Suasana di dalam kereta sepi tiada yang mahu berbicara, Izzar Naresh hanya membiarkan Hifza Yelda berehat memandangkan gadis itu terlihat kepenatan. Sesekali Izzar Naresh menoleh melihat Hifza Yelda menahan kantuk yang berat tapi gadis itu tidak mahu tertidur di dalam keretanya.
"Sabar sikit je lagi ya. Kita dah nak sampai sekolah dah." tutur Izzar Naresh memecah kesunyian. Hifza Yelda menoleh sekilas dengan senyum tipis tanpa sepatah kata.
Gadis itu kembali bersandar pada kerusi, melayani rasa kantuk berat sambil menikmati lagu yang dimainkan di radio. Dia seakan dibuai sehingga matanya terpejam singkat kemudian kembali melebar. Izzar Naresh ketawa kecil melihat telatah Hifza Yelda membuatkan gadis itu menoleh.
"Kenapa abang Izz gelak?" tanya Hifza Yelda.
"Takde. Kalau Hifza nak tidur, tidur jelah. Nanti abang kejut." balas Izzar Naresh, Hifza Yelda kali ini tidak menoleh ke arah lain. Dia hanya menatap Izzar Naresh dengan wajah kantuknya.
"Takpe, Hifza boleh tahan. Lagi pun, dah nak sampai kan?"
"Hm, yalah." Izzar Naresh pasrah.
Tiba-tiba kereta yang dipandu berhenti secara mengejut sehingga Hifza Yelda ke depan. Nasib sahaja tidak berlaga dengan dashbox kerana dia memakai tali pinggang keledar. "kenapa abang Izz break mengejut?" Soal Hifza Yelda, terkejut dibuatnya kerana tidak bersedia menerima kejutan begitu.
"Hifza, tu kereta mama Hifza kan?" soal Izzar Naresh, Hifza Yelda terus menoleh ke arah kereta yang parkir betul-betul di hadapan pagar sekolah. Bulat mata Hifza Yelda melihat kereta milik ibunya sudah berada di sana.
"Macam mana ni, abang Izz? Apa kita nak buat ni?" soal Hifza Yelda, jantungnya sudah berdebar takut.
"Takpe, nanti abang cakap dengan mama." ucap Izzar Naresh akan berhadapan terus dengan keluarga Hifza Yelda. Lagi pula, memang salah dirinya kerana membawa anak dara orang tanpa meminta izin terlebih dahulu.
"Tapi Hifza takut, abang Izz."
Izzar Naresh tidak tahu bagaimana mahu membalas ucapan gadis itu. Dia sendiri tiada cara lain selain berhadapan sahaja.
"Papa?" terkejut Hifza Yelda ketika melihat yang keluar dari kereta ibunya ternyata bapanya.
"Abang Izz, macam mana ni? Papa, abang Izz." Hifza Yelda semakin takut. Dia tahu nasibnya selepas ini apa yang akan terjadi. Entah kali ini akan berakhir bagaimana, dia tidak tahu. Bahkan entah bagaimana pula dengan nasib Izzar Naresh. Apakah dia juga terpalit sama?
"Takpe, Hifza balik dengan papa. Abang ikut dari belakang. Apa pun terjadi nanti, abang tanggungjawab." balas Izzar Naresh ketika keretanya sudah berhenti di hadapan kereta yang dipandu encik Hafizzudin.
Belum sempat Hifza Yelda keluar dari kereta, encik Hafizzudin sudah melulu membuka pintu. "Oh, jadi ini kerja kau rupanya. Kau keluar sekarang!" Tempik encik Hafizzudin lalu menarik tangan anaknya kasar keluar dari kereta Izzar Naresh menuju kereta isterinya. Izzar Naresh turut keluar dari kereta mendekati dua beranak itu.
"Pakcik, jangan marah Hifza. Semua salah saya. Saya minta maaf sebab tak minta izin pakcik untuk bawa Hifza keluar." ucap Izzar Naresh.
Encik Hafizzudin membuka pintu kereta lalu menolak kasar anaknya masuk kemudian menutup pintu dengan kasar. Risau Izzar Naresh melihat tindakan encik Hafizzudin terhadap Hifza Yelda. Encik Hafizzudin menatap dingin ke arah Izzar Naresh.
"Jadi, kaulah yang menghasut anak aku?"
"Saya minta maaf pakcik. Saya-"
Pang!
Tak semena, Izzar Naresh menerima tamparan daripada encik Hafizzudin.
"Abang Izz!"
"Kau masuk!" bentak encik Hafizzudin ketika Hifza Yelda baru sahaja ingin keluar tapi selepas di bentak, dia kembali masuk ke dalam kereta.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...