Selamatkan Hifza .73

1.3K 85 1
                                    

Hafiz Yaslam sudah berada di balai menunggu bapanya di situ. Izzar Naresh pula masih di hospital kerana Hafiz Yaslam meminta untuk menjaga adiknya sementara dia mengurus bapanya di balai. Tak tenang Hafiz Yaslam menunggu bapanya sehingga tiba-tiba pintu balai dikuak.

"Hafiz! Lepaskan aku! Eh, anak tak guna! Lepaskan aku lah!" encik Hafizzudin meronta-ronta agar pegawai polis melepaskan dirinya.

"Sorry, papa. Hafiz tak boleh diam diri tengok papa terus menerus seksa Hifza." balas Hafiz Yaslam, sebagai anak ada timbul kasihan tapi dia tidak mahu adik perempuannya terus menderita.

"Lepaskan aku lah, bodoh!" tempik encik Hafizzudin, pegawai tersebut terus membawa encik Hafizzudin pergi dari situ, menahannya di ruang ikat jamin sementara kes dibuka.

"Encik ada bukti ke, sebagai tertuduh mendera adik encik?" soal pegawai yang bertugas.

"Ada tuan, tapi saya tak bawa bersama saya." balas Hafiz Yaslam.

"Takpe, untuk sekarang saya hanya keluarkan surat report sahaja. Setelah itu, baru encik akan berurusan dengan pihak peguam dan mahkamah untuk kes ni. Bapa encik pun boleh hire lawyer untuk kes ni." terang pegawai tersebut sebelum menulis surat report.

"Baik, tuan. Kalau saya minta untuk bapa saya takde ikat jamin boleh? Saya tak nak, ibu saya ikat jamin bapa saya sehingga kes ini dibuka. Boleh ke?" minta Hafiz Yaslam agar bapanya tiada ikat jamin sehingga kes di mahkamah di buka.

"Baik, yang tu nanti kami akan uruskan." balas pegawai tersebut.

Rumah Terakhir

Surat report telah dibuat, Hafiz Yaslam terus ke hospital untuk bertemu dengan adik perempuannya. Buka saja pintu wad, dia melihat Izzar Naresh sedang merenung wajah redup milik adiknya yang tertidur pulas dengan oksigen masih belum dilepaskan.

"Izz." tegur Hafiz Yaslam membuatkan Izzar Naresh menoleh, Hafiz Yaslam menapak masuk ke dalam wad.

"Dah lama ke Hifza tidur?" soal Hafiz Yaslam, dia berdiri di sebelah adiknya. Kepala Hifza Yelda diusap sayang.

"Takde lama sangat. Kau macam mana? Dah buat report?" soal Izzar Naresh pula keadaan di balai.

"Dah settle buat report, ni suratnya." selembar kertas putih dihulurkan kepada Izzar Naresh. "cuma sekarang ni, aku kena hire lawyer, kumpul bukti. Lepas tu, tunggu tarikh dari mahkamah jelah." Sambung Hafiz Yaslam, wajah pucat adiknya tak lepas dipandang, Izzar Naresh kembali menghulurkan surat tersebut.

"Kalau fasal bukti, nanti aku cuba bantu. Lepas tu, nanti kau minta izin dekat Hifza untuk ambil gambar beberapa kesan lebam dan parut yang ada sebagai bukti." ujar Izzar Naresh memberi pendapat dan mahu turut membantu.

"Abang..." lirih Hifza yelda memanggil, dia sedar kerana terganggu dengan suara dua jejaka itu.

"Hifza, aku minta maaf ganggu kau tidur." ucap Hafiz Yaslam. Lihat sahaja abangnya, air mata Hifza Yelda laju mengalir keluar. Dia bangun lantas memeluk tubuh abangnya.

"Abang... Hifza takut..." adunya dengan rasa takut yang masih tersisa.

"Shhh... Kau tak boleh menangis, nanti kau semput lagi." pujuk Hafiz Yaslam sambil menggosok belakang badan Hifza Yelda agar adiknya kembali tenang dan berhenti menangis. Izzar Naresh hanya diam memerhati meskipun dirinya sangat ingin memujuk gadis itu juga.

"Aku ada. Kau jangan takut. Lepas ni, takkan ada orang yang berani pukul kau lagi." sambung Hafiz Yaslam meyakinkan adiknya.

"Hifza takut... Hifza takut papa datang pukul Hifza lagi." kini seorang anak semakin trauma dengan bapanya sendiri. Cinta pertama yang membuat dia menjadi takut. Sangat takut untuk mendekati bapanya sendiri yang tidak sepatutnya hal begini terjadi dalam sebuah keluarga.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now