fattah jelaskan, seperti ada yang tidak kena saja dengan Anaqi.

"Macam tu la lebih kurang."

"Kalau macam tu, memang agak bermasalah sikit. Sebab fanatik ni sebenarnya sifatnya separun normal. Ada masa-masanya mereka tidak boleh berfikir dengan waras." Fattah mengangguk. Memang ada kebenaran pada kata-kata Zahhar.

"Itu yang aku bimbangkan. Aku tidak mahu Anaqi terlalu berharap dengan aku. Aku sebenarnya bukan ada apa-apa pun tapi kenapa dia boleh jadi suka kat aku sampai macam tu sekali? Aku pun pelik, apa sebenarnya yang dia mahu daripada aku."

"Cinta itu buta, mana kenal siapa," kata Zahhar, seperti mahu menyedapkan hati Fattah.

"Dengan masalah Haziq lagi." Bukan Fattah lupa tentang Haziq, tetapi kalau boleh dia tidak mahu ingat langsung pasal Haziq. Hanya menyesakkan fikiran Fattah.

"Tu lagi bermasalah. Lagi aku tak faham dengan jantan tu. Kalau macam Anaqi tu, aku boleh faham sikit-sikit. Tapi kalau macam Haziq ni, aku memang tak faham langsung. Dia pendidikan tinggi." Zahhar juga sebenarnya kurang senang dengan Haziq. Setahu Zahhar dari dulu lagi, Hazuq itu tergilakan Fattah walaupun Fatttah tak pernah langsung beri perhatian.

"Pening kepala aku dengan Haziq ni. Aku pun tak tau nak buat macam mana lagi nak bagi Haziq ni faham. Kalau diberi pilihan, aku memang tetap akan pilih Anaqi sebab aku rasa aku boleh kawal Anaqi, tapi Haziq aku tak boleh. Haziq ni pandai bercakap."

"Aku faham. Tapi aku rasa tindakan Haziq lagi menakutkan berbanding Anaqi. Aku sokong hang pilih Anaqi. Bukan sebab harta dia, tapi budi bicara dia. Dan aku rasa tak susah untuk didik dia. Yang penting hang kena beri dia peluang. Didik dia sebaik mungkin."

"Cakap senanglah. Cuba kau yang duduk tempat aku. Mahu pening juga, kan?" Zahhar senyum panjang. Masalah betul kalau sudah bermuka segak dan ada pula yang tergila-gila. Memang payah.

"Kalau budak biasa aku tak kisah. Ini anak Dato. Silap gaya memang aku jadi hamba abdi dia."

"Janganlah fikir macam tu. Lagipun dia memang suka gila kat hang. Ambillah peluang tu untuk mengubah dia." Fattah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Buntu.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now