Dari tadi Aqil hanya melihat wajah Aiman. Lelaki berwajah lembut dan bersuara perlahan itu memang benar-benar sudah menawan hati lelaki Aqil. Akhirnya, berjaya juga dia mengajak Aiman keluar. Kalau sebelum ini sangat susah. Pelbagai alasan diberikan. Makin Aiman menolak, makin kuat Aqil berusaha.
"Bila Anaqi balik?" soal Aiman sebaik sahaja mereka duduk di kerusi sambil menikmati ais krim Baskin Robbins di One Utama pada petang Ahad itu.
"Esok lusa baliklah. Sekarang ni dengar ceritanya tengah panjat Gunung Jerai. Berbulan madu." Aqil tersenyum mengingati perbualannya dengan Anaqi pada malam tadi. Tidak sangka adik comelnya itu sudah bergelar suami orang.
"Tentu Anaqi bahagia dapat hidup bersama dengan lelaki yang dia suka." Perlahan saja suara Aiman. Memang dia selalu perhatikan Fattah dan Anaqi. Pasangan yang nampak sangat berbeza. Ibarat langit dan bumi. Mereka berbeza dalam semua hal, baik dari segi taraf kehidupan, bahkan sikap juga. Namun mereka kelihatan sangat serasi apabila bersama. Seorang manja dan kurang matang, seorang lagi serius dan cukup matang. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
"Memang bahagia. Kami sekeluarga pun tumpang sama gembira melihat dia bahagia macam tu."
"Syurkur... Saya kagum dengan Anaqi." Senada suara Aiman.
"Ya? Kenapa kagum dengan Anaqi?"
"Dia seorang yang berani dan sentiasa berlaku adil terhadap diri sendiri."
"Saya kurang jelas. Boleh terangkan lagi?"
Mata Aiman melihat pengunjung pusat membeli- belah yang lalu-lalang. Sebenarnya dia agak segan untuk melihat wajah Aqil. Sebab itu dia memilih untuk memandang aiskrim atau suasana di sekitar tempat mereka duduk saja. Dia tak sanggup untuk menatap terus wajah Aqil.
"Anaqi berani meluahkan rasa..."
"Hmmm, habis Aiman tak berani?"
Aiman terperangkap dalam kata-katanya sendiri. Bimbang juga kalau Aqil terbaca isi hati Aiman. Sungguh, memang Aiman berkenan dengan Aqil sejak kali pertama terpandang Aqil.
"Hmmm, Aiman ingat tak kali pertama kita berjumpa?" soal Aqil tiba-tiba.
Ah! Masakan Aiman boleh lupa akan detik keramat itu.
"Memalukan betul..." Aiman tunduk. Segan betul.
"Ada ke patut saya sebegini kacak disangka orang Myanmar. Agak-agaklah..." Aqil menjeling manja.
"Maaflah..."
"Yang buat saya naik angin tu, boleh lagi awak cakap saya orang Myanmar depan-depan saya. Macam saya tak faham pula." Ketawa besar Aqil apabila mengingati kenangan tersebut. Waktu itu Aiman masih belum lagi bekerja dengan mereka. Pertemuan yang tidak disangka.
"Manis kan kenangan tu?" kata Aiman perlahan.
"Hmmm, memang manis." Aiman tersenyum. Waktu itu dia mahu menghadiri majlis perkahwinan Daniel, salah seorang sahabatnya. Disebabkan Daniel merupakan salah seorang ahli persatuan mengabadikan hari bersejarahnya, Daniel memilih majlis perkahwinannya diadakan di dewan kelab tersebut. Kebetulan Aqil baru saja selesai melakukan aktiviti menunggang kuda. Disebabkan suasana kelam-kabut, Aiman tersalah sangka terhadap Aqil. Dia ingat Aqil merupakan orang Myanmar yang bekerja di situ.
"Lepas tu kita jumpa kat ofis, kan?" soal Aqil apabila melihat hanya senyuman yang menghiasi bibir Aiman.
