Lauk makan malam bukannya dimasukkan ke dalam pinggan, malah dibuat main kuahnya. Ahli keluarga sudah memandangnya pelik kerana pertama kali melihat dirinya begitu. Hanya termenung menatap lauk tidak lepas padahal orang lain sudah mula menjamah makanan masing-masing.
"Izz!"
"Izzar!"
"Izzar Naresh!" panggil Puan Nafisah ketika anaknya tidak mendengarkan panggilannya.
"Ha? Ya, umma? Kenapa?" soal Izzar Naresh yang baru sedar dari lamunannya.
"Izz tu yang kenapa? Apa yang Izz fikir sampai termenung macam tu?" soal Puan Nafisah tentang apa yang bermain dalam fikiran anaknya.
"Eh, takde apa lah." balas Izzar Naresh menyembunyikan apa yang sedang berada dalam fikirannya. Dia meletakkan lauk ke dalam pinggan dan makan seakan tidak ada apa-apa yang terjadi kepada dirinya.
"Betul ni? Umma kenal anak umma lah." ucap Puan Nafisah kenal benar dengan anaknya. Tidak mungkin tiada apa-apa kalau termenung sejak tadi. Jarang sekali anaknya bertingkah begitu kecuali pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya itu. Seorang ibu sudah pasti mengenali anaknya.
Ismail Adnan pula hanya memerhati isteri dan anaknya berbual tanpa mahu masuk campur. Sudah kebiasaan, jika ada urusan berkaitan anak-anak pasti yang dicari anak-anaknya adalah ibu. Dia hanya tunggu sahaja sehingga isterinya bercerita nanti. Jika perlu masuk campur barulah dia akan bertemu dengan anaknya memberi nasihat atau membantu jika perlu.
"Betul. Izz okey je." balas Izzar Naresh tidak mahu mengganggu suasana waktu makan bersama keluarga.
Beberapa minit selepas makan, Izzar Naresh terus naik ke biliknya tanpa mahu duduk di ruang tamu seperti yang lain. Fikirannya tak lagi memikirkan dirinya atau bahkan tentang pekerjaannya. Tapi malah dia memikirkan gadis yang dia temui di dalam bas petang tadi. Ucapan gadis yang berjaya membuat dirinya tidak dapat melupakan gadis itu.
"Kenyataan memendam akan menyebabkan berpenyakit, betul ke? Ada fakta ke tentang tu?" soal Izzar Naresh.
Sebenarnya, dia berbicara asal lepas sahaja tapi selepas mendengarkan ucapan gadis itu membuatkan dia terkejut sendiri. Ingin tahu juga dirinya, penyakit apa yang dihidapi gadis itu? Dia tidak pernah dengar tentang fakta bahawa memendam boleh menyebabkan penyakit.
Dia benar-benar merasa, dia salah cakap tadi. Risau juga jika gadis itu terasa hati dengannya.
"Dia betul sakit ke? Ke dia tipu aku je." gumam Izzar Naresh seorang diri. Dia keliru, adakah ucapan gadis itu benar atau hanya tipu sahaja.
"Aish, tak payah fikir lah. Dia tipu je tu." ucap Izzar Naresh mahu menyedapkan hatinya agar tak memikirkan gadis itu lagi.
Rumah Terakhir
"Hifza! Apa yang kamu buat dekat rumah sampai bersepah macam ni?" jerit Puan Yasmin yang baru sahaja pulang dari kerja.
Tiada sahutan dari sang anak membuatkan Puan Yasmin bergegas ke bilik anak perempuannya. Begitu terkejut Puan Yasmin ketika pulang dia disambut dengan pemandangan yang tidak senang ketika berada di dapur. Pinggan dan makanan olah Encik Hafizzudin masih berada di atas lantai.
"Hifza, buka pintu ni!" pinta Puan Yasmin sambil mengetuk pintu bilik anak perempuannya.
"Hifza, mama panggil ni! Kenapa rumah bersepah macam ni?" ucap Puan Yasmin masih mengetuk pintu bilik anak perempuannya.
Suara dan ketukan pintu membuatkan Hifza Yelda terjaga, gadis itu bingkas bangun dan segera membuka pintu biliknya kerana tidak mahu ibunya terus menerus membuat bising. Hifza Yelda menayangkan wajahnya bahkan dia terlupa seketika kalau wajahnya memiliki darah yang sudah kering.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...