Kaki tegak berdiri di hadapan pintu pagar menatap ke arah rumah yang tampak kusam dengan warna yang lusuh. Izzar Naresh baru sahaja pulang beberapa minit yang lalu selepas menghantar Hifza Yelda. Kini gadis itu ragu untuk masuk ke dalam rumahnya sendiri.
"Nak atau tak, kau kena hadap juga Hifza. Kau takde tempat lain, ni je tempat kau ada." ujar hati Hifza Yelda, dengan paksa dia menapak masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum-" ucapan Hifza Yelda tersekat ketika dia melihat bapanya berada di ruang tamu sedang membaca surat khabar lama kini menatap dingin ke arahnya. Hifza Yelda melarikan pandangan dan terus melangkah melarikan diri dari disoal oleh bapanya.
"Kau dari mana?" soalan encik Hafizzudin membuatkan langkah Hifza Yelda terhenti.
Hening, tiada jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Kau tak balik semalam, sekarang kau dah bisu? Jawablah! Kau dari mana? Aku ingatkan kau dah tak ingat jalan balik, tu yang tidur tempat lain macam takde rumah." sinis ucapan encik Hafizzudin merasa geram ketika anak perempuannya hanya diam tidak membalas pertanyaannya.
"Hifza nak rehat. Hifza masuk bilik dulu." balas Hifza Yelda, dia kembali melangkah.
"Woi! Aku tanya kau, jangan buat aku macam tunggul kayu dekat sini!" tempik encik Hafizzudin sembari berdiri menghadap ke arah Hifza Yelda yang kini berdiri di hadapan biliknya. Gadis itu hanya menunduk tanpa mahu menjawab pertanyaan bapanya.
"Tu, yang hantar kau tadi. Siapa? Kau jangan buat benda tak senonoh belakang aku, Hifza."
"Hifza tak buat apa-apa pun papa. Dia kawan Hifza, dia cuma hantar Hifza balik je. Hifza penat sekarang ni. Kalau papa nak marah ke, nak pukul ke, nanti-nanti jelah." balas Hifza Yelda tak mahu bapanya bersangka buruk terhadap dirinya. Saat ini tubuhnya sudah lelah, dia hanya mahu berehat sahaja. Dia tidak mahu bergaduh dengan bapanya.
Pak!
Surat khabar dilipat lalu dihempas ke atas meja membuatkan bahu Hifza Yelda terhincut.
"Kau boleh tak jangan kurang ajar dengan aku? Aku ni bapa kau!" hujung ayatnya ditekan seakan mahu menyedarkan Hifza Yelda siapa dirinya di dalam rumah itu.
"Bapa? Baru sekarang papa rasa yang papa, bapa dalam rumah ni? Jadi papa nak apa sekarang? Kehormatan?" sinis Hifza Yelda membalas membuatkan api amarah encik Hafizzudin membara.
"Kau-"
"Ada apa ni?"
Hafiz Yaslam baru sahaja keluar dari bilik membuatkan langkah encik Hafizzudin yang baru sahaja mahu mendekati anak perempuannya terhenti.
"Hifza. Bila kau balik?" soal Hafiz Yaslam yang menyedari kehadiran adiknya.
"Baru lagi." balas Hifza Yelda perlahan.
"Nanti jelah sembang. Hifza penat sekarang ni, Hifza nak rehat." sambung Hifza Yelda tidak mahu menceritakan apa yang terjadi kepada dirinya sehingga membuatkan dia baru pulang hari ini. Dia terus menapak masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu agar tiada siapa yang mengganggu.
Hifza Yaslam tidak mahu diam, dia mendekati bilik adiknya dan mengetuk pintu bilik tersebut mendesak adiknya untuk keluar dan bercerita.
"Hifza! Keluar dulu cerita dekat aku. Kenapa kau tak balik semalam? Kau tidur mana?" soal Hafiz Yaslam lalu mengetuk pintu bilik adiknya beberapa kali. Hifza Yelda yang sudah berbaring di atas katil memandang ke arah pintu, dia sudah malas mahu bangun kerana tubuh yang terlalu penat.
"Takde apa lah! Lagi pun, kalau cerita takde siapa peduli! Hifza penat ni, Hifza nak tidur." balas Hifza Yelda sedikit menjerit agar abangnya dapat mendengarkan suaranya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...