Perlu Pura-pura Baik .36

2K 205 8
                                    

Kaki melangkah keluar dari masjid, Hifza Yelda melihat persekitaran menikmati suasana tenang yang ada di tempat itu. Masjid dengan tema warna putih membuatkan jiwanya terasa tenang. Pemandangan menjadi lebih indah dan cantik ketika dia melihat bulan sayup-sayup mengintai dibalik awan. Bulan sedang malu ditatap membuatkan Hifza Yelda senyum tipis.

"Ke mana Hifza nak pergi sebenarnya?"

"Allahu akhbar! Abang Izz! Ya Allah, abang Izz buat Hifza terkejut je." dada diurut ketika jantungnya terasa mahu luruh.

Tiba-tiba sahaja Izzar Naresh muncul di saat Hifza Yelda leka menikmati suasana malam di tempat asing. Izzar Naresh memberi tatapan datar tanpa senyuman dan keramahannya yang selalu diberikan ketika bertemu dengan Hifza Yelda. Aura dingin terasa saat tatapan Izzar Naresh begitu datar.

"Ab-abang Izz buat apa dekat sini?" soal Hifza Yelda, dia melihat persekitaran mencari sesiapa sahaja yang mungkin datang bersama lelaki itu.

"Abang yang sepatutnya tanya Hifza. Hifza buat apa dekat sini?"

"Hifza solat maghrib lah. Takkan tengah masak, apalah abang Izz ni." dia tertawa menutupi rasa gelisah yang terbit. Wajah datar yang ditayangkan membuatkan tawa Hifza Yelda serta merta mati.

"Itu yang membuatkan abang tertanya-tanya. Masjid ni jauh dari rumah Hifza. Kenapa datang jauh-jauh untuk solat dekat sini? Keluarga Hifza mana? Tak mungkin datang sendiri kan?" itu hanya soalan jebakan sahaja. Izzar Naresh tahu gadis itu datang sendiri bukan dengan keluarga.

"Ha? Hm... ada. Keluarga Hifza ada dekat hm..." dia terbata sambil melilau, tidak tahu mahu memberi alasan yang munasabah kepada Izzar Naresh. Dia tak lagi bertentang mata.

"Dah, jangan tipu abang. Abang tahu Hifza datang sorang. Belum makan, kan? Jom, abang belanja makan."

Kepala kembali menoleh, "takpe, Hifza kenyang lagi."

Kruikkk

Mata dipejamkan rapat sambil memegang perutnya ketika berbunyi pada waktu yang tidak tepat.

"Tak payah nak tolak. Jom ikut abang pergi makan." ucap Izzar Naresh kemudian melangkah pergi ke arah keretanya. Hifza Yelda hanya akur kerana sudah terlanjur menipu kalau dia sudah kenyang padahal kali terakhir dia makan dekat sekolah.

"Kau memang tak boleh bagi kerjasama kan?" marah Hifza Yelda pada perutnya.

"Tunggu apa lagi tu? Cepatlah!" panggil Izzar Naresh ketika Hifza Yelda masih berlengah.

"Ya! Sabarlah!" gadis itu berlari anak ke arah kereta milik Izzar Naresh.

Rumah Terakhir

Izzar Naresh memerhati Hifza Yelda makan, terlihat jelas kalau gadis itu sedang lapar. Hifza Yelda angkat kepala ketika merasakan dirinya diperhatikan.

"Kenapa abang Izz pandang Hifza?"

"Lepas makan abang hantar Hifza balik ya." laju Hifza Yelda menggeleng kepala.

"Hifza belum nak balik lagi." balas Hifza Yelda kemudian kembali menyuap keuy teow goreng basah ke dalam mulutnya. Sedap pula. Rasa ingin tambah satu lagi tapi dia masih punya malu membuatkan dia hanya menikmati apa yang ada depan mata sahaja.

"Hifza nak pergi mana lagi? Abang tengok Hifza takde hala tuju pun. Hifza duduk je dalam bas." Hifza Yelda kembali angkat kepala.

"Jadi, abang Izz ikut Hifza? Tu sebab abang Izz ada dekat sini? Abang Izz stalker Hifza?" nadanya sedikit marah selepas mengetahui lelaki itu ternyata mengikuti dirinya sejak dari sekolah lagi.

"Abang ni risaukan Hifza. Tu sebab abang ikut. Anak dara tak elok lah keluar merayap tak tentu hala. Hifza sebenarnya kenapa? Ke mana Hifza nak pergi sebenarnya? Bagi tahu abang." bebel Izzar Naresh hanya merisaukan Hifza Yelda yang keluar seorang diri tanpa hala tuju bahkan tanpa peneman.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now