Rindu .33

2K 205 6
                                    

Sudah seminggu berlalu, sejak keluar dari hospital dia jarang melihat bapanya melekat di rumah. Entah ke mana perginya orang tua itu, Hifza Yelda tidak tahu tapi bapanya sering kali cuba melarikan diri setiap kali mereka bertemu secara tidak sengaja. Sudah seperti orang asing yang bertemu tanpa beramah mesra.

"Mama, papa mana?" soal Hifza Yelda menegur ibunya yang berada di dapur,

"Kenapa pula kamu cari papa?" soal puan Yasmin dingin, dia sedang sibuk membersihkan dapur selepas selesai memasak makanan tengah hari tiba-tiba sahaja diganggu oleh anak perempuannya.

"Takdelah. Lepas Hifza keluar hospital, susah nak nampak papa dekat rumah ni." walau macam mana kasar sekalipun layanan encik Hafizzudin, Hifza Yelda tetap merindui bapanya. Jika tidak kerana benih bapanya, dia tidak wujud sebagai Hifza Yelda di dunia ini. Encik Hafizzudin tetap bapanya.

"Apahal kau cari aku?" suara garau yang menyapa membuatkan Hifza Yelda menoleh.

"Papa baru balik ke? Hifza saja cari papa sebab dah lama tak nampak papa."

"Apa kejadahnya kau ni? Kau rindu aku pula ke? Kau jangan buang tabiat, pergi belajar!" bidas encik Hafizzudin merasa pelik dengan kelakuan anak perempuannya yang terlihat berbeza, tidak seperti biasanya ketika mereka bertemu empat mata.

"Hari ni kan Hifza cuti. Bagilah Hifza rehat." balas Hifza Yelda sudah penat menghabiskan waktu untuk belajar.

"Rehat! Rehat! Cuti nilah kau kena belajar! Kalau kau tak belajar, otak kau jadi bebal. Kau faham!" tempik encik Hafizzudin sembari menunjal kepala anaknya dengan jari telunjuk. Puan Yasmin mengendahkan wujud suami dan anaknya, dia tetap melanjutkan tugasnya sebagai suri rumah seakan tiada perang mulut terjadi di situ.

"Sehari tak belajar tak buat Hifza bebal pun. Lagi pun, bukan sepanjang hari Hifza tak belajar. Petang sikit, Hifza belajar lah."

"Menjawab! Aku cakap ada je ayat kau nak balas."

"Sebab papa yang ajar. Hifza-"

Pang!

Tangan besar encik Hafizzudin laju sahaja naik singgah ke wajah Hifza Yelda. Puan Yasmin yang tadi hanya buat tidak tahu, turut terkejut sehingga tindakannya terhenti. Perlahan Hifza Yelda angkat kepala menatap bapanya.

"Kenapa setiap kali papa jumpa Hifza, muka ni papa tampar? Lama-lama Hifza boleh cacat sebab papa tau." ucap Hifza Yelda, pipi kanannya terasa kebas.

"Kalau kau tak kurang ajar, aku takkan sentuh kau lah!" bidas encik Hafizzudin.

"Hifza ni bukan anak papa ke? Sebab papa layan Hifza macam takde perasaan. Binatang pun tahu sayang anak lah, papa!"

Pang!

"Abang! Sudahlah tu!" baru kali ini puan Yasmin bersuara selepas melihat anaknya untuk kedua kalinya ditampar.

"Puas hati papa tampar Hifza? Puas ke?" soal Hifza Yelda, ucapannya hanya mengundang api yang membara dalam jiwa bapanya.

"Hifza! Cukuplah tu!" tegur puan Yasmin agar anaknya tidak bermain dengan api.

"Kau jangan kurang ajar. Kau pergi masuk bilik. Pergi belajar!" arah encik Hafizzudin menyuruh anaknya segera masuk bilik dan belajar.

"Tak boleh ke papa cakap fasal benda lain? Hifza ni anak papa. Teringin juga nak kasih sayang papa. Bukannya papa arah macam Hifza ni robot." balas Hifza Yelda masih keras kepala mahu melawan mulut dengan bapanya

"Kasih sayang? Apa selama ni tak cukup ke kasih sayang yang aku bagi? Kau nak apa lagi? Makan, minum, pakai, tempat tinggal. Semua kau dapat lah! Dari aku kaya sampai aku bankrup, kau masih makan! Apa yang tak cukup lagi?" dada encik Hafizzudin berombak ganas, fasa ini Hifza Yelda perlu berhat-hati. Sikap baran bapanya membuatkan bila-bila masa sahaja lelaki itu akan naik tangan.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now