Hati Mula Terbuka .32

2.1K 198 14
                                    

Waktu melawat sudah habis membuatkan Izzar Naresh mengemas sisa sampah masuk ke dalam plastik. Hifza Yelda hanya menatap kosong ke arah Izzar Naresh yang ralit mengemas. Tindakan gadis itu disedari abangnya membuatkan Hafiz Yaslam menatap adiknya dan Izzar Naresh tanpa sebarang kata. Dalam fikirannya memikirkan ada sesuatu antara Hifza Yelda dan lelaki yang ada di samping adiknya.

"Abang nak balik dah, kejap lagi ada meeting dekat office." ucap Izzar Naresh selepas mengikat plastik.

"Terima kasih abang Izz sebab sudi datang." balas Hifza Yelda. Sudah hilang marahnya terhadap lelaki yang sebelum ini selalu memaksa lelaki itu hilang dari kehidupannya.

"Aku pun nak balik. Kau kalau ada apa-apa call aku. Telefon ada dalam beg." ucap Hafiz Yaslam pula.

"Hm...rasanya takde apa-apa kot. Cuma esok jelah abang bawa baju nak tukar. Esok boleh keluar dah rasanya." balas Hifza Yelda hanya mahu abangnya membawa pakaian ganti untuk dia keluar dari hospital esok.

"Yelah, esok aku bawa. Aku balik dulu." ujar Hafiz Yaslam sembari menghulurkan tangannya dan disambut oleh Hifza Yelda. Kekura tangan abangnya dikucup singkat.

"Abang pun nak balik. Nanti ada masa, abang datang lagi ya. Assalamualaikum." sampuk Izzar Naresh kemudian berjalan keluar dari wad 4D bersama plastik berisi sampah. Begitu juga Hafiz Yaslam meninggalkan adik perempuannya kerana waktu melawat sudah habis.

Kini Hifza Yelda sendirian menatap sedih melihat dua jejaka semakin jauh. Berada di hospital hanya dilanda kebosanan dan kesepian, bahkan ketika dia tidak ramah untuk berbual dan berteman dengan orang baru.

Izzar Naresh membuang sampah ke dalam tong sampah yang ada di luar wad sebelum melangkah ke arah lift.

"Bro, kita sembang-sembang kejap boleh?" soal Hafiz Yaslam menegur Izzar Naresh.

"Boleh. Sembang fasal apa?" soal Izzar Naresh pula, mereka sama-sama berjalan ke arah lift kemudian berdiri di hadapan lift menunggu orang berpusu-pusu mahu menggunakan penggunaan awam tersebut untuk pulang. Keadaan yang ramai membuatkan mereka perlu menunggu.

"Kau dah lama kenal dengan adik aku?" soal Hafiz Yaslam, mereka berbual sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam lift.

"Takde lah lama sangat tapi ada dalam beberapa bulan juga." balas Izzar Naresh.

"Macam mana kau kenal Hifza? Kalau aku tengok, kau bukan budak sekolah."

"Memang pun, aku office boy. Aku pertama kali jumpa Hifza dalam bas masa dia nak balik sekolah beberapa bulan lepas. Mula dari tulah aku kerap jumpa dia dekat taman. Tapi kau jangan buruk sangka, aku takde niat jahat pun. Aku ikhlas berkawan dengan Hifza." jelas Izzar Naresh menjawab pertanyaan Hafiz Yaslam.

"Hifza ada cerita apa-apa dekat kau ke?" kini giliran mereka masuk ke dalam lift.

"Takde. Hifza bukan jenis cerita hal peribadi dia dekat orang. Aku pun takde tanya dia apa-apa."

"Hifza biasanya buat apa dekat taman?" Hafiz Yaslam ingin mengorek perkara yang tidak diketahui tentang adiknya.

"Melukis, kadang dia saja ambil angin petang. Itu je." jawab Izzar Naresh, dia pula sudah seperti abang kepada Hifza Yelda ketika Hafiz Yaslam langsung tidak mengetahui tentang adik perempuannya. Suasana di dalam lift menjadi sepi ketika Hafiz Yaslam tidak melanjutkan perbualan mereka sehingga pintu lift terbuka dan mereka melangkah keluar.

"Kita belum kenal lagi. Aku Izzar, panggil Izz je." ucap Izzar Naresh sembari menghulurkan tangannya.

"Aku Hafiz." sambut Hafiz Yaslam kemudian mereka berjabat tangan.

"Hifza tu baik orangnya. Dia tak mudah terima lelaki masuk dalam kehidupan dia. Jadi, kau jangan buruk sangka ingat adik kau gatal pula." Izzar Naresh hanya tidak mahu Hafiz Yaslam buruk sangka terhadap Hifza Yelda. Gadis itu tidak pernah mahu menerima lelaki di dalam hidupnya, Izzar Naresh satu-satunya yang datang secara paksa.

Rumah Terakhir ✔️Where stories live. Discover now