Langit malam terlihat suram ketika tiada hiasan bintang-bintang kecil, bahkan dengan keadaan renyai membuatkan bulan turut bersembunyi. Tiba-tiba telefon berbunyi menandakan ada notifikasi masuk membuatkan Hifza Yelda berjalan ke arah meja belajar lalu membawa telefon ke arah katil. Dia berbaring di atas sana.
Abang Izz
Hifza okey ke?Izzar Naresh belum mendapat khabar daripada Hifza Yelda membuatkan lelaki itu menghubungi, bertanya khabar agar ruang dadanya lapang.
Hifza Yelda
Sure.Singkat sahaja balasan Hifza Yelda, ikut hatinya, dia tidak mahu langsung membalas pesan daripada lelaki itu tapi tidak mungkin dia membiarkan lelaki itu khuatir tentang dirinya. Pasti sekejap sahaja, lelaki itu akan muncul di hadapan rumahnya.
Lebih baik dia mengelak hal seperti itu terjadi. Cukuplah kepalanya sudah serabut dengan apa yang terjadi siang tadi.
Abang Izz
Hifza tengah buat apa?Hifza Yelda
Nak tidur dah. Baru nak pejam mata.Bohong Hifza Yelda, dia cuma mahu cepat-cepat menamatkan komunikasi antara Izzar Naresh. Saat ini dia tiada mood mahu berbual dengan lelaki itu membuatkan dia memberi alasan agar tidak dihubungi lagi.
Abang Izz
Maaf abang dah ganggu Hifza.
Tidurlah, esok sekolah kan?
Sweet dreams.Pesan yang masuk hanya melirik singkat kemudian menyelitkan telefon tersebut di bawah bantal. Nafas berat dilepaskan kemudian Hifza Yelda mengiring, mengalas kepala dengan lengannya sambil melihat ke arah tingkap melihat kembali canvas langit malam yang berembun.
Hifza Yelda bangun dan berjalan ke arah meja belajar, kerusi ditarik sebelum dia melabuhkan punggung. Buku diari yang ada di hujung meja, diambil begitu juga pen yang ada di atas meja. Dia membuka helaian kosong buku tersebut, tinggal sisa beberapa helai sahaja sebelum buku itu penuh dengan puisi karangannya.
Dad, who am i in your life?
Dad,
i'm always told i have your eyes,
your eyes are not only things you gave me.
I am my father's daughter after all,
but why do i often walk alone?Why does dad often scold me?
Why do dad often not trust me?
Why does dad often hit me?
I'm your daughter, right?Why dad? I miss you.
[Rumah Terakhir - Hifza Yelda]
Selesai menulis, Hifza Yelda menyimpan buku diarinya di dalam laci agar tiada yang menemukannya.
Rumah Terakhir
Hifza Yelda sedang membetulkan tudung sekolahnya, Hafiz Yaslam datang mengetuk pintu membuatkan dia menoleh.
"Aku hantar kau pergi sekolah hari ni." ucap Hafiz Yaslam.
"Hm." Hifza Yelda hanya bergumam, Hafiz Yaslam terus berlalu ke arah meja makan di mana ibunya sudah berada di sana bersama sarapan yang turut terhidang. Selesai membetulkan tudung, Hifza Yelda berjalan keluar dari biliknya menuju meja makan.
"Hifza, kamu okey ke?" soal puan Yasmin ingin tahu keadaan anak perempuannya. Hifza Yelda mengukir senyuman paling manis buat ibunya yang tercinta. Sejak kejadian Hifza Yelda keluar hospital, Hafiz Yaslam dan puan Yasmin cenderung mudah khuatir terhadap gadis itu. Takut dia hanya menyembunyikan rasa sakit, membuatkan puan Yasmin bertanya.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...