Kekura tangan ditatap lama di mana jarum masih tertusuk ke dalam salur darah. Pertama kali Hifza Yelda merasai hal begini bahkan masuk ke hospital juga merupakan pengalaman pertama bagi dirinya. Jari telunjuknya mengusap pelan persekitaran jarum tersebut sehingga tidak sedar pintu wad dibuka seseorang.
"Assalamualaikum, Hifza."
"Allahu akhbar. Waalaikumsalam." terkejut Hifza Yelda lalu mengusap dadanya.
"Maaf. Maaf. Hifza terkejut ke? Saya takde niat nak buat Hifza terkejut." ucap Izzar Naresh khuatir ketika dia merasa bersalah kerana membuat gadis itu terkejut. Dia mendekati Hifza Yelda sembari meletak beg plastik di atas meja makan hospital yang berada di hujung katil.
"Takpe, saya yang leka sampai tak sedar awak masuk." balas Hifza Yelda tidak mahu membuat lelaki itu merasa bersalah.
"Awak betul okey ke?" soal Izzar Naresh ingin kepastian, dia masih merisaukan gadis itu.
Hifza Yelda senyum tipis, "saya okey." Balas gadis itu tentang keadaannya yang benar baik-baik sahaja.
"Alhamdulillah kalau awak okey. Tapi kalau rasa tak okey bagi tahu." ujarnya sembari mendekati meja makan lalu membuka beg plastik tersebut dan mengeluarkan makanan yang baru dibeli tadi sebelum dia tiba di hospital.
"Banyaknya awak beli makanan. Siapa yang nak habiskan semua ni?" tegur Hifza Yelda ketika melihat makanan yang dikeluarkan dan diletakkan di atas meja di hadapannya.
"Saya lah yang habiskan. Saya lapar, belum sarapan lagi. Hifza dah makan? Kita sarapan sama-sama."
"Awak makanlah. Saya takde selera. Makanan hospital tadi pun saya tak habis." balas Hifza Yelda, melihat makanan yang dibeli oleh Izzar Naresh sedikit pun tak membuat seleranya bertambah. Malah, lelaki itu pula yang terlihat tidak sabar mahu menjamah.
"Ala, makan sikit pun jadi lah. Makan kuih ni." ucap Izzar Naresh lantas menghulurkan kuih ketayap kepada Hifza Yelda.
"Ambil lah. Jaga hati saya ni." sambung Izzar Naresh ketika gadis itu hanya memandang sahaja kuih yang dihulurkan kepadanya. Perlahan tangan Hifza Yelda mengambil kuih tersebut demi menjaga hati Izzar Naresh. Hujung bibir lelaki itu terus merekah bahagia.
"Aip! Baca doa dulu." tegur Izzar Naresh ketika Hifza Yelda mahu menyuap kuih tersebut ke dalam mulutnya.
Pantas gadis itu menadah tangan lalu Izzar Naresh mengetuai bacaan doa makan. Dengar sahaja doa makan selesai dibaca, Hifza Yelda terus mengaminkan doa tersebut dan kembali menyuakan kuih yang masih di tangannya ke mulut.
"Doa saya belum habis." tegur Izzar Naresh lagi. Hifza Yelda memandang pelik tapi tetap menadah tangan kembali.
"Ya Allah, kami makan sumber rezeki dari-Mu. Maka berkati rezeki kami, jadikan ia sumber tenaga kami untuk beribadah kepada-Mu. Dan semoga makanan ni memberi tenaga untuk Hifza agar segera sembuh. Amin." barulah Izzar Naresh mengaminkan doanya menandakan dia selesai berdoa. Nada 'amin' sengaja dibuat beralun seakan berdoa di hadapan anak kecil.
Hifza Yelda senyum tipis dengan doa yang dibacakan Izzar Naresh. Dia turut mengaminkan doa ketika melihat lelaki itu menyapu wajahnya.
"Saya dah boleh makan?" soal Hifza Yelda masih ragu, Izzar Naresh membalas dengan anggukan. "Makanlah." balasnya.
"Kenapa lah doa makan dia panjang? Tapi comel." bisik hati Hifza Yelda sembari menyembunyikan senyum tipisnya kerana doa terakhir lelaki itu.
Seketika tangkai hatinya dijentik dengan kebaikan Izzar Naresh, lelaki yang selama ini dianggap buruk bahkan mahu dijauhinya.
"Kita ni, kadang kena ada niat nak buat sesuatu. Biar ada pahala, ada kebaikan. Contoh macam nak makan tadi. Semua orang makan tapi tak semua orang mendapatkan kebaikan dari apa yang dia makan." terang Izzar Naresh meskipun Hifza Yelda tidak menyoal.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...