Langkah berhenti di meja yang menyediakan beberapa jenis air, Hifza Yelda baru sahaja mahu mengambil air. Sofia Amira menghampirinya lalu menolak tubuh Hifza Yelda membuatkan gadis itu hampir sahaja jatuh ketika hampir kehilangan keseimbangan.
"Apahal kau ni? Main tolak-tolak pula. Aku sampai dulu tau." nada bicaranya masih dikawal agar tidak didengari oleh ahli keluarga yang lain.
"Opsss, sorry. Aku cuma nak ambil air untuk abang Hafiz je. Jangan lah marah." balas Sofia Amira sembari menutup mulutnya penuh dengan gaya gedik. Hifza Yelda memutarkan bola matanya ketika meluat melihat tingkah sepupunya sendiri.
Hifza Yelda tidak mahu bergaduh dengan Sofia Amira membuatkan dia sabar menunggu dan membiarkan sepupunya itu selesai mengambil air untuk abangnya. Setelah selesai mengambil air, Sofia Amira menghampiri Hifza Yelda kemudian...
Bush!
"Woi! Apahal kau ni! Habis basah baju aku lah!" marah Hifza Yelda ketika sepupunya sengaja menumpahkan air pada bajunya.
"Sorry. Sorry. Aku tak sengaja." ucap Sofia Amira sambil pura-pura mengelap baju Hifza Yelda yang basah dengan tangannya.
"Tak payah pura-pura baiklah depan aku. Tepi!" tempik Hifza Yelda sembari menempis tangan Sofia Amira.
Baru sahaja Hifza Yelda ingin pergi, "argh!" Sofia Amira tiba-tiba menjerit selepas menjatuhkan dirinya dan pura-pura kesakitan seakan yang memperlakukan kasar kepada dirinya adalah Hifza Yelda. Nadia Imani yang faham dengan bahasa mata Sofia Amira, turut pura-pura terkejut dan cuba membantu kakak sepupunya.
Semua mata sudah menumpu sepenuh perhatian kepada tiga gadis itu.
"Apa ni kak Hifza? Kenapa kak Hifza tolak kak Sofia?" tuduh Nadia Imani, bulat mata Hifza Yelda ketika dia difitnah tanpa dia melalukan kesalahan tersebut.
"Aku tak buat apa-apa lah! Kau sendiri nampak." balas Hifza Yelda, dia melihat ke arah persekitarannya. Semua memandang dirinya seakan dialah yang buruk dan jahat di situ. Bahkan terpampang wajah bengis bapanya dan dia tahu nasibnya selepas ini apa yang akan terjadi.
Puan Zainab berlari anak ke arahnya, "apa kamu buat ni, Hifza?" Soal puan Zainab dingin memarahi Hifza Yelda.
"Hifza tak buat apa-apa, mak long."
"Tak buat apa-apa? Habis tu, macam mana Sofia boleh jatuh? Mestilah ada yang tolak dia."
"Ya Allah, mak long. Sumpah demi Allah, mak long. Hifza tak tolak. Nadia sendiri nampak yang Sofia tiba-tiba jatuh." Hifza Yelda bersumpah demi mempertahankan dirinya untuk mengatakan benar dia memang tidak bersalah.
"Tipu! Kak Hifza yang tolak kak Sofia." balas Nadia Imani menipu semua orang yang berada di situ.
"Kamu berani main nama Allah untuk menipu, Hifza?" marah puan Zainab.
"Hifza! Kan papa dah cakap jangan buat masalah. Kamu ni kenapa?" marah puan Yasmin yang baru sahaja mendekati anak perempuannya. Hifza Yelda memandang ibunya tidak percaya ketika ibunya tidak membela dirinya di hadapan keluarga bapanya.
"Mama, Hifza memang tak buat. Kenapa mama tak percaya Hifza?"
"Dah tolak tu, mengaku jelah. Cuba cakap, apa yang kamu tak puas hati dekat Sofia? Kamu dengki dengan dia ke?" sampuk puan Rozita seakan menambah minyak di dalam api. Sofia Amira menyembunyikan senyum sinis penuh kepuasan dapat melihat Hifza Yelda dimarahi.
"Astaghfirullah al-azim. Mak ngah, sikit pun Hifza tak dengki dekat Sofia. Padahal tadi, Sofia yang tumpahkan air dekat baju Hifza." ucap Hifza Yelda lalu menunjukkan bajunya yang basah atas perbuatan Sofia Amira.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...