Seminggu rasanya sudah cukup bagi Izzar Naresh untuk istikharah. Meskipun tidak menemukan jawapan melalui mimpi tapi rasa di hati semakin kuat mahu memiliki gadis yang bertahta di hidupnya. Izzar Naresh ulang-alik di dalam bilik sambil sesekali melirik ke arah telefon yang berada di atas katil.
"Rasa dah kuat tapi nak ajak jumpa tu macam... Argh!" jerit Izzar Naresh sembari meramas rambutnya.
Satu kotak baldu berwarna biru yang berada di atas katil bersebelahan telefon diambil lalu melabuh punggung pada birai katil. Kotak tersebut dibuka dan melihat sebentuk cincin berlian elok berada di dalamnya.
"Aku nak dia. Aku kena jumpa juga," monolog Izzar Naresh lagi, telefon diambil selepas meletakkan kotak cincin kembali di atas katil.
Nombor telefon Hifza Yelda dicari sebelum dia menghubungi gadis itu lalu diletakkan telefon pada telinga. Debar yang mengasak membuatkan dia merasa tidak tenang. Menunggu panggilan diangkat sahaja terasa begitu gusar belum lagi mendengarkan suara gadis itu.
"Assalamualaikum abang Izz. Ada apa call Hifza?" Telefon terus digenggam merapat ke dada kemudian kembali meletakkan pada telinga.
"W-waalaikumsalam, Hifza. Hm, abang. Abang." Ucapannya tersangkut-sangkut. Tiba-tiba keberaniannya sebagai seorang lelaki hilang. Padahal ayat singkat sahaja, mahu mengajak bertemu empat mata tapi terasa sukar untuk keluar dari kerongkong tekaknya.
"Kenapa abang Izz gagap? Abang Izz okey tak?" soal Hifza Yelda sedikit risau ketika mendengarkan suara lelaki itu terbata.
"A-abang okey. Sebenarnya ni, hm..." Izzar Naresh meraup wajahnya kasar. Hifza Yelda dibalik panggilan masih menunggu penuh sabar apa yang mahu disampaikan lelaki itu kepadanya. Apa yang ingin disampaikan sehingga terdengar gelisah begitu?
Izzar Naresh berdeham, "abang nak jumpa boleh?" Akhirnya ayat itu keluar juga selepas berperang dengan diri sendiri.
"Jumpa? Ada apa abang Izz nak jumpa Hifza?" soal Hifza Yelda ingin tahu tujuan lelaki itu mahu bertemu dirinya. Sudah beberapa minggu mereka tidak bertemu sejak terakhir kali selepas pulang dari Langkawi. Bahkan Izzar Naresh tiba-tiba senyap tanpa khabar berita, kini mengajak bertemu pula.
"Abang ada benda nak cakap dengan Hifza. Ada nak bincang sikit. Boleh ya? Nanti abang ambil dekat rumah," balas Izzar Naresh, Hifza Yelda merasa sikit tekanan ketika lelaki itu mula serius.
"Hm, bila abang Izz nak jumpa?" soal Hifza Yelda lagi.
"Esok, lepas Jumaat. Boleh? Esok abang half day, lepas Jumaat abang terus datang rumah ambil Hifza," ujar Izzar Naresh. Esok sahaja dia ada waktu luang. Hari lain, dia mula sibuk dengan kerja kerana ada projek besar yang akan dijalankan oleh syarikat bapanya.
"Boleh. Nanti Hifza bagi tahu abang Hafiz." Izzar Naresh ukir senyum puas selepas mendapatkan jawapan.
"Okey, jumpa esok. Hifza siap cantik-cantik tau," pesan Izzar Naresh sebelum mematikan panggilan telefon.
Dia terus menghempas tubuhnya pada katil, dia merenung siling bilik dengan senyuman penuh kepuasan. Jantungnya masih berdebar laju tapi kini debar gembira. Dia sudah tidak sabar menunggu esok. Hari yang menentukan dia bakal memiliki Hifza Yelda menjadi permaisuri hidupnya.
"Ya Allah, mudahkan urusan kami esok." Bisik hati Izzar Naresh.
Rumah Terakhir
Pin! Izzar Naresh sudah berada di depan rumah Hifza Yelda. Dia keluar dari kereta lalu bersandar pada tubuh kereta sementara menunggu gadis cinta hatinya keluar. Izzar Naresh sudah siap berbaju melayu berwarna biru muda sempat membetulkan rambutnya agar lebih kemas sambil menatap cermin kereta.
YOU ARE READING
Rumah Terakhir ✔️
Teen Fiction"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima o...