"Kenapa tiba-tiba nak jumpa aku?" soal Aqil sebaik sahaja menghampiri tempat Fareez duduk di salah sebuah coffee- house tidak jauh dari pejabat Dato Johan. Aqil terkejut apabila Fareez tiba-tiba mengajaknya keluar pada waktu bekerja. Seperti tidak sabar-sabar. Selepas bertemu tempoh hari, langsung Fareez tidak menghubungi Aqil. Sebelum-sebelum itu, galak juga mereka berbual dan bercerita.
"Aku nak cakap pasal Yusuf. Sebenarnya aku boleh telefon kau saja, tapi disebabkan aku rasa benda ni serius, lebih baik aku jumpa kau sendiri." Fareez memaklumkan segera tentang tujuan dia mahu berjumpa dengan Aqil.
"Aku dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Kau jangan bimbang pasal tu. Dan janganlah kau rasa serba salah. Betul, aku tak simpan dendam apa-apa." Seperti biasa, Aqil tetap kelihatan tenang dan bertambah matang.
"Bukan pasal tu, tapi dia sendiri mengaku dah langgar adik kau."
"Apa?!"
"Ya, dia sendiri buat pengakuan. Dia yang langgar adik kau."
Berita yang Fareez sampaikan sangat-sangat memeranjatkan Aqil. Takkan Yusuf sanggup lakukan perbuatan sejahat itu. Aqil tidak boleh terima bulat-bulat kata-kata Fareez.
"Sebenarnya aku rasa sangat bersalah, Aqil. Selepas kejadian tu aku baru insaf, sebenarnya aku bukan nak aniaya kau. Sebenarnya perbuatan aku dulu hanya mahu menunjukkan pertunangan kau dengan Yusuf memang satu kesilapan besar. Yusuf memang manusia yang tidak layak untuk kau jadikan pasangan."
Aqil meraup wajah. Terasa panas wajahnya.
"Tapi takkanlah Yusuf sejahat itu? Kalau kes dengan kau dulu, aku faham. Mungkin Yusuf juga sukakan kau, tapi kalau sampai tergamak langgar adik aku, memang aku tak boleh nak maafkan dia." Aqil rasa bukan muka saja yang panas, sekarang ini seluruh badannya terasa panas juga.
"Aku harap dengan cara ni saja aku dapat menebus kesalahan aku dulu walaupun aku sedar aku tidak layak untuk dimaafkan," kata Fareez dengan penuh rasa kesal. Terlalu mengikut kata hati yang penuh dengan perasaan hasad dengki.
"Aku dah lama maafkan kau, Fareez. Langsung tak simpan dendam apa-apa."
"Terima kasih, Aqil. Selepas ni terpulanglah kepada kau untuk mengambil tindakan. Kalau kau tak atasi masalah ni, aku rasa Yusuf akan jadi lebih berbahaya. Takut dia akan mencederakan ahli keluarga kau yang lain."
"Terima kasih, Fareez. Aku akan ambil tindakan tegas. Memang aku tak boleh diamkan. Adik aku sudahlah keguguran disebabkan kemalangan tu."
"Aku bersimpati terhadap kau sekeluarga."
"Terima kasih."
"Kalau tak ada apa-apa aku balik dululah. Aku harap kau selesaikanlah baik-baik." Fareez menghulur tangan. Rasa bersalahnya terhapus. Setidak-tidaknya Fareez tidak malu untuk berdepan dengan Aqil kemudian hari.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
Roman d'amourAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...