"Dan tak sangka encik menjadi tunang orang, kan?" Ada nada sedih pada suara Aiman. Susah Aiman mahu menjelaskan tentang perasaannya. Apa yang past Aiman terjebak sama dengan perkataan 'suka' kepada lelaki yang berkulit putih itu. Namun apabila mendapat tahu lelaki itu sudah bergelar tunangan orang, Aiman rasa tidak sedap hati, apatah lagi apabila melihat kemesraan di antara Aqil dan Yusuf. Dan perasaan dia seperti mahu melompat kerana terlalu suka apabila mendapat tahu bahawa Aqil telah putus tunang.
"Dan kalau saya tahu, kan..." Kata-kata Aqil mati di situ. Dia menyambung menikmati aiskrim di hadapannya. Sebenarnya mengingati apa-apa tentang pertunangan dengan Yusuf yang putus di tengah jalan. Kalau boleh Aqil hanya mahu menganggap peristiwa yang berlaku itu sebagai mimpi ngeri sahaja.
"Dahlah. Tak nak ingat apa-apa lagi. Biarlah jadi peringatan buat saya," putus Aqil.
"Hmmm, apa kata lepas ni kita pergi tengok wayang," cadang Aiman.
"Biar betul ni?" Terkejut juga Aqil dengan pelawaan Aiman.
"Betullah. Encik ingat saya main-main?"
"Okey, boleh juga. Memang dah lama saya tak tengok wayang." Aqil senang sekali menerima pelawaan daripada Aiman.
TAK guna! Padanlah bukan main lagi beria-ia nak putus tunang. Rupa-rupanya dah ada pengganti. Dasar jantan tak suna," marah Yusuf yang kebetulan terpandang Aiman dan Aqil sedang berdua-duaan.
***
Kemesraan di antara Aiman dan Aqil benar-benar membuatkan Yusuf rasa benar-benar tidak boleh menahan kemarahannya. Makin meluap-luap."Oh, padanlah awak beria-ia nak putus tunang. Rupa-rupanya inilah kerja awak selama ni?" kata Yusuf ketika menghampiri Aiman dan Aqil. Aiman kelihatan takut dan cemas. Wajah Yusuf benar-benar menggerunkan.
"Awak jangan nak tuduh tak tentu pasal, Yusuf. Selama ini siapa yang buat curang terlebih dahulu?" soal Aqil.
"Sudahlah, Aqil. Banyaklah alasan awak kalau dah tak suka."
"Kenapa awak masih tak sedar-sedar, Yusuf? Saya atau awak yang kena tangkap buat maksiat? Sepatutnya saya yang cakap macam tu kat awak. Ini terbalik pula. Sudahlah, saya tidak mahu menjatuhkan lagi maruah awak. Sekarang ni, saya sudah temui pengganti awak dan kami bakal berkahwin tidak lama lagi," kata Aqil dengan tenang. Mahu mengakhiri teka-teki dengan mudah.
"Apa? Aqil, awak tak boleh buat keputusan terburu-buru. Kita masih boleh perbaiki hubungan kita. I merayu sangat-sangat. Bi, tolonglah." Yusuf merayu.
"Tolong jangan panggil saya bi, boleh tak?" Air mata Yusuf berjuraian lagi. Rasa marahnya berbaur dengan rasa kecewa.
"Sampai hati awak..."
"Siapa yang sampai hati sebenarnya? Kalau awak betul-betul sayangkan saya, awak tak buat macam ni. Bukan senang-senang serahkan badan awak kepada lelaki lain. Sudahlah, Yusuf. Saya masih belum sampai tahap bencikan awak. Jadi sebelum saya betul-betul bencikan awak, tolong jangan muncul di hadapan saya lagi. Jom Aiman, kita beredar," kata Aqil sambil mengatur langkah meninggalkan Yusuf yang sudah tersedu-sedu.
Aiman mengekori langkah Aqil tanpa mahu melihat lagi wajah Yusuf. Takut dan serba salah saling menguasai perasaannya.
"Nanti kau, Aqil. Kau akan rasa menyesal tak sudah." Bersama perasaan membara, Yusuf terus perhatikan kedua-duanya. Ketika itu kepalanya sudah tidak boleh berfikir dengan betul. Satu-satunya yang terlintas sekarang ini ialah mahu membalas dendam saja.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomansaAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...