Sambil menabur makanan ayam, Puan Lisa menerawang jauh. Sudah dua bulan Fattah tidak pulang. Walaupun panggilan tidak putus-putus daripada Fattah, rasa rindu kepada anak itu tetap menjengah. Siapa yang tidak rindu dengan anak. Walau bukan Fattah seorang saja anak Puan Lisa, rasa terkenang-kenang itu merasuk juga ke jiwa Puan Lisa.
"Saya nak ke pekan ni. Mak hang nak kirim apa?" soal Encik Mustaqim sambil memakai selipar.
"Belilah apa yang patut," jawab Puan Lisa nak tak nak. Hatinya sedang dirundung rawan, mana ada minat nak beli apa. Kalau ikutkan, masak pun Puan Lisa tak mahu.
"Dahlah. Fattah tu pi cari duit. Kalau dia duduk bawah ketiak mak hang, berapa sen sangat dia boleh dapat. Dia ada kelulusan, nak juga merasa gaji banyak. Apa guna sekolah tinggi, kalau mak hang suruh kerja tanam padi." Encik Mustaqim mula berleter.
Puan Lisa tak menjawab. Malas nak bertekak Lawan lagu mana pun, dia juga yang kalah. Baik tutun mulut.
"Bawang, cabai ada lagi ka?" soal Encik Mustaqim pula.
"Rasa nak beli, belilah. Rasa tak mau, tak payah beli, habis cerita," jawab Puan Lisa.
"Hesy, tak faham sungguhlah dengan mak hang ni."
Puan Lisa sambung menabur makanan ayam. Berebut-rebut ayam peliharaan Puan Lisa mematuk makanan yang terhidang. Kecil, besar, sama- sama bersaing.
"Assalamualaikum." Tersentak Puan Lisa apabila tiba-tiba ada yang memberi salam. Dia memusing badan untuk melihat empunya suara.
"Waalaikumussalam," jawab Encik Mustaqim yang baru duduk di atas motosikal. Topi keledar ditanggalkan semula sebagai tanda menghormati tetamu yang muncul dengan tiba-tiba. Puan Lisa mengatur langkah mendekati Haji Rahman. Jarang Haji Rahman itu singgah. Sambil itu mata Puan Lisa melihat Proton Saga fesyen lama yang ditinggalkan di tepi jalan. Maklumlah, mana ada jalan besar untuk sampai ke rumah Puan Lisa sebab di hadapan rumah ada tali air. Titi juga jenis titi kayu yang muat-muat untuk motosikal lalu sahaja.
"Aku datang ni nak tanya pasal Fattah. Dah lama nampak dia," soal Haji Rahman.
"Selalu nampak juga batang hidung dia."
"Oh, Fattah dah dapat kerja kat Kuala Lumpur. Dah dekat dua bulan," jelas Encik Mustaqim.
"Alhamdulillah. Elok sangatlah tu." Puan Lisa memandang saja wajah Haji Rahman. Rasanya bukan cari Fattah saja. Mesti berhajat lain tu. Daripada gaya percakapan Haji Rahman itu, Puan Lisa tahu seperti ada yang mahu disampaikan.
"Alhamdulillah, Bang Aji. Lepas untuk dia pun jadilah," balas Encik Mustaqim.
"Ni, dah terlanjur dia dapat kerja tu, aku ni sukalah nak bagi tau. Encik Elias ada juga tanya pasal Fattah tu. Si Haziq anak dia yang nombor tiga yang mengajar kat sekolah sains tu rasanya sesuai sangat dengan Fattah."
Puan Lisa sudah agak. Sudah ada yang bertanyakan tentang Fattah. Encik Mustaqim pula memandang wajah Puan Lisa. Mereka saling berbalas pandangan seketika.
"Bab ni kami tak biasa nak masuk campuq. Anak-anak kami yang lain pun pilih jodoh sendiri. Tak berani saya nak cakap apa," ujar Encik Mustaqim jujur.
"Kalau Fattah maulah. Kalau dia tak mau, kita mana boleh buat apa. Tapi bagus budak Haziq tu. Kira calon yang sesuai. Mana nak cari calon macam tu." Haji Rahman masih berusaha buat promosi.
"Tak apalah, Bang Aji. Senang-senang nanti kami bagi tau Fattah. La ni dia baru sangat kerja. Biar dia lapang-lapang sikit," tegas Encik Mustaqim.
"Baguslah tu. Aku ni nak cakap pasal tu saja. Aku pergi dulu. Assalamualaikum," kata Haji Rahman.
"Waalaikumussalam," jawab Encik Mustaqim. dan Puan Lisa serentak.
Kemudian pasangan suami isteri yang hampir 34 tahun menjalinkan ikatan perkahwinan itu memandang langkah Haji Rahman yang semakin menjauh.
"Hang jangan nak memandai-mandai. Dalam soal jodoh Fattah, biar dia pilih. Cukuplah dia malu pasal Jebat dulu." Amaran daripada Encik Mustaqim
"Taulah saya," jawab Puan Lisa bersama rasa kurang senang.
YOU ARE READING
Si dia yang comel
RomanceAnaqi Amran seorang anak orang kaya yang manja dan comel telah jatuh cinta dengan orang yang datang dari kampung yang kacak iaitu Fattah Najmi. Dalam diam jugak Fattah Najmi jugak mula belajar mencintai Anaqi Amran. Pada masa yang sama Tengku Zafrul...