BAB 49

939 37 0
                                    

Nak tak nak, terpaksalah Dato Johan bawa Fattah keluar minum. Kalau berbincang di tempat kerja nanti lagi bertambah kacau. Sudahlah Anaqi tak bercakap dengan Aqil.

Fattah tidak bertanya kenapa dia dibawa ke kelab golf terkemuka itu sebab Fattah sedia maklum, kalau yang begitu cara Dato Johan, pasti saja ada masalah berbangkit. Pasti saja soal peribadi. Walaupun soal Tengku Zafrul agak senyap kebelakangan ini, Fattah tahu masih ada masalah yang belum selesai.

"Saya sendiri sudah pening bila fikirkan perkara ni sebab itu saya mahu minta jasa baik Fattah." Dato Johan menyedut perlahan jus oren kemudian pandangannya dilempar ke tengah padang golf.

"Kalau saya dapat membantu, saya akan bantu," jawab Fattah jujur.

"Pasal Anaqi dan Aqil..." kata-kata Dato Johan terhenti seketika dan Fattah tersenyum penuh makna. Faham kini apa yang membuatkan Dato Johan pening kepala.

"Kalau kecik dulu saya rotan saja. Ini masing-masing sudah besar panjang. Yang abang dengan keras kepalanya. Yang si adik pula jenis tak mahu mengalah." Berkerut dahi Dato Johan.

"Oh, pasal tu. Jadi Dato nak saya buat macam mana?"

"Pujuk kedua-duanya. Minta mereka berbaik semula. Walaupun saya tahu memang susah, tapi hanya Fattah saja yang dapat membantu memandangkan Fattah saja yang boleh jadi orang tengah." Fattah mengangguk. Faham kini akan permintaan Dato Johan.

"Baik Dato. Saya akan cuba. Dato jangan bimbang. Sikit hari lagi berbaiklah mereka tu. Biasalah adik-beradik."

"Mereka ni sangat rapat tapi kalau bergaduh memang susah untuk berbaik semula." Fattah faham. Bergaduh zaman kanak-kanak dengan bergaduh zaman dewasa memang jauh bezanya. Kalau zaman kanak-kanak bergaduh pagi, petang sudah baik. Tapi kalau sudah sama-sama besar, pergaduhan itu selalunya bakal berlangsung dengan jangka masa yang agak lama. Ada yang berbulan-bulan dan ada yang bertahun-tahun bahkan ada yang menjangkau masa puluhan tahun untuk berbaik semula.

"Saya rasa mereka akan baik nanti. Encik Aqil sangat sayangkan Anaqi, begitu juga dengan Anaqi." Fattah memberi jaminan.

"Entahlah Fattah. Susah saya nak cakap. Makin rumit jadinya."

"Cuma kita kena bagi jalanlah buat kedua-duanya untuk berbaik semula," kata Fattah perlahan.

"Sebab itu saya harap sangat kalau Fattah dapat membantu."

"Saya akan cuba yang terbaik. Dato jangan bimbang."

Lega sedikit perasaan Dato Johan mendengar pengakuan Fattah. Dia tahu, hanya Fattah yang dapat menyelesaikan masalah yang ada.

Si dia yang comelWhere stories live. Discover now