BAB 67

1.2K 38 1
                                    

Terkejut Datin Roslina dan Anaqi apabila melihat kehadiran Yusuf bersama Hajah Faridah. Namun Datin Roslina sambut juga kehadiran Yusuf dengan berlapang dada. Dia sudah maafkan Yusuf, jadi tak ada sebab untuk menaruh sebarang dendam lagi.

"Mama sihat?" soal Yusuf sambil mencium tangan tangan Datin Roslina. Mahu rebut semula hati Datin Roslina.

"Alhamdulillah..." jawab Datin Roslina sambil memaniskan muka. Kemudian Yusuf menyalami Anaqi. Puas hati juga melihat Anaqi begitu. Lebih gembira apabila mendapat tahu Anaqi keguguran. Baru puas hati Yusuf.Belum sempat apa-apa, Fattah muncul. Baru pulang dari pejabat.

"Eh, awal pula abang balik," tegur Anaqi. Anaqi perlahan untuk menyambut langkah mengatur kepulangan Fattah. Selalunya pukul enam lebih baru sampai di rumah.

"Hari ni abang jumpa pelanggan. Habis meeting, terus balik rumah." Fattah mencium dahi Anaqi seperti selalu.

Membuak rasa marah Yusuf. Memang sakit hati apabila melihat Anaqi disayangi sebegitu.

Fattah menyalami Hajah Faridah demi menghormati Hajah Faridah. Hajah Faridah menyambut huluran tangan Fattah tapi dia memandang ke tempat lain.

"Apa khabar, nek?" soal Fattah.

"Belum nak mati lagi," jawab Hajah Faridah selamba.

Anaqi sudah terasa hati apabila suaminya diperlakukan begitu.

"Jadi kalau nak mati jangan datang sini ya." Anaqi menjawab.

"Sayang..." Fattah buat muka. Tidak suka Anaqi menjawab begitu.

"Hah, jaga mulut laki kau tu. Dari dulu memang kurang ajar. Sudahlah bebal, kurang ajar pula tu." Hajah Faridah mencebik.

"Baik nek. Nenek jangan bimbang. Pandailah saya nak jaga Anaqi." Fattah memegang tangan Anaqi lantas mengajak Anaqi meninggalkan ruang tamu. Tidak mahu Anaqi berlawan cakap lagi.

"Assalamualaikum." Suara Aqil pula memberi salam. Namun kepulangan tidak keseorangan. Dia ditemani Aiman yang kebetulan mahu melawat Anaqi sama. Aqil menyalami Hajah Faridah dan Aiman juga buat perkara yang sama. Kemudian Aiman mencium pula tangan Datin Roslina. Mata Yusuf tajam merenung Aiman. Tiba-tiba angin cemburu datang menyerang Yusuf.

"Anaqi mungkin ada kat belakang," kata Datin Roslina.

"Aiman pergi belakang dulu ya," kata Aiman. Mahu menyelamatkan diri daripada diperhatikan oleh Yusuf. Aqil juga mengikut jejak Aiman. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Yusuf. Bimbang bakal hilang pertimbangan nanti.

"Siapa tu?" soal Hajah Faridah.

"Oh, lupa nak kenalkan. Itulah bakal suami Aqil," beritahu Datin Roslina sambil memerhatikan kedua-duanya.

"Bakal suami Aqil?" soal Hajah Faridah.

"Hmmm, lepas Anaqi sihat nanti, kami nak adakan majlis pertunangan Aiman di Kelantan. Kali ni belah pantai timur pula." Datin Roslina tersenyum manis. Sebenarnya dia memang berkenan dengan pilihan Aqil itu. Lembut orangnya dan tak banyak cakap. Paling-paling pun Aiman akan tersenyum saja.

"Mana boleh. Mak tak setuju," bantah Hajah Faridah menampakkan wajah bengis dan sombongnya. Pantang Hajah Faridah kalau dia diketepikan dalam hal- hal begitu.

"Sudahlah mak, tak payahlah nak masuk campur lagi dalam urusan Aqil. Mak doakan aje agar kali ni jodoh Aqil sampai. Kesian dia. Tak sanggup saya tengok dia dipermainkan lagi. Lelaki sebaik Aqil pun terima nasib macam tu. Ini semua rancangan mak la. Kalau tidak, takkan jadi begitu." Datin Roslina terpaksa juga suarakan rasa hatinya walaupun agak berat hendak mengungkit apa-apa. Sebagai ibu, kebahagiaan anak-anak tetap jadi pilihan.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now