Kereta Myvi milik Izzar Naresh berhenti di hadapan rumah keluarga Hifza Yelda. Izzar Naresh menoleh melihat gadis itu masih dibuai lena, terbit rasa kasihan mahu mengejut gadis itu bangun tapi tidak mungkin dia biarkan gadis itu lama di dalam keretanya. Gadis itu perlu segera keluar dari keretanya agar tidak dilihat bapa Hifza Yelda.
"Hifza, bangun." kejut Izzar Naresh, perlahan Hifza Yelda membuka matanya.
"Dah sampai ke, abang Izz?" soal Hifza Yelda, dia membetulkan tudung yang terasa sudah serabai kerana tidur tadi.
"Dah. Baru je sampai." balas Izzar Naresh sambil mengambil beg sekolah Hifza Yelda yang berada di kerusi belakang lalu diberikan kepada gadis itu. Bahkan dia turut memberikan bungkusan makanan yang sempat dibeli sebelum tiba di rumah gadis itu.
"Ni, abang ada beli makanan sikit. Nanti makan ya. Ingat pesan doktor tadi, jaga makan." pesan Izzar Naresh agar Hifza Yelda tidak melupakan pesanan doktor Ridzuan tadi.
"Ya, Hifza ingat. Terima kasih abang Izz sebab sudi teman Hifza hari ni lepastu hantar sampai rumah. Terima kasih tau." ucap Hifza Yelda lalu menggalas beg sekolah pada bahunya. Dia sudah bersedia untuk keluar dengan tangan sudah memegang pintu kereta.
"Sama-sama. Kalau ada apa-apa bagi tahu abang cepat-cepat tau. Insya-Allah, sepantas kilat abang sampai."
"Baiklah, abang Izz. Hifza masuk dalam dulu ya. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Hifza Yelda keluar sahaja dari kereta, Izzar Naresh terus pecut laju membelah jalan untuk pulang ke rumahnya kerana sudah lambat untuk tiba di rumah. Ibunya pasti sudah menunggu dirinya. Sampai sahaja di lampu isyarat merah, Izzar Naresh menoleh ke arah tempat alas kaki tempat Hifza Yelda tadi.
"Ya Allah, Hifza tertinggal tote beg dia pula." monolog Izzar Naresh.
Lampu isyarat berubah hijau, Izzar Naresh melakukan pusingan U kembali ke rumah Hifza Yelda. Sampai di rumah gadis itu, Izzar Naresh turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah gadis itu.
"Aku dah cakap. Jangan buat apa yang aku tak suka! Kau tak faham bahasa kan?!" Izzar Naresh terkejut mendengarkan suara kuat encik Hafizzudin.
"Hifza takde sesiapa nak minta tolong." balas Hifza Yelda masih dengan nada biasa. Dia sedang penat membuatkan dia malas utuk berbalah.
"Dah takde jantan lain ke kau nak minta tolong? Abang kau kan ada. Kenapa jantan tu juga?!" tempik encik Hafizzudin, Hifza Yelda memejam mata menahan sabar dengan sikap bapanya yang hanya tahu melenting setiap kali mereka bertemu empat mata.
"Abang Hafiz kerja. Kalau Hifza suruh papa pun, belum tentu papa nak hantar, teman Hifza."
"Kau pergi mana dengan dia? Cakap dengan aku!" encik Hafizzudin mencengkam rahang anaknya kuat sehingga membuatkan Hifza Yelda mengaduh sakit.
"Sakitlah papa." Hifza Yelda cuba untuk melepaskan cengkaman kuat bapanya tapi sia-sia. Cengkaman itu terlalu kuat untuk dilepaskan dengan kudrat Hifza Yelda yang lemah.
"Tahu sakit! Kau langsung tak jaga air muka aku kan? Kalau keluarga aku nampak kau keluar dengan jantan tu. Mana aku nak letak muka? Ha?!" wajah Hifza Yelda ditolak dengan kasar sehingga gadis itu menapak ke belakang mencari keseimbangan agar tidak jatuh. Air matanya serta merta gugur.
"Maaf." suara yang mencelah itu membuatkan dua beradik itu beralih padangan ke arah figura yang tiba-tiba berdiri di muka pintu rumah mereka.
"Kau nak apa? Tak cukup kau keluar dengan anak aku tak minta izin. Sekarang kau nak apa?!" marah encik Hafizzudin.
"Saya cuma nak bagi beg. Hifza tertinggal dalam kereta saya tadi." balas Izzar Naresh masih tenang seakan tiada apa-apa yang serius terjadi saat ini. Dia menghulurkan tote beg itu kepada encik Hafizzudin. Tote beg Hifza Yelda ditempis, encik Hafizzudin mendekat.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...