BAB 27

953 42 0
                                    

"Selamat pagi," kata Anaqi ketika dia bertemu Fattah di kawasan tempat letak kereta syarikat. Rasa sangat gembira bila Fattah yang dipandangnya terlebih dahulu. Langsung perasaan Anaqi jadi berbunga-bunga.

"Selamat pagi." Fattah memandang Anaqi dari atas hingga bawah. Comelnya budak ni dengan warna kulitnya yang putih melepak. Ah, ini yang Fattah tak sabar- sabar nak ajak Anaqi nikah.

"Kenapa abang pandang Anaqi macam tu? Serupa Anaqi tak pakai baju saja," soal Anaqi. Pelik juga melihat cara Fattah merenungnya.

"Kalau Anaqi tak pakai baju, abang dah pengsan awal-awal dah. Emmm, comel Anaqi hari ni ," puji Fattah.

"Anaqi memang comel pun." Anaqi masuk bakul angkat sendiri.

"Hek eleh, perasan. Abang baru puji sikit dah kembang semacam." Senyuman Fattah jadi bertambah lebar. Suka benar dia melihat Anaqi.

"Siapa suruh abang puji Anaqi? Macam tak kenal Anaqi. Lagi nak puji-puji." Anaqi ketawa kecil.

Sementara itu, Dato Johan hanya perhatikan saja tingkah laku Fattah dan Anaqi. Dato Johan melihat betapa gembiranya Anaqi. Tidak sanggup rasanya merosakkan kegembiraan itu. Perlahan Dato Johan mengatur langkah menghampiri kedua-duanya.

"Amboi, bukan main lagi bergelak ketawa," sapa Dato Johan.

"Eh, Dato, selamat pagi," kata Fattah. Terkejut juga dengan kehadiran Dato Johan. Leka bergurau senda dengan Anaqi, langsung tidak sedar akan kehadiran Dato Johan. Aduhai, suka-suka nak bergurau senda dengan anak teruna orang.

"Selamat pagi. Apa hal bergelak ketawa sampai hujung parking boleh dengar?" soal Dato Johan. Ada nada serius yang membuatkan Fattah sedikit gerun. Dato Johan tidak suka Fattah bergurau dengan Anaqi, kah?

"Biasalah papa. Pagi-pagi kenalah bergelak ketawa," balas Anaqi sambil tersenyum.

"Agak-agaklah kalau nak gelak tu." Dato Johan memaut bahu Anaqi dengan erat. Dia sangat sayang anak bungsunya itu. Apa saja akan Dato Johan lakukan demi melihat Anaqi bahagia.

"Lepas ni Fattah masuk bilik saya," kata Dato Johan dengan perlahan.

"Baik Dato," jawab Fattah.

Kemudian Anaqi dan Dato Johan mengatu langkah bersama tanpa menghiraukan Fattqh yang berdiri tegak melihat kemesraan anak dan bapa itu. Sambil itu Fattah terfikir juga. Kenapa agaknya Dato Johan tiba-tiha mahu Fattah berjumpa dengannya? Apakah Dato Johan tidak suka Fattah berkawan dengan Anaqi? Kalau begitu, Fattah reda saja. Bagi Fattah, restu ibu bapa itu lebih penting daripada keinginan dan perasaan sendiri.

Sambil melangkah, Fattah bawa pelbagai persoalan. Semuanya minta dijawab dengan segera dan semuanya seperti menyesakkan perasaan Fattah.

"Assalamualaikum, Dato nak jumpa saya?" soal Fattah sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Dato Johan. Debaran Fattah memuncak apabila melihat wajah serius Dato Johan. Jarang sekali lelaki itu mempamerkan wajah yang tidak menyenangkan.

"Duduklah," arah Dato Johan. Lelaki yang bertubuh agak gempal itu memandang tepat ke wajah Fattah. Betul kata Aqil, Fattah itu rasanya pilihan yang paling sesuai buat Anaqi.
Wajah tenang dan lembut. Apa yang penting, Anaqi sukakan lelaki ini.

"Saya ada perkara yang mahu bincangkan dengan Fattah," kata Dato Johan selepas itu.

Fattah sudah terbayangkan apa yang bakal Dato Johan akan perkatakan. Tinggalkan Anaqi kalau mahu kekal bekerja dengannya. Fattah akan akur kalau itu satu arahan.

"Setakat ini sejauh mana hubungan Fattah dengan Anaqi?" soal Dato Johan. Mahu mendengar jawapan sejujurnya daripada lelaki yang menjadi intaian Anaqi itu.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now