Kenapa Dengan Hifza? 29

2.1K 198 6
                                    

Suasana petang redup, tidak terlalu terik membuatkan Hifza Yelda pergi ke taman. Gadis itu hanya termenung seperti sedang berada di dalam dunianya sendiri bersama air mata sebagai peneman. Dia sudah tidak peduli dengan pandangan budak-budak yang melihat ke arahnya kerana hanya air mata sahaja mampu memberitahu apa yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.

"Hifza." tegur seseorang tapi tiada balasan daripada gadis itu.

"Hifza! Hifza dengar tak ni? Hifza!" lengan berlapik baju disentuh singkat agar gadis itu sedar dari lamunannya.

"Abang Izz?" terkejut Hifza Yelda ketika melihat Izzar Naresh berada depan matanya. Pantas dia menghapuskan air matanya. Dia fikir dia tidak akan menemukan lelaki itu lagi tapi ternyata tidak. Izzar Naresh masih menjadi takdir yang tertulis untuknya.

"Hifza okay? Is everything alright?" soal Izzar Naresh selepas melabuh punggung di sebelah gadis itu.

"No. I'm not okay, abang Izz." balas Hifza Yelda sembari melepaskan pandangannya ke depan. Tiada pusat fokus, dia hanya memandang apa sahaja yang ada di depan matanya.

"I'm sorry about what happen-"

"Tu sebab kita tak boleh berkawan, abang Izz."

Kali ini Hifza Yelda memandang Izzar Naresh yang berada di sebelahnya. Dia tidak mahu mengambil risiko, jika terjadi terhadap dirinya sahaja tidak apa tapi dia risau jika suatu hari nanti Izzar Naresh pula yang terkena tempias amarah bapanya. Seperti mana pernah berlaku kepada Aiman Kamal sebelum ini. Dia tidak mahu lelaki itu pula terluka gara-gara dirinya.

"Kita tak salah untuk berkawan Hifza. Yang salah tu papa Hifza. Kenapa dia nak larang anak dia? Kenapa sampai pukul Hifza? Dia yang salah Hifza." dia masih tidak mahu putus asa. Hati sudah terpaut cinta, rugi rasanya jika tidak dijadikan miliknya.

"Jangan salahkan sesiapa, abang Izz. Kita memang tak boleh berkawan. Itu sahaja cara untuk Hifza selamat kalau betul abang Izz cintakan Hifza." bahkan Hifza Yelda juga tidak putus asa menolak.

"Abang beli Hifza."

Hifza Yelda bingkas berdiri;

Pang!

Tidak semena-mena Izzar Naresh ditampar;

"Abang Izz ingat Hifza apa? Perempuan murahan? Barang? Sesuka hati abang Izz nak buat jual beli? Hifza ada maruah, abang Izz." marah Hifza Yelda sehingga dadanya berombak.

Terkejut bukan kepalang ketika Izzar Naresh dengan berani mengeluarkan sebaris ayat yang membuatkan hati Hifza Yelda bagai digores, maruahnya bagai dicabik-cabik. Banyak benar duit lelaki itu sehingga sudah tidak fikir lagi tentang maruah dan perasaannya.

Bahkan Izzar Naresh juga terkejut ketika pertama kali dia ditampar oleh Hifza Yelda.

"Abang bukan nak rendahkan martabat Hifza tapi lebih baik Hifza berada dalam jagaan abang daripada lelaki macam papa Hifza."

"Lelaki macam papa Hifza? Kenapa dengan papa Hifza? Walaupun tangan dia adalah tangan yang menghancurkan anak dia. Tapi abang Izz takde hak hina papa Hifza!" bidas Hifza Yelda tidak terima ada orang menghina bapanya. Dia semakin benci terhadap Izzar Naresh.

"Abang minta maaf, Hifza. Abang-"

"Cukup! Hifza yang tak sudi kawan dengan abang Izz. Papa takde kena mengena dengan hubungan kita. Ini kali terakhir kita jumpa, Hifza tak nak jumpa lagi abang Izz lepas ni!" ujarnya kemudian berlalu pergi dengan suasana hati sedang marah.

"Hifza! Hifza!"

"Hifza! Abang minta maaf!"

Jeritan diabaikan, Hifza Yelda laju melangkah sehingga hilang dari pandangan Izzar Naresh.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now