Pagi-pagi lagi Hifza Yelda sudah menghubungi Izzar Naresh ketika pihak hospital ingin bertemu dengan ahli waris. Hifza Yelda terpaksa menggunakan Izzar Naresh agar keluarganya tidak mengetahui tentang keadaan dirinya. Hifza Yelda berdiri di tepi tingkap menanti penuh debaran ketika doktor hanya mahu bertemu Izzar Naresh sahaja.
"Hifza!" suara lantang itu membuatkan Hifza Yelda menoleh kemudian kembali melihat ke arah luar ketika menyedari siapa yang datang.
"Papa nak apa pagi-pagi dah ada dekat sini? Biasanya papa datang pun tak sudi." ucap Hifza Yelda tanpa memandang ke arah bapanya yang kini sudah berada di belakangnya.
"Aku tak nak berdalih banyak, aku nak kau pujuk si budak tak guna tu dengan Ismail untuk terima kerjasama dengan syarikat aku." ujar encik Hafizzudin tak mahu membuat drama, dia terus terang sahaja niat kedatangannya ke hospital bertemu anaknya.
"Papa punya syarikat, papa sendirilah cakap dekat uncle. Hifza takde kaitan."
"Woi! Kau memang sengaja kan?" marah encik Hafizzudin sembari mencengkam rahang anaknya kuat. Hifza Yelda masih tenang berhadapan dengan bapanya tanpa mengaduh sedikit pun. Dia menatap bapanya berani dengan wajah datar ditayangkan.
"Kau tahu tak? Sebab kau, aku hilang sumber untuk bergantung! Kau tahu tak?!" bentak encik Hafizzudin lantaran menolak anaknya.
Hifza Yelda menapak ke belakang menjaga keseimbangan tubuhnya terkawal agar tak jatuh.
Senyum sinis diukir, "padanlah dengan muka papa. Hifza dah cakap, papa akan menyesal. Jadi, papa terima jelah hari penyesalan ni." Dia masih beriak datar di hadapan bapanya.
"Kau!" suara lantang bersama tangan naik lalu mendarat pada wajah Hifza Yelda.
Sepantas kilat, rasa sakit terus hinggap pada pipinya. Tangan ditekup pada pipi yang terasa membahang dan berdenyut pelan. Perlahan dia angkat kepala menatap bapanya dengan pandangan sinis.
"Tak pernah sekalipun papa cuba untuk faham Hifza, kan? Hifza ni dah terlalu penat papa. Sampai bila papa-"
"Eh, aku datang sini bukan nak dengar luahan kau tulah! Aku datang sini nak kau pujuk Ismail dengan budak tak guna tu!" bicara Hifza Yelda dipotong.
"Papa nak Hifza pujuk? Tapi papa sendiri panggil abang Izz dengan panggilan tak guna. Papa rasa papa patut ditolong ke? Kalau Hifza, memang taklah nak tolong orang macam papa-"
Pang!
Ayat tidak habis diucap, dipotong dengan tamparan sekali lagi pada tempat yang sama. Kali ini separuh wajah terasa kebas.
Rumah Terakhir
"Izz?" duga Hafiz Yaslam sembari menepuk bahu seorang lelaki sehingga membuatkan lelaki tersebut menoleh.
"Eh, Hafiz. Kau baru sampai?" soal Izzar Naresh, dugaan Hafiz Yaslam ternyata betul. Dia baru sahaja tiba di lobi hospital, dia melihat Izzar Naresh baru sahaja mendekati lift untuk naik ke tingkat atas di mana wad adiknya berada.
"Hm, aku baru sampai. Kau pun baru sampai juga ke?" soal Hafiz Yaslam, mereka sama-sama masuk ke dalam lift ketika pintu lift terbuka. Izzar Naresh menekan butang nombor tiga di mana wad Hifza Yelda berada.
"Eh, tak. Aku lama dah sampai. Aku jumpa do-" Izzar Naresh mengetap bibir, hampir sahaja dia terlepas kata.
"Maksud aku, aku baru lepas jumpa kawan lama. Hm, mak dia. Mak dia sakit." sambung Izzar Naresh dengan ucapan terbata. Dia terpaksa berbohong kerana Hifza Yelda tidak mahu ahli keluarganya tahu.
"Oh, awal juga kau datang. Kau cuti ke hari ni?" soal Hafiz Yaslam tanpa rasa curiga sedikit pun.
"Aku dah janji nak tengok Hifza. Jadi, aku ambil cuti hari ni. Kau datang sorang je?" kini Izzar Naresh pula menyoal ketika melihat lelaki itu hanya sendiri.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...