Sejadah yang dibentang di atas lantai dilipat oleh Izzar Naresh. Hifza Yelda mula mengganti telekung dengan tudung sarung sementara lelaki itu masih membelakangi dirinya kemudian Hifza Yelda melipat telekung dan meletakkan di hujung katil.
"Abang Izz." panggil Hifza Yelda membuatkan Izzar Naresh menoleh ke arah gadis itu.
"Kenapa? Hifza ada nak apa-apa ke?" soal Izzar Naresh.
"Tak. Hifza bosan sebenarnya. Boleh tak kita jalan-jalan?" pinta Hifza Yelda mahu jalan-jalan di dalam hospital kerana sudah bosan terperap di dalam wad. Dia mahu mengambil angin luar bagi menghilangkan rasa bosan.
"Jalan-jalan? Sekarang?" Hifza Yelda mengangguk teruja.
"Bolehlah abang Izz. Hifza bosan duduk dalam wad je." pujuk Hifza Yelda agar Izzar Naresh ikut kemahuannya.
Izzar Naresh diam sambil menatap wajah Hifza Yelda. Gadis itu menayangkan wajah sayu agar Izzar Naresh menuruti permintaannya. Dia hanya mahu keluar sekejap pun tidak apa asalkan dapat berjalan-jalan membuang rasa bosan. Izzar Naresh memejamkan matanya dan menarik nafas dalam.
"Okey boleh. Tapi!" Izzar Naresh tekan perkataan tapi ketika melihat Hifza Yelda mula teruja. "Tapi sekejap je sebab Hifza kena rehat."
"Boleh, tapi Hifza ada lagi satu permintaan."
"Permintaan apa pula kali ni?"
"Hifza nak naik kerusi roda. Abang Izz tolak. Please..." rayu Hifza Yelda sambil mengedip matanya beberapa kali.
"Banyak permintaan dia ya." Hifza Yelda hanya tersengih dengan ucapan Izzar Naresh.
"Tunggu sini. Abang pergi ambil kerusi roda." Izzar Naresh keluar dari wad Hifza Yelda untuk mengambil kerusi roda. Beberapa minit lelaki itu kembali bersama kerusi roda seperti permintaan Hifza Yelda tadi yang mahu menaiki kerusi roda.
"Jang! Macam mana? Jom ride." ajak Izzar Naresh sambil menjungkitkan satu kening. Hifza Yelda sudah senyum sumringah.
"Yeay! Abang Izz memang terbaik." puji Hifza Yelda, dia terus mendekati Izzar Naresh dan duduk di atas kerusi roda tersebut.
"Dah ready? Kita gerak sekarang."
"Ready! Let's go, abang Izz." ucap Hifza Yelda riang.
Izzar Naresh mula menolak Hifza Yelda keluar dari wad. Dia membawa gadis itu berjalan di koridor hospital dari tingkat wad yang menempatkan Hifza Yelda ke tingkat yang lain. Tiba-tiba Izzar Naresh mendapat satu idea, dia melihat persekitaran memastikan tiada orang lalu di situ.
"Argh, abang Izz!" jerit Hifza Yelda ketika Izzar Naresh tidak memberi amaran terus menjongket kerusi roda tersebut sehingga terangkat roda hadapan.
"Shttt. Jangan bisinglah. Nanti ganggu pesakit lain." tutur Izzar Naresh seperti tidak bersalah.
"Abang Izz yang main-main, salahkan Hifza pula." gerutu Hifza Yelda membuatkan Izzar Naresh ketawa, dia merasa senang hati dapat mengusik gadis itu.
"Pegang kuat-kuat. Abang nak tolak laju-laju ni." ucap Izzar Naresh menyuruh Hifza Yelda memegang dengan kuat. Hifza Yelda akur dan memegang kerusi roda dengan kuat. Izzar Naresh menolak laju-laju kemudian dia menaikkan kedua kakinya.
Pasangan itu menikmati malam mereka dengan jeritan dan ketawa puas.
"Encik! Encik! Maaf tapi boleh perlahankan suara. Mengganggu pesakit yang lain." tegur seorang jururawat ketika suara Izzar Naresh dan Hifza Yelda mengganggu.
"Maaf, nurse." ucap Izzar Naresh, dia tersengih malu.
"Lagi satu, tolak kerusi roda itu elok-elok ya. Takut jatuh nanti." pesan jururawat itu sebelum dia berlalu pergi. Izzar Naresh dan Hifza Yelda hanya tersengih malu kemudian mereka saling ketawa selepas jururawat itu hilang dari pandangan mereka.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Roman pour Adolescents"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...