Bertemu Kerana Allah .49

1.9K 179 7
                                    

Pagi menjelma, suasana wad sepi tak bersuara daripada pasangan tersebut. Hifza Yelda diam membatu sambil baring mengiring membelakangi Izzar Nares. Urat malu timbul ketika dia teringat kejadian Izzar Naresh melihat sisi yang disembunyikan selama ini, bahkan siap dengan pakej menangis. Rasanya ingin menyorok mukanya kerana terlalu malu.

"Hifza tak nak makan ke?" soal Izzar Naresh ketika sarapan yang sampai lima minit tadi, tidak diusik.

Hifza Yelda menggeleng kepala sebagai jawapan.

"Kenapa tak nak makan? Makanlah sikit." sambung Izzar Naresh, dia hanya tak mahu perut gadis itu kosong tak berisi.

"Hifza malu." balas Hifza Yelda tapi dalam keadaan masih membelakangi Izzar Naresh.

"Kenapa malu pula?" Izzar Naresh tidak mengerti kenapa Hifza Yelda malu. Dia tidak dapat tangkap alasan apa yang membuatkan gadis itu malu dengan dirinya.

"Ish, abang Izz ni. Takkan itu pun abang Izz tak tahu." Hifza Yelda geram dengan sikap Izzar Naresh seperti tiada deria rasa terhadap perasaannya. Ucapan Hifza Yelda membuatkan dahi Izzar Naresh berkerut, bersama kening yang bertaut. Izzar Naresh berjalan ke hadapan Hifza Yelda.

"Cuba bagi tahu. Abang tak faham."

"Ish, pergi sanalah." tubuh Izzar Naresh ditolak menjauhi dari hadapannya.

"Ya Allah, Hifza. Abang betul-betul tak faham ni. Cuba terangkan bagi abang faham." balas Izzar Naresh, dia tetap mengeraskan tubuhnya meskipun Hifza Yelda menolak beberapa kali.

Akhirnya Hifza Yelda mengalah, "malu fasal malam tadi." Suaranya perlahan.

"Apa dia? Abang tak dengar." tutur Izzar Naresh kerana suara Hifza Yelda terlalu perlahan. Hifza Yelda menikam Izzar Naresh dengan mata helang miliknya. Sakit hati pula rasanya.

"Hifza malu sebab malam tadi!" tempik gadis itu sambil memandang Izzar Naresh.

"Ya Allah, kenapa nak malu pula?" soal Izzar Naresh tak menemukan perkara yang memalukan dari apa yang terjadi malam tadi. Hifza Yelda mengubah posisinya menjadi duduk bersila di atas katil sambil memandang ke arah Izzar Naresh.

"Malulah. Abang Izz tahu sisi lemah Hifza dan ini terakhir Hifza menangis depan abang Izz. Hifza malu gila tahu tak!" jawapan Hifza Yelda membuatkan Izzar Naresh tertawa kecil.

"Abang ingatkan malu kenapa tadi. Tak payah malulah. Lepas ni nak menangis, menangis depan abang."

"Tak naklah! Hifza tak suka tunjuk lemah Hifza depan orang." tolak Hifza Yelda untuk menangis lagi di hadapan Izzar Naresh. Kulit wajahnya tidak cukup tebal menahan malu akibat malam tadi, sudah diminta menangis lagi di hadapannya selepas ini. Memang tidaklah!

"Dah, tak payah nak malu. Sekarang makan dulu. Ingat doktor pesan, jangan biar perut kosong. Faham?" ucap Izzar Naresh sambil mendekatkan meja hospital kepada Hifza Yelda.

"Ni nak abang suap ke, makan sendiri?" soal Izzar Naresh.

"Hifza boleh makan sendirilah. Bukannya tak boleh angkat tangan." balas Hifza Yelda terus mengambil sudu yang ada di atas dulang makanan.

"Tapi abang nak suap. Please..." rayu Izzar Naresh.

"Abang Izz ni mengadalah." rungut Hifza Yelda lalu menghulurkan sudu kepada Izzar Naresh. Lelaki itu terkejut dan memandang Hifza Yelda tidak percaya.

"Kata tadi nak suap. Ni sudu." tutur Hifza Yelda sambil menggerakkan sudu yang dipegang agar Izzar Naresh mengambilnya.

"Betul ke? Abang boleh suap Hifza?"

"Tak nak sudah. Hifza makan sendiri."

"Okey! Okey. Abang suap." Izzar Naresh terus mengambil sudu yang dihulurkan lalu dia duduk pada birai katil di hadapan Hifza Yelda sebelum menyuapkan makanan ke mulut gadis itu. Senyumnya sampai ke telinga ketika dapat menyuap Hifza Yelda.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